KAWAN2 FOLLOWERS ALAM SIBER...terima kasih kerana sudi bersama saya..

Thursday 31 December 2009

Cupcakes Pertunangan




Salam...semua. Dua tiga ari ni tak berapa sihat..tpi activity banyak ..kenduri 2 bleh kata tiap2 minggu.Al maklum kan cuti persekolahan .Banyak yg akak tak update pasal near tu cukup bulan..internet lagu semut..baik tak yah masuk ..tu yg diam lama gak!! Ari tu buat cupcakes hantaran pertunangan antara Zaid dengan pasangannya Dilla. Kek akak berjalan jauh nun ke selatan. Tema warna hitam & putih...kita tengok hasilnya tu ya...!!! Selamat bertunang ya...moga2 cepat2 ke jinjang pelamin..amin...moga berbahagia selalu.

Monday 21 December 2009

Kek Hantaran







Ha...ni kek Miniature order dr kawan anak akak yg tinggal kt JURU untuk majlis akad nikah Kakak kesayangannya Nordalila Bt. Abu Samah & Ahmad Zaki Lufti Bin Mohd Nordin pada 19 Dec. 2009 ( Sabtu). Ucapan selamat pengantin baru kpd kedua mempelai moga bahgia kekal hingga ke anak cucu...mai kita tgk muka kek hasil snap dr handphone...
dr

Birthday cupcake

Doll bermain netball..amboi...suburnya rumput..byk baja...
Ish...selalu buat hal gambarni...actual dia dok elokpun..bila mai..upload dia tebalik..lak..
Cupcake ni tempahan dr budak Poly untuk kawan baik nya nama DUDE..lupa lak nak tanya nama d IC...hu..hu...tak pa kan...So akak nak ucapkan Selamat Hari Lahir yg ke ??? rahsia kut...
Jom tgk saja hasil yg kak norli upload tu...

Birthday Cupcakes

3 hari lepas buat cupcakes ni.( chocolate moist ) tempahan dr budak Poly utk birthday kawan dia nama DUDE .actually ni nama glamour dia. Kawan anak akak mau sebiji macham contoh kt blog akak jugak..dia nak doll yg main bola sepak tpi akak dh ronda merata... punya nak penuhi hajatnya tu...tpi x kesampaian jugak. Last2 ambik doll yg main netball saja. Tpekan..d luar kawalan akak. Nanti kalau jumpa nak buat stock kat umah.

Monday 14 December 2009

Homemade Chocolate

Ketulan chocolate siap d hias.
Gambar ni awat pulak td melintang..siap upload jd mengiring pulak .Dah 2 x upload masih dok mengiring lagi. takpa lah malas nak delete.byk kerja. Janji nampak dh la..ye..

Tadi pagi akak pi Easy Bake beli barang keperluan....Teringat janji nak buat dlm 2 tiga hari ni pada Inahar...Homemade chocolate yg dia buat 2 hari sudah. Akak semangat nak buat pasal susah payah dia bagi resepi dr BR ( brother Rozzans ) pulak. Hu..Hu..mana boleh cari resepi depan mata, d bagi lagi extra tips..Baik buat sementara penyakit M ( kata mamatiera ) menyerang....Anyway tq ya..Inahar.Moga Allah membalas budi baik Ina.
Cakap pasal kawan2 siber ni...entahlah..walaupun tak pernah bersua , setakat lawat blog & bagi 2 ..3 ayat tpi the way they response to your needs fu lak mak..! sebak akak d buat nya. Ada kawan2 yg terus call just to answer akak punya question. Terharu akak...nak nanggis ni...Sedara sendiri pun payah nak buat lagu ni...Itulah anugerah Allah utk akak...amin.. Jom..layan tengok chocolate yg boleh d pandang tpi tak leh rasa..nak rasa mai umah ya...

Trofi Follower ke 100


Hari ini penat sgt pasal pi KL ambil trofi pemberian Sharhanah , pasal akak merupakan follower dia yg ke 100. Besar hati dia ...suruh ambik..Tq..tq..perjalanan 5 jam lebih ke Penang,Ha..ha..pasal driver kontena bawa perlahan2 takut pecah & d ikuti 5 polis traffic yg mengiringi kontena takut kena curi pasal semua trofi buat dari emas..he..he...lawak ya Sharhanah. Anyway tq so..so...much..ya..

Saturday 12 December 2009

Birthday Kek










Salam semua.!.entry akak pagi ni....birthday kek special utk Nur Allysha Yasmeen tg baru celebrate 1st Birthday today. Majlis buat kat Sungai Petani

pukul 3.00ptg nanti. Comel anak kecil ni...lincah, periang & very friendly.Sweet sgt2...sorrylah ya...Ngah tak leh pi pasal ada bnyak urusan..Faham2 lah weekend terlalu byak undangan...Apa2 pun wish all the best to Allysha..ya...Kek ni akak buat per their request..chocolate moist kek...lapis dgn chocolate fillings. Sedap...Layan aja gambar nie...tak sharp..pakai handset punya camera..

Friday 4 December 2009

FRUIT TARTLET



FRUIT TARTLET.....sedapnya..!!!!!Recepi asal dr Rinnchan.fotopages.com Entah apasal angin baik ari ni buat lagi sepupu Tart iaitu FRUIT TARTLET.Ronda Puan Rinnchan punya fotopages...rasa2 semua nak buat. Masuk blog dia lagu tak mau balik.Cubalah kalau tak percaya! Rinnchan..Tq banyak2 ya..kuih yg akak buat semua menjadi. Akak ambil resepi copy & paste ya...Halal dunia akhirat ya...
FRUIT TARTLET
Bahan-bahan:
250gm butter, dilembutkan pada suhu bilik
120gm icing sugar
2 biji kuning telur
440gm tepung gandum
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara:
1.Adun semua bahan sehingga menjadi doh. Gelek di atas papan sehingga setebal 5mm.
2. Susun acuan tart di atas dulang dan tebarkan doh yg digelek tadi ke atasnya. Tekan ke atas
acuan utk mendapatkan bentuk dan memotongnya.
3. Cucuk-cucuk dgn garpu dan bakar selama 20min atau sehingga kulit tart agak brownish
pada suhu 175 drj cels.
4. Keluarkan dari oven dan tanggalkan pastri dari acuan dan biarkan sejuk.

CASTARD
Bahan-bahan:
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung castard atau tepung jagung
8 sudu makan gula
2 cwn (500ml) susu segar
2 biji telur
2 sudu makan mentega

Cara-cara:
1. Campurkan tepung gandum, tepung castard dan gula dlm satu mangkuk. Campurkan 2
sudu besar susu dan kacau rata.
2. Masukkan telur dan terus kacau lagi.
3. Masukkan selebih susu dan kacau sebati.
4. Masukkan dalam microwave dan masak dengan suhu tinggi sehingga pekat.
Sesekali buka microwave dan kacau bancuhan supaya tidak berketul.
5. Apabila sudah likat..keluarkan dan masukkan mentega. Terus kacau hingga sebati.
Tidak perlu masukkan semula ke dalam microwave.

Blueberry Cheese Tart




Semalam buat Blueberry Cheese Tart dr.sumber http://rinnchan.fotopages.com/. Sedap tart ni...menantu bawa pi kerja..semuanya kata sdap...Tq ya rinn...akak ambil resepi rinn copy paste kat sini ya..Oh ya...Biras akak Mahani yg minta resepi Cheese tart ari tu leh lah cuba ya...Memang sedap!! So kita layan gambar2 yg akak ambik.Pakai Handphone aja.Camera akak dh kong! Ari tu pi Singapore..sayang byk ajenda ingat nak share kt sini tpi camera akak dh jalan..Ehm kesian..kesian..

BLUEBERRY CHEESE TART
Makes 12 ( sumber Rinnchan )

Bahan-bahan:
Untuk doh pastri
125gm butter
40gm icing sugar
1 biji telur
220gm tepung gandum
1/2 teaspn esen vanila

Kaedah penyediaan:
1. Satukan semua bahan dan uli sehingga menjadi doh.
2. Ambil sebahagian kecil doh dan tekankan dalam acuan tat. Sila rujuk gambar di atas.
3. Cucuk-cucuk pastri menggunakan garpu dan bakar doh pastri selama 8-10 minit atau sehingga separuh masak pada suhu 175 darjah cel.
4. Sementara itu sediakan bahan isian cheese.

Bahan Isian cheese:
250gm cream cheese
3/4 cwn gula icing
1 biji telur
1/2 cwn whipping cream
1 camca teh esen vanila
Blueberry filling secukupnya
*Nota:Sukatan Isian cheese ini sebenarnya boleh cater utk dua sukatan doh pastri di atas. Jadi, sekiranya anda hanya ingin membuat sedozen tart kurangkanlah sukatan ini kepada separuh.

Kaedah penyediaan:
1. Pukul cheese dan telur hingga sebati.
2. Masukkan esen vanila dan telur dan whipping cream.
3. Teruskan memukul adunan sehingga kelihatan berkrim.
4. Tuangkan adunan secukupnya ke dalam pastri separuh masak tadi dan sudukan blueberry filling
di tengah-tengahnya.
5. Masukkan kembali ke dalam oven dan bakar selama 15-20 minit pada suhu 175 darj cel.
Sejukkan sebelum dialih dari acuan dan diletak dalam papercup.
Related Posts with Thumbnails