KAWAN2 FOLLOWERS ALAM SIBER...terima kasih kerana sudi bersama saya..

Thursday, 14 April 2011

Blueberry Muffin

Blueberry Muffin buat 2 hari lepas untuk makan ptg...nasib siapa siapa yg melangkah d rumah...pasti dapt merasa muffin ni. Sedap masa makan panas panas x rasa 3 ketul dah selesai. Resepi amik dari Rinnchan yg dok kt SP tu...sedap2 masakan dia tu. Dah byk resepi try dari Rinn ..yg akak buat, ..insyaallah x mengecewakan...Terima kasih Rinn for sharing the resepi...

Bakar garing sikit...baru sedap..!!! garing d luar..lembut d dalam.....
Kena dgn kopi " O" suam suam kuku.....adoi mak ooiii.....terangkat habis....
SUMBER : Rinnchan

BLUEBERRY MUFFIN
Bahan-bahan:
280gm butter
240gm gula castor
4 biji telur
2 camca kecil esen vanilla
250ml susu segar
400gm tepung gandum
4 camca kecil baking powder
Blueberry filling secukupnya.

Cara-cara:
1. Ayak tepung gandum dan baking powder sebanyak 3 kali. Ketepikan.
2. Pukul butter dan gula caster hingga berkrim dan putih gebu.
3. Masukkan telur satu persatu dan teruskan memukul adunan.
4. Masukkan esen vanilla dan susu segar. Pukul sebati.
5. Kaupbalikkan tepung ke dalam batter sedikit demi sedikit. Jangan terlebih mengadun.
6. Isikan adunan ke dalam muffin cups separuh penuh. Isikan sesudu blueberry filling dan
tutup semula dengan batter sehingga tiga per empat penuh.
7. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 25min -30min.

3 comments:

  1. Assalam kak Noor,
    gebunya mapin..cantik jer merekah..geram nengok..
    kak noor pinjam resepi yer..nnt nak cuba laa..tq
    btw, mekasih ziarah ssk..

    ReplyDelete
  2. Salam kunjungan.. singgahla ke blog saya ;)

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum...dtg nak amik muffin hehehe. sempat gak maktok ni buat muffin yee...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails