KAWAN2 FOLLOWERS ALAM SIBER...terima kasih kerana sudi bersama saya..

Friday 4 December 2009

FRUIT TARTLET



FRUIT TARTLET.....sedapnya..!!!!!Recepi asal dr Rinnchan.fotopages.com Entah apasal angin baik ari ni buat lagi sepupu Tart iaitu FRUIT TARTLET.Ronda Puan Rinnchan punya fotopages...rasa2 semua nak buat. Masuk blog dia lagu tak mau balik.Cubalah kalau tak percaya! Rinnchan..Tq banyak2 ya..kuih yg akak buat semua menjadi. Akak ambil resepi copy & paste ya...Halal dunia akhirat ya...
FRUIT TARTLET
Bahan-bahan:
250gm butter, dilembutkan pada suhu bilik
120gm icing sugar
2 biji kuning telur
440gm tepung gandum
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara:
1.Adun semua bahan sehingga menjadi doh. Gelek di atas papan sehingga setebal 5mm.
2. Susun acuan tart di atas dulang dan tebarkan doh yg digelek tadi ke atasnya. Tekan ke atas
acuan utk mendapatkan bentuk dan memotongnya.
3. Cucuk-cucuk dgn garpu dan bakar selama 20min atau sehingga kulit tart agak brownish
pada suhu 175 drj cels.
4. Keluarkan dari oven dan tanggalkan pastri dari acuan dan biarkan sejuk.

CASTARD
Bahan-bahan:
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung castard atau tepung jagung
8 sudu makan gula
2 cwn (500ml) susu segar
2 biji telur
2 sudu makan mentega

Cara-cara:
1. Campurkan tepung gandum, tepung castard dan gula dlm satu mangkuk. Campurkan 2
sudu besar susu dan kacau rata.
2. Masukkan telur dan terus kacau lagi.
3. Masukkan selebih susu dan kacau sebati.
4. Masukkan dalam microwave dan masak dengan suhu tinggi sehingga pekat.
Sesekali buka microwave dan kacau bancuhan supaya tidak berketul.
5. Apabila sudah likat..keluarkan dan masukkan mentega. Terus kacau hingga sebati.
Tidak perlu masukkan semula ke dalam microwave.

7 comments:

  1. wah kak norli, sedap fruit tart ni & cantik pulak..sesuai dibuat hantaran atau hadiah buat kawan kan?

    ReplyDelete
  2. salam
    menarik sungguh tart norli. jemput ziarah kerumah... blh bertukar buah fikiran..

    ReplyDelete
  3. cantik tart kak norli tu...E-na baru dok kumpul tart mould lum ckp lg nak buat...mkn kat sini dulu ye..he he he

    ReplyDelete
  4. salam kenal..

    Kalau sudi lawatlah blog kami at
    www.kizgarden.blogspot.com

    Follow kiz jugak taw..
    TERIMA KASIH

    ReplyDelete
  5. Salam..

    Um,maksud akak nak bagi yang link Rinnchan.fotopages.com ni bila tekan akan terus bawak ke page tu eh?

    ReplyDelete
  6. KizZ..ya..ya...gitu lah yg akak maksud kan..byk update try nak link tp tak jadi leh tolong akak kan...akak nak credit tu pi terus kt tuannya..tanda TQ akak kt dorang ..

    ReplyDelete
  7. Salam..
    Owh..senang je...Ok,dari kat New post / Edit Post tu..Cuba akak tengok kat sederet dengan ada icon change font type,change font size,color,bla3 tu kan~(kat bawah kotak title)..

    Ada satu icon yg kalu kita sentuh dia dia akan kuar nama "link"(yang simbolnya macam bumi hijau ada stapler tu??),AKak highlight dulu kat perkataan mana dalam post akak yang akak nak buat link then kelik icon tu..Lepas tu isi je url link tu OK..

    Cuba try..

    TERIMA KASIH

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails