KAWAN2 FOLLOWERS ALAM SIBER...terima kasih kerana sudi bersama saya..

Thursday, 2 December 2010

Banana Soft Marble Cake

Minggu ni dah kata dah nk try kuih/kek dari bloggers...Dok simpan prasaan nk buat dan nk rasa nikmat pelbagai kek. My baking project still buat..tpi amik yg dah order lama dh..
Buat kek trial tu byk..gak tpi kadang hasil x menjadi dan kak norli x taruh la...
Ni kek lembut marble pisang. Memang lembut....sedap..x manis....yg sedang sedang saja...
Seperti biasa resepi amik kt umah AYU Singapore. Ayu -----> Noreen -----> Aini Salim.
Tq ..pada semua yg share dan memberi tunjuk ajar hingga terhasil kek yg sedap dan lembut ni..
Keikhlasan mereka ni lah akak Norli dpt menikmati kek pisang yg sebenar....he..he..


marble akak x secntik umah cik ayu....
Banana Soft Marble Cake
Bahan-bahan:
270gm mentega
250gm gula kastor-(Ayu gunakan 170g)
260gm tepung gandum-(Ayu kurangkan 10g-so 250g)
1 camt baking powder
6 biji telur
2 camb susu pekat manis (condensed milk)
1 camb ovalette
1 camb air-(Ayu tambah 1camb susu)
1 camt esen vanila
10gm serbuk koko
1 camt chocolate emulco - optional tapi kalau ada lagi bagus untuk mendapatkan warna
1 cawan pisang yang dah dilecek

Method:
griskan tin kek berukuran 10 x 7 x 3 atau 20-23 cm springform. ketepikan
ayakkan tepung bersama2 dengan baking powder dan ketepikan
satukan mentega, susu, esen vanila dan pukul sehingga gebu dan ringan, masukkan pisang lecek dan gaul rata (apabila diangkat dengan spatula adunan tidak jatuh). ketepikan
kemudian satukan telur ovalette, air, gula, campuran tepung tadi dan pukul sehingga kembang dan rata
masukkan adunan mentega (no. 3) ke dalam adunan no. 4 dan kacau rata
keluarkan 1/4 adunan dan campurkan dengan serbuk koko dan chocolate emulco. kacau sehingga sebati
masukkan 3 senduk adunan plain ke dalam tin kek dan 1 senduk adunan cokelat
ulangi sehingga habis adunan digunakan
ambil chopstick dan buatkan bentuk marble
kemudian bakar pada suhu 180C selama 45-50 min atau sehingga masak
setelah masak padamkan api oven dan biarkan kek di dalamnya selama 5 min
selepas itu bolehlah dikeluarkan dari oven dan biarkan betul2 sejuk barulah dipotong kek tadi
note: sedap, lembut dan senang dibuat
sumber dari aini salim

7 comments:

  1. Salam..

    Saya memang suka kek pisang nih.....tq sharing resipi.

    ReplyDelete
  2. oh..dah cuba yea..senang kan? resepi ni lbh krg soft marble kek cunma tambah pisang & sdkt bhn2 lain je...akak punya lg cantik dari saya buat..huhu
    try wat soft marble cake lak kak..sedap...hihi

    ReplyDelete
  3. salam ziarah norli .... wahhhhh ... cantik nyer kek pisang tu ....menarik lak nampak marble dier ..... eeehhhh khai nak mintak izin ambik resepi ok leh tak ....

    ReplyDelete
  4. salam kak norli,
    dari jauh dah nampak kek ni..cantik marble akak tu..thanks sudi cuba ya kak..memang betul kata ana, kek soft marble yg ditambah pisang aje..hehehe..

    ReplyDelete
  5. Awwww, super soft looking cake kak! Loved it...feel like grabbing some! :D

    ReplyDelete
  6. Tq ya pada mamawana,Anna, Khai,Ayu, Love & Nadia...

    Kerana sudi singgah memberi komen pada kek akak yg x seberapa ni. Komen ni lah yg membuat akak nk try buat lagi & cuba lagi....Tq again...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails