KAWAN2 FOLLOWERS ALAM SIBER...terima kasih kerana sudi bersama saya..

Showing posts with label Cake. Show all posts
Showing posts with label Cake. Show all posts

Wednesday, 13 August 2014

Fondant Wedding Kek - anak ketiga

Assalammualaikum......lama akak x bersiaran. Sibuk sgt sgt dgn urusan majlis perkawinan anak tempuh hari....lepas seminggu tu pulaq...majlis umah lelaki pulaq . Lepaih tu terus smbut Ramadhan. Tahun ni akak x amik apa apa order pun....sematamata  nak focus pada IBADAH bulan yg penuh barokah....Alhamdulillah ...terasa amat bahagia....
Ok jom kita layan gmbar kek yg akak buat sendiri untuk majlis anak yg ketiga ni..Nooraleeza Abd Razak...Thema : Turqouise Putih...
Alhamdulillah.......Cntikkan wedding kek ni...kek ni dummy ja...masa majlis anak..TBH dah prouide untuk  menyerikan majlis tempuh hari...Besaq giler...
Kek Fondant ni....10" dan 8" ...adalah kek yg akak buat untuk anak....simple ja but yet sweet..



                                  Ni set Fondant Kek dgn Fondant Cupcake.......



                                 
                              Cupcake.....fondant siap untuk ke Dewan tabung Haji......

Friday, 11 February 2011

Cheese Birthday kek

Birthday Cheese cake untuk kawan2 McD makan. Di suruh taruh blueberry dan Ganache atas cheese kek tu.Hu..hu...memang mantap rasanya.!!! rupa korang tpi rasa ....mak ooi dalam sekelip mata ...kek ni clear..x dan nk repeat makan kata dia...Caya lah nnti leh order lagi na...

Sunday, 12 December 2010

Carrot Cake

Ni minggu ni punya product..cheese cake ni sedap...ada Walnut..ada kelapa..ada carrot...& ada nenas dlm tin. X manis semua akak pakai brown sugar ja...kek ni order dari anak akak..Boss dia order tuk makan2.
carrot cake bergandingan dgn cream cheese......fuuuuulaaa...mak sedap sgt...
Dia kena taruh dlm peti sejuk...ehm baru lagi sedap...

Thursday, 2 December 2010

Banana Soft Marble Cake

Minggu ni dah kata dah nk try kuih/kek dari bloggers...Dok simpan prasaan nk buat dan nk rasa nikmat pelbagai kek. My baking project still buat..tpi amik yg dah order lama dh..
Buat kek trial tu byk..gak tpi kadang hasil x menjadi dan kak norli x taruh la...
Ni kek lembut marble pisang. Memang lembut....sedap..x manis....yg sedang sedang saja...
Seperti biasa resepi amik kt umah AYU Singapore. Ayu -----> Noreen -----> Aini Salim.
Tq ..pada semua yg share dan memberi tunjuk ajar hingga terhasil kek yg sedap dan lembut ni..
Keikhlasan mereka ni lah akak Norli dpt menikmati kek pisang yg sebenar....he..he..


marble akak x secntik umah cik ayu....
Banana Soft Marble Cake
Bahan-bahan:
270gm mentega
250gm gula kastor-(Ayu gunakan 170g)
260gm tepung gandum-(Ayu kurangkan 10g-so 250g)
1 camt baking powder
6 biji telur
2 camb susu pekat manis (condensed milk)
1 camb ovalette
1 camb air-(Ayu tambah 1camb susu)
1 camt esen vanila
10gm serbuk koko
1 camt chocolate emulco - optional tapi kalau ada lagi bagus untuk mendapatkan warna
1 cawan pisang yang dah dilecek

Method:
griskan tin kek berukuran 10 x 7 x 3 atau 20-23 cm springform. ketepikan
ayakkan tepung bersama2 dengan baking powder dan ketepikan
satukan mentega, susu, esen vanila dan pukul sehingga gebu dan ringan, masukkan pisang lecek dan gaul rata (apabila diangkat dengan spatula adunan tidak jatuh). ketepikan
kemudian satukan telur ovalette, air, gula, campuran tepung tadi dan pukul sehingga kembang dan rata
masukkan adunan mentega (no. 3) ke dalam adunan no. 4 dan kacau rata
keluarkan 1/4 adunan dan campurkan dengan serbuk koko dan chocolate emulco. kacau sehingga sebati
masukkan 3 senduk adunan plain ke dalam tin kek dan 1 senduk adunan cokelat
ulangi sehingga habis adunan digunakan
ambil chopstick dan buatkan bentuk marble
kemudian bakar pada suhu 180C selama 45-50 min atau sehingga masak
setelah masak padamkan api oven dan biarkan kek di dalamnya selama 5 min
selepas itu bolehlah dikeluarkan dari oven dan biarkan betul2 sejuk barulah dipotong kek tadi
note: sedap, lembut dan senang dibuat
sumber dari aini salim

Thursday, 15 April 2010

Farewell Cake

Kek chocolate lembab dgn salutan Ganache & bunga chocolate Ganache jugak.
Kek Chocolate Moist order oleh Puan Mariam & Pah yg kerja kt Hospital BM special utk Kak Imah yg nk bersara hari tu...Ni lah..sahabat yg pasti merindui Kak Imah kita tu kan...susah jugak nk cari Dept Hospital tu..luckily hubby Kak Norli yg sentiasa membantu kalau bab delivery..Tq..for the order ya..!! both Mariam & Pah.

Tuesday, 29 September 2009

Birthday Kek



Genap birthday anak akak Norafeefah yg ke 17tahun ari ni..Besar dah dia anak bongsu akak ni.Kata semalam nak birthday cake yg ada cheese,jd akak buat kek Temptation Oreo dr sumber Rozzan.blogspot.com. Sedap dah pasti.tapi abit muak sikit pasal maniskan.Mungkin akak dh tua so..manis2 ni tak sesuai kod..Nak cerita sikit masa dok corakkan muka kek ti dgn lebihan coklate tu, pelepuk! jatuh seketul coklate atas kek ishhh...nak buat lagu mana..pump teruslah..cucuk dgn gula2 love nak cover cacat td.ok..sapa2 nak cuba...? mai umah akak,akak bgi sepiring.

Monday, 31 August 2009

Chocolate Moist Cake




Chocolate Moist Cake lagi....Ini order dr anak kawan akak, utk si adik yg nak balik pi asrama katanya.Ehm...caring betul si akak ni!!!! Mintak buat yg simple aja. Ok lah akak buat simple lah tu utk si Adik tu...Tabur sikit gula2 hiasan & gula hiasan love utk. nampak kek lebih ceria & menarik. Terima Kasih ya...nanti order lagi !! He..He..

Sunday, 30 August 2009

Chocolate Moist Cake




Kelmarin Muzaidi, menantu akak yg kedua call nak blk Penang celebrate birthday Shekeen anak akak awal 1 week, pasal next week wife dia nak blk Ireland sambung study...anak akak ni tinggal lagi 2 semesta saja.. ada rezeki jd lah doctor. Teringat resepi yg akak ambil dr. http://surisarawakhomemadecake.blogspot.com. ari tu..ehm..nak try tengok sedap ke tidak...so kesempatan ini akak ambik buatkan, so jadi lah kek yg di atas. Gebu, lembut, basaah & yg paling penting sedap!!! Hakim2 ramai d umah akak, semua kata sedap. TQ..suri ya..tak loket ilmu. Sharing is caring.... Oh...sebelum lupa ..whippcream yg akak guna tu tak tahan panas sementara nak tunggu snap photo,dia dah nak cair, ini angkara penyegan nya akak nak bancuh buttercream kelmarin. Hentam sajalah pasal yg nak makan kami 1 family bkn..nya org lain...So layan sajalah...

Tuesday, 18 August 2009

Cotton Soft Japanese Cheese Cake







Beberapa hari teringin sangat nak makan cake dari sumber cheese..so belek punya belek blog kawan2 terjumpa resepi dari http://atiqahkitchen.blogspot.com .Masa dok dlm oven aromanya masyaallah tak mampu nak tunggu masak! Anak2 akak dok tanya bila nak siap. Alhamdulillah...akhirnya makan jugak kek yg kami tunggu..SEDAP!!! Lembut dan Gebu sesuai sangatlah dengan namanya.Cubalah dgn blueberrynya...sekali...pasti nak lagi.

Tuesday, 11 August 2009

RED CARPET CAKE (kukus)


Red Carpet Cake (kukus ) betul2 buat akak teruja nak buat lepas akak pi masuk blog CT ( taman-syurga-abadi.blogspot.com). Tapi akak buat warnanya kurang menarik,tak secantik CT buat.Takpe next time akak nak tambah warna merah at 3:1 ratio. Td buat 1:1 so jd COCO CARPET cake. He..He...Mcm mana pun rasanya..masyaallah memang sedap sgt..& tak muak makan. Anak akak semuanya tekak ada gred. Kalau depa makan, booking nak bawa ke sekolah...means memang sedap kek ni. Resepinya nanti akak bagi ya...kalut sikit time ni. or anda boleh layari blog CT seperti di atas.
Related Posts with Thumbnails