KAWAN2 FOLLOWERS ALAM SIBER...terima kasih kerana sudi bersama saya..

Friday 29 April 2011

Seri Muka Pandan

Dah buat 2 hari lepas....Seri Muka Pandan. Baru free nk upload gmbar...tu pun tangan kiri buai Daneeya Arissa..tangan kanan pulak dok serve internet. Resepi asal dr Chef Asma yg pandai bertalam talaman dan rujukan akak pulaq x lain dari AYU Sngapore tu lah. Nak ikut2 pagi2 bila beli kuih x pernak teringin pun nk buat...Tpi bila msk blog c Ayu tu..hati meronta2 nk buat gak kuih ni...terasa sgt sedap kuih ni.....tu belum makan lagi baru tgk gmbar d blog dia ja. So ini lah hasil kuih yg pastinya sedap d mulut kita.Tq Ayu..akak copy paste resepi dr blog Ayu tu....dan pada empunya resepi...Chef Asma...makasih ya....


kat pulut ada warna merah...tu saja akak taruh...dulu mak akak suka warnakan sedikit pulut dgn merah...then dia cmpur dlm pulut warna putih...nmpak menarik ....machm nasi hujan panas.
akak segan...main titik warna dlm pulut...then gaul sikit....tu x berapa nk cntik....!!!

Resepi asal: chef Asma
Rujukan resepi dari: AYU Singapore

Bahan2 Lapisan Bawah:-
500g beras pulut
300ml santan pekat
300ml air
2 tsp garam halus

Cara2nya:-
Rendam pulut sekurang2nya 4 jam
Basuh bersih & toskan
Kukus dengan semua bahan diatas selama 30 minit.(Kukus dengan loyang yang berlainan tidak berlubang)-(Ayu kukus terus dalam loyang yang nak digunakan- dialas plastik wrap dulu then bubuh pulut dengan yang lain)
Apabila pulut masak, gaul hingga sebati.Tekan dalam loyang 10x10x2". (Since Ayu cuma buat 1/2 adunan , I gunakan loyang 8" aje)

Bahan2 Lapisan Atas:-
Bahan A
250g gula castor
100g tepung kastard
400ml santan pekat
400ml air
20g daun pandan- diblender dengan air diatas.-tapis ketepikan

Bahan B
4 biji telur
1/2 tsp garam halus
1/4 tsp pandan essence-(Ayu tak letak sebab gunakan fresh pandan )
pewarna hijau- secukupnya

Cara2nya:-
Satukan bahan2 A kacau rata & masukkan bahan2 B kacau hingga sebati.(Ayu blender aje semua) Tapis kedalam periuk & masak. Kacau hingga naik wap. sekejap aje (Ayu masak dalam 2-3 minit saja).
Tuang keatas lapisan bawah & kukus selama 30-40 minit.

Saturday 23 April 2011

Butter Bread Pudding

Pagi2 lepas subuh terus buat project Butter Bread Pudding yg akak jumpa kat Teratak Impian....nmpak sedap sgt. So sebelum Daneeya Arissa bangun..akak kena complte assignment ni. Alhamdulillah ...cepat rupanya nk buat pudding ni. Rasaaaaaaanyaaaaaa!!! ehmmmmmm sedaplah sgt. Cuma manis kot untuk tekak akak ni lah ...nnti kena kurangkan gula lagi...
Apapun akak recommend kuat ..cuba buat mesti Best Punya....Kepada kzai terima kasih kerana sudi berkongsi resepi enak ni & izin akak norli copy paste resepi untuk rujukan akak nnti na. So sapa2 yg nk tgk resepi rujukan akak ni sila ke rumah Kzai ...macam2 ada.....

Resepi asal : yani@myr

Rujukan dr : Kzai



Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • *Karamel*
  • 1/2 cawan gula
  • 2 sudu besar air
  • 2 sudu besar air suam
  • ---------------------------------------
  • 2 keping roti- letak roti 4 keping
  • sedikit butter
  • 4 biji telur
  • 600ml susu cair/susu segar
  • 8 sudu besar gula halus
  • sedikit esen vanila
  • sedikit kismis(optional)
  1. Sapukan acuan dengan butter. Panaskan oven hingga suhu 180C
  2. Sapukan roti dengan butter. Kemudian toast roti selama 3-4 minit. Potong roti sebesar 1-2cm. Ketepikan.
  3. Sediakan karamel. Masukkan gula dan 2 sudu besar air ke dalam periuk. Panaskan sehingga perang. Kemudian tutup api dan tambahkan 2 sudu besar air suam. Masukkan karamel ni ke dalam acuan yang telah disapu dengan butter tadi. TIP: Masa mula-mula panas gula tu jangan kacau sehinggalah gula nampak perang. Lepas tu bolehlah dikacau sehingga warna perang yg diinginkan.
  4. Dalam bekas lain, masukkan telur, gula, esen vanila dan susu sambil dikacau. Masuk bahan-bahan ikut urutan supaya senang nak sebati. Kemudian tapiskan sebatian ini ke dalam acuan yang ada karamel tadi.
  5. Letakkan kepingan roti yang dah di toast tadi dan juga kismis ke dlm no.4.
  6. Letakkan acuan ini ke dalam dulang oven dan masukkan sedikit air suam ke dalam dulang tersebut tp BUKAN dalam acuan puding. Kukus selama 40 minit.

Friday 22 April 2011

Kek Gula Hangus

Cerita Kek Gula Hangus....yg akak buat semalam....x berapa cntik sarang dia. AYU buat sarang dia cntik sungguh...tu yg tergoda habis bila singgah p umah dia. P umah dia boleh kata kesemuanya cntik2 belaka dan semuanya akak nk buat. Msk umah dia kena sabar byk2...istighfar banyak...he...he..anugerah allah istimewa untuk dia dan alhamdulillah dia byk berkongsi ilmu dgn blogger2 semua. Pada Ayu ...akak copy paste je resepi ni ye...minta halal kan dan moga Allah membalas budi baik Ayu tu...

rasa dia ok...sedap...cuma rupanya agak kureng je....
Akak buat dlma cuan 6 "....ok tinggi dia naik elok2 ke paras 3 inci tin...

Kek Gula Hangus
Rujukan saya dari : AYU Singapore
Ingredients for caramel:-
1 cup sugar-(1 cawan gula)
1 cup hot water-(1 cawan air panas)
2 tbsp butter-(2 sudu besar mentega)
On medium heat, fry sugar in a saucepan. When the sugar has almost melt, add in hot water(be careful @ this part cause it will be popping.) Add in butter and stir till melts. Put to cool ans set aside.-(Gula digoreng dengan api sederhana besar. Bila gula dah agak cair masukkan air panas-kena berhati2 sebab nanti dia meletop letop. Tutup api & cepat masukkan air panas tadi dan masukkan mentega kacau sampai mentega cair. Ketepikan)

Ingredients for cake:-
4 eggs-(4 biji telur)
1 cup condensed milk-(1 cawan susu pekat)
1 cup plain flour-(1 cawan tepung gandum)
2 tsp soda bicarbonate-(2 sudu teh soda bicarbonate)
1 tsp vanilla essence-(1 sudu teh vanilla essence)

Method:-
Using a hand mixer beat eggs till creamy and thick. Add in condensed milk mixed well. In a blender pour eggs and milk mixture. PRESS the on button. Then add in plain flour & soda bicarbonate which has been sifted and Vanilla Essence. PRESS the on button again. Lastly add in the syrup. PRESS the on button again. Leave the mixture in the blender for 3-4 jam(covered) to get a beautiful 'sponge'. After 3-4 hours, pour into a 5" greased tray in order to get a 'higher sponge'(I used 7" inch tray) in oven.Without stirring the mixture(This was what I did), pour the ingredients directly into tray in the oven. Bake for 60 minutes or till cook at 160 degrees Celsius (For my oven I used 145C degrees and bake for 90 minutes) using just the below heat(api bawah). The last 20-30 minutes use both heat(api atas and bawah). Take out from oven and let it cool before cutting. -(Pukul telur sampai kembang & pekat. Masukkan susu pekat and mix lagi. Tuangkan adunan kedalam blender dan tekan ON. Masukkan tepung & soda bicarbonate yang telah diayak tadi dan esen vanila. Tekan On lagi. Last baru masukkan gula hangs tadi. Tekan On lagi. Biarkan adunan dalam blender selama 3-4 jam(tertutup) untuk mendapatkan 'span' yang cantik. Selepas diperap, masukkan adunan kedalam loyang yang telah digris dengan butter(Tanpa menggodak adunan tu). Gunakan loyang 5", kalau nak kek yang tinggi. Tuang adunan terus kedalam loyang dalam oven. Bakar dengan suhu 160C selama 60 minit. (Saya bakar suhu 145c selama 90 minit untuk oven saya) dengan menggunakan api bawah sahaja. Balance 20-30 terakhir, pakai api atas dan bawah. Keluarkan dari oven dan sejukkan dulu sebelum potong.)
Sources:- From Kak Halimah@resipidiana.blogspot.com- steps from Maklang and some of the steps I added myself..

Tuesday 19 April 2011

CucoQ Kodok

Cocoq Kodok...bahasa orang Utara...( kuih kodok ) semua org kenai kan. Mudah nk buat...dan rasa pun sedap. Leh kata semua org suka makan. Kuih ni nk buat, org tak main sukat2...just agak2 ja. Lain tangan...lain hasilnya. Selalunya Kak Norli x taruh tepung byk...just 1/3 dr pisang. Gula lebih kan sikit...walaupun pisang manis..kerana untuk menghasilkan COQ KODOK yg ranggup d luar tpi lembut d dalam. Bila buat selalu kita dah leh agak tahap gula...tepung....dan sedikit air untuk melembutkan isi kuih kodok ni. Alah....dok merepek apa kak norli ni...pejam mata pun semua org leh buat...he..he...

Kuih Kodok ni...makan panas2 dgn teh 'O'...mesti clear punya......tpi bersyarat .....PISANG EMAS mesti yg lebam, yg paling sedap tuk buat kuih kodok....
Gorengnya kena warna tone colour gini.....baru makan dia ada rasa ranggup d luar tpi d dlam lembut dgn pisang...
Masa mengoreng..kena tunggu dia sambil d olek2 dgn sudip kayu supaya coq KODOK tu bulat2 dan warna semuanya seragam , masak pun sekata.

Monday 18 April 2011

Kek Sponge & Buttercream

4 biji kek sponge buat kelmarin..untuk SHEEDAH bawa ke tempat kerja dia.Design dia mintak pun yg simple dan ringkas. senang kerja ku...zup.. zap...siap dah. cepat bila ada pembantu. Hu lega..Allah permudah semua untuk ku..

Buat 4 biji...design pun serupa ...MUDAH SANGAT....
Mudah..bila anak yg bntu buat.....Sheedah ni memang ringan tulang....ising dia pun ok gak...
As salam semua...moga keberkatan mengiringi perjalanan hidup kita semua. Semuanya dgn nawaitu kita... kerana Allah....Dalam sibuk menjaga anak berpantang...mai pulaq salah sorang balik weekend baru ni....sempat gak buat kek tempahan simple. Kekadang tu bukan apa ...bila x baking rasa tention....besides ada yg membantu...Mai kita tgk kek tempahan dari Hasni tuk anak sedaranya TRISYIA yg sambut birthday dia yg ke 5 tahun...

HAPPY BIRTHDAY !!!!!! TRISYIA.....moga berjaya dunia dan akhirat....











Thursday 14 April 2011

Blueberry Muffin

Blueberry Muffin buat 2 hari lepas untuk makan ptg...nasib siapa siapa yg melangkah d rumah...pasti dapt merasa muffin ni. Sedap masa makan panas panas x rasa 3 ketul dah selesai. Resepi amik dari Rinnchan yg dok kt SP tu...sedap2 masakan dia tu. Dah byk resepi try dari Rinn ..yg akak buat, ..insyaallah x mengecewakan...Terima kasih Rinn for sharing the resepi...

Bakar garing sikit...baru sedap..!!! garing d luar..lembut d dalam.....
Kena dgn kopi " O" suam suam kuku.....adoi mak ooiii.....terangkat habis....
SUMBER : Rinnchan

BLUEBERRY MUFFIN
Bahan-bahan:
280gm butter
240gm gula castor
4 biji telur
2 camca kecil esen vanilla
250ml susu segar
400gm tepung gandum
4 camca kecil baking powder
Blueberry filling secukupnya.

Cara-cara:
1. Ayak tepung gandum dan baking powder sebanyak 3 kali. Ketepikan.
2. Pukul butter dan gula caster hingga berkrim dan putih gebu.
3. Masukkan telur satu persatu dan teruskan memukul adunan.
4. Masukkan esen vanilla dan susu segar. Pukul sebati.
5. Kaupbalikkan tepung ke dalam batter sedikit demi sedikit. Jangan terlebih mengadun.
6. Isikan adunan ke dalam muffin cups separuh penuh. Isikan sesudu blueberry filling dan
tutup semula dengan batter sehingga tiga per empat penuh.
7. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 25min -30min.

Monday 11 April 2011

Pulut Kuning & Gulai Daging

Kelmarin Daneeya Aryssa dah 12 hari......akak buat pulut kuning & gulai daging lepas Daneeya d botakan kepalanya. Kenduri sikit buat jiran tetangga...dan sedara yg datng berkunjung kt umah akak....Ehm...sedap makan panas panas ni..

Pulut rendam semalaman....dgn sedikit kunyit, kapur sireh sikit & beberapa keping assam keping.

Kari daging kena bagi pekat.....supaya masa nk makan kari berpalut kat pulut..
Ha...cucu Mak Tok lepas kepala d botakkan....macm boy pulaq...moga jadi anak yg solehah nnti...Lepas pulut d gaul dgn santan pekat.....pulut cntik bekilat....Nak prolong hayat pulut supaya tahan lama smpai kemalam x basi....Kukus balik pulut yg siap tadi...Insyaallah...pulut x berbau dan bertambah lembut lagi.....

Saturday 2 April 2011

Daneeya Aryssa

Daneeya Aryssa, puteri sulung dr anak akak Norli yg kedua,...Norashekeen..selamat dlahirkan pada 30hb Mar. 2011 pada pukul 9.08pagi. Alhamdulillah...masa d lahirkan kak norli berada d sisi anak akak smbil menunggu kelahiran Daneeya Aryssa. Planning awal Suaminya sepatutnya d sisi.Tetapi...menantu x sempat smpai...pasal dia ada presentation...untuk final paper dia..Ni lah.1st.experience....masuk labour room smbut cucu.
a href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgMIQAoAJJG_3XLAAeSyAEanDKlfmRsdqJUr4A3e7K9ZoBbPQ3MgPbjH7E7MzNthxb7yS5fNi5JQdmFjm4oYj-6WHOzx16isnO-N2lEmcqgev_Ot6dWuba7SuktdBpt71Zc3z5ieNkqH_w/s1600/IMG_1551.jpg" onblur="try {parent.deselectBloggerImageGracefully();} catch(e) {}">

Hari ni Daneeya..berusia 3 hari...nanti bila habis pantang leh lah smbung berbaking lagi...Pada yg membuat panggilan untuk menempah kek & kuih2..akak mengucapka ribuan terima kasih dan memohon maaf kerana buat masa ni masa x mengizinkan....nnti bial akak dah sedia..pasti akak buat mengumuman na....Jumpa lagi...
Related Posts with Thumbnails