KAWAN2 FOLLOWERS ALAM SIBER...terima kasih kerana sudi bersama saya..

Friday, 4 December 2009

FRUIT TARTLET



FRUIT TARTLET.....sedapnya..!!!!!Recepi asal dr Rinnchan.fotopages.com Entah apasal angin baik ari ni buat lagi sepupu Tart iaitu FRUIT TARTLET.Ronda Puan Rinnchan punya fotopages...rasa2 semua nak buat. Masuk blog dia lagu tak mau balik.Cubalah kalau tak percaya! Rinnchan..Tq banyak2 ya..kuih yg akak buat semua menjadi. Akak ambil resepi copy & paste ya...Halal dunia akhirat ya...
FRUIT TARTLET
Bahan-bahan:
250gm butter, dilembutkan pada suhu bilik
120gm icing sugar
2 biji kuning telur
440gm tepung gandum
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara:
1.Adun semua bahan sehingga menjadi doh. Gelek di atas papan sehingga setebal 5mm.
2. Susun acuan tart di atas dulang dan tebarkan doh yg digelek tadi ke atasnya. Tekan ke atas
acuan utk mendapatkan bentuk dan memotongnya.
3. Cucuk-cucuk dgn garpu dan bakar selama 20min atau sehingga kulit tart agak brownish
pada suhu 175 drj cels.
4. Keluarkan dari oven dan tanggalkan pastri dari acuan dan biarkan sejuk.

CASTARD
Bahan-bahan:
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung castard atau tepung jagung
8 sudu makan gula
2 cwn (500ml) susu segar
2 biji telur
2 sudu makan mentega

Cara-cara:
1. Campurkan tepung gandum, tepung castard dan gula dlm satu mangkuk. Campurkan 2
sudu besar susu dan kacau rata.
2. Masukkan telur dan terus kacau lagi.
3. Masukkan selebih susu dan kacau sebati.
4. Masukkan dalam microwave dan masak dengan suhu tinggi sehingga pekat.
Sesekali buka microwave dan kacau bancuhan supaya tidak berketul.
5. Apabila sudah likat..keluarkan dan masukkan mentega. Terus kacau hingga sebati.
Tidak perlu masukkan semula ke dalam microwave.

Thursday, 3 December 2009

Blueberry Cheese Tart




Semalam buat Blueberry Cheese Tart dr.sumber http://rinnchan.fotopages.com/. Sedap tart ni...menantu bawa pi kerja..semuanya kata sdap...Tq ya rinn...akak ambil resepi rinn copy paste kat sini ya..Oh ya...Biras akak Mahani yg minta resepi Cheese tart ari tu leh lah cuba ya...Memang sedap!! So kita layan gambar2 yg akak ambik.Pakai Handphone aja.Camera akak dh kong! Ari tu pi Singapore..sayang byk ajenda ingat nak share kt sini tpi camera akak dh jalan..Ehm kesian..kesian..

BLUEBERRY CHEESE TART
Makes 12 ( sumber Rinnchan )

Bahan-bahan:
Untuk doh pastri
125gm butter
40gm icing sugar
1 biji telur
220gm tepung gandum
1/2 teaspn esen vanila

Kaedah penyediaan:
1. Satukan semua bahan dan uli sehingga menjadi doh.
2. Ambil sebahagian kecil doh dan tekankan dalam acuan tat. Sila rujuk gambar di atas.
3. Cucuk-cucuk pastri menggunakan garpu dan bakar doh pastri selama 8-10 minit atau sehingga separuh masak pada suhu 175 darjah cel.
4. Sementara itu sediakan bahan isian cheese.

Bahan Isian cheese:
250gm cream cheese
3/4 cwn gula icing
1 biji telur
1/2 cwn whipping cream
1 camca teh esen vanila
Blueberry filling secukupnya
*Nota:Sukatan Isian cheese ini sebenarnya boleh cater utk dua sukatan doh pastri di atas. Jadi, sekiranya anda hanya ingin membuat sedozen tart kurangkanlah sukatan ini kepada separuh.

Kaedah penyediaan:
1. Pukul cheese dan telur hingga sebati.
2. Masukkan esen vanila dan telur dan whipping cream.
3. Teruskan memukul adunan sehingga kelihatan berkrim.
4. Tuangkan adunan secukupnya ke dalam pastri separuh masak tadi dan sudukan blueberry filling
di tengah-tengahnya.
5. Masukkan kembali ke dalam oven dan bakar selama 15-20 minit pada suhu 175 darj cel.
Sejukkan sebelum dialih dari acuan dan diletak dalam papercup.

Wednesday, 18 November 2009

Birthday Kek


Kek yg bersalut butter cream ni,resepinya akak ambik dr umah Ayu Singapura tu.
Minta izin bawa pulang resepi kt dia.Chocolate Ice Cream Vanilla Marble Cake.TQ ya AYU.Oh Ya...Kamis ni akak ke Singapore..attend wedding anak saudara.So ada jodoh kita jumpa ya...

Sedap kek nya ..lembut tu..birthday girl kata sedap..nak bawa pi sekolah.

Assalamualaikum....ptg td kak Norli buat birthday kek ni utk anak akak yg ketiga.Birthday yg ke 22 tahun...ehm besar dah dia.Actualykan birthday dia on 14 Nov.hari Sabtu lepas.Sama dgn anak blogger friend akak LOVE tu,ASHIKA cute mute tu.Tpi anak akak ada function kt sekolah (Poly ) so akak tunda lah buat ari ni..semua ada kat rumah lepas isyak.Noraleeza ni... dia jenis rajin sikit..Sabtu & Ahad pasti buat part time kat Mac Donald.Cuma kalau exam week dia tak pi langsung lah...

Saturday, 14 November 2009

Mee Berlada & Cili jerok



Hari minggu...x nak masak , just mee berlada & cili jerok.Pasal nanti tengah hari nak pi kenduri.Lepas tu nak gi umah mak kejap..ziarah dia.
Sapa nak try.... d bawah ni akak attached resepinya.

Mee Berlada ( utk 3 orang makan )
Ramuan :-

Bawang putih 2 ulas – Katok aja.
Daging hilis nipis2 - 5 camaca besar
Isi ayam hiris nipis – 5 camca besar
Sotong 3 ekor – potong bulat2
Telur 2 biji – pukul & d goreng cincang
Sawi, 1 pokok
Gobis sejorong
Mee ½ kilo( bila masak jd byk cukup 3 orang makan )
Lada hitam , garam , sos tiram , kicap manis
Cara2 nya:-
Tumis bawang putih bagi kuning. Then masuk sotong, udang & daging. Taruh garam & gula kacau rata. Then boh air sedikit agak2 ya. Nak masakkan sekejap sotong ,udang & dagin tu. 5 minit. Dont masak lama2 ya, pasal , kita X nak bahan2 tu over cook. Then masukkan gobis, sawi & mee. Taruh kicap, sos tiram. Kacau sekejap.Then taruh telur cincang & sedikit lada hitam. Kalau kering taruh sedikit air lagi. Kacau rata & tutup api. Jangan masak lama2 kita tak mau mee kita kembang & mee outcome mesti basah2 lembab. Ehm..best lawan dgn cili cerok. Terangkat...mai dgn cuaca hujan 2 gini. Cuba lah jgn tak cuba.
Untuk Cili jerok:
Potong 10 biji cili burung bulat & kasar2 lah. Taruh dlm air yg mendidih just a few second then tos kan. Taruh dlm mangkok kecil.boh garam,gula & perahan limau. –ikut rasa. Boleh d simpan lama.
Resepi sempoi aja..., mak akak yang ajar buat lagu ni. Cepat , ringkas & for sure sedap!!! Entahlah mak kak norli dia buat apa pun sedap.Bukan macam akak main sukat2.Dia main campak aja dlm kuali tp rasa dia sentiasa maintain dan Hoooo Leow...!!!

Marble Cupcake & Ganache Topup



Attachement is the resepi by Surisarawak Marble Cupcake
Sumber : Surisarawak
Ingredients:
250g butter
200g gula caster
250g telur
1tsp essence vanilla
250g plain flour
1tsp baking powder
30g chocolate powder
50ml air panas
60g chocolate chips

Method:
Pukul butter dan gula caster hingga kembang.Masukkan telur dan essence vanilla, kacau hingga sebati.Masukkan plain flour dan baking powder yg telah diayak bersama, kacau hingga sebati juga.Sendukkan 300g adunan kedlm mangkuk lain dan masukkan campuran chocolate powder dan air panas.Kacau hingga sebati. Kemudian masukkan adunan chocolate kedalm adunan tanpa warna tadi,kacau hinngga jadi marble effect look. Scoop adunan kedlm paper cups dan tabur chocolate chips. Bakar pd suhu 200c selama 20 minit or till cooked.Leave to cool on a cooling rack..Happy cooking..


Marble Cupcake & just drop ganache then tabur apa yg patut kt atas.Pasal kepala akak x normal mlm tu.Di sini akak lampirkan resepinya kalau sapa nak cuba.Bagi kak Norli kek ni best pasal tak manis sgt & akak boh filing blue berry.Ehm menangkap!!!Cuba jgn x cuba.TQ Suri for the resepi.Ari tu akak lah mintak kt dia.Tup tap x2,pup...dh dtaruh kt blognya. TQ..Tq..

Yesterday anak akak yg study kt POLY ,depa buat farewell gathering sebelum final exam.D suruh buat cupcakes untuk makan2 kt Batu Feringgi.Setiap sorang contribute satu dishes so....byk lah makanan... selain main food dia ialah ayam barber Q. Ceritanya tengah mengipas ayam x sempat makan hujan turun...habis semua lari lintang pukang...He...he...sapalah suruh plan tepi laut waktu hujan!!!

Sunday, 8 November 2009

Bakul Hantaran & Coco Cheese Muffin


Ini rupa bakul akak. Boleh taruh kucing tidok kat bakul tu.Quite big!!!

Inilah Coco Cheese Muffin dr resepi Maklangazie tu. Sedap ...cuba jgn tak cuba ya.


Sabtu lepas ada kawan suruh buat any kek yg ringkas just utk majlis merisik anaknya. Dia kata buat kuih basah pun tak apa,as long bila tetamu dtg leh bagi depa bawak balik buah tangan nanti.Pikiaq punya pikiaq, barang memang ada kat umah dan bunga fondant pun ada siap.So bakul pun siap dgn Coco Cheese Muffin yg akak ambil dari sumber http://maklangazie.blogspot.com.Tq maklangazie.sedap kek tu.Bubuh dlam bakul sent to my friend.Sal..tq so much and tahniah bakal dpt menantu.Hu..hu...Mai kita layan tgk bakul buruk akak tu.He..he..he..

Monday, 2 November 2009

Kek Chocalate Ganache


Ini lah hasilnya..nak tulis ayat2 cinta x leh pulak..penuh dgn bunga..

cerita asal..akak lah paling slow dan lambat buat bunga compaired dgn budak2 lain tu.

Tapi last2 akak yg terlebih bunga.Nak buang syg...! mana X nya...bukan senang nak buat! berpeluh...
Last week akak attend class Inasaly buat kek chocalate Ganache.Best sudah pastilah pasal akak boleh hasil kan Kek tu.Tapi...nak buat bunga tu masyallah bukan senang..habis urat2 tangan jem. Mau baling Nozzle tu..kalau tak sabar!!!. Tapi pasal kak Norli sabar..byk2 maka saat kritikal tu pun dpt akak lepasi.Alhamdulillah...
Anak2 akak semua kata cantik! Tq Ina...sabar ajar akak. Me..very slow..well org veteran mana nak sama dgn yg muda2 tu.
Nak jd cerita..anak saudara lak bertunang minggu tu...so akak presentlah kt dia.Depa pun kata cantik! So SYIPA selamat bertunang ya... Comel anak mak Busu ari tu..Moga cepat ke jinjang pelamin ya...

Kek Hantaran


Inilah kek yg di tempah Nurul dr Perak tpi kerja kat Bertam. Hope Nurul suka apa yg terhasil...

Kek ini buat kawan baiknya yg bertunang, tak salah pada 17 october lalu.Moga berbahagia ke jinjang pelamin.Actually colour purple tp jd biru lak..Camera akak pun lani dah buat hal dah..
Ehm lama akak tak update blog akak ni..sunyi kan????Panjang cerita tapi akak pendek ceritalah. Akak terlebih guna internet last month so tu yg senyap lama.HU..Hu...rindu betul!!!dgn kawan2 siber akak.Jom kita tengok apa yang akak buat selama berkabung ari tu..Kek ni tempah dari adik Nurul dr Perak utk kawan baik dia yg bertunang di Sungai Petani. Pertama kali berjumpa..org nya ramah sgt..comel..

Monday, 5 October 2009


Ini lah buku yang jd rujukan akak last week .Tak mahal..cuma Rm30.00. Berbaloi..Per request by Fiza Nordin.

Balance fondant yg ada..akak buat kasut & baju utk project baby shower cupcake nanti..

Cuba tengok kasut baby tu..he..he..lagu baby satu tahun bleh pakai..takpe..nanti buat lagi.1st try..

Kak Norli update buku ni kat sini per request by Fiza Nordin.Dia nak tengok buku yg akak mention last week.Buku ni lah reference akak.Mudah..simple nak follow. So boleh lah Fiza try nanti ya...

Friday, 2 October 2009

KEK HANTARAN





Minggu ni akak agak sibuk jugak..dgn. order rumah terbuka, sekolah buat jamuan raya dan majlis kenduri kahwin.Tempahan Kek Fondant ni dr org Penang Kampung Kastam, anak dia nak akad nikah esok dgn pasangan dr.Pendang. Nak tau kek Fondant ni akak berguru dengan Yasmin Sanusi ehm ala Http://bakingproject.com.Hu..hu..since dia ada kat umah akak, so akak berlajarlah dgn dia.Dia ajar akak buat bunga daisy dan macm2 lagi...So kita layan gambar yg akak upload tu..ok.tak??? Nak tempah! boleh saja bisa diatur...Ooppss...nanti!!! dulu Yasmin Sanusi punya buku yg ada kat umah akak! bukan tuannya..he..he..akak buat lawak bodoh kejap..pasti yg terkedukan..