KAWAN2 FOLLOWERS ALAM SIBER...terima kasih kerana sudi bersama saya..

Tuesday, 29 September 2009

Birthday Kek



Genap birthday anak akak Norafeefah yg ke 17tahun ari ni..Besar dah dia anak bongsu akak ni.Kata semalam nak birthday cake yg ada cheese,jd akak buat kek Temptation Oreo dr sumber Rozzan.blogspot.com. Sedap dah pasti.tapi abit muak sikit pasal maniskan.Mungkin akak dh tua so..manis2 ni tak sesuai kod..Nak cerita sikit masa dok corakkan muka kek ti dgn lebihan coklate tu, pelepuk! jatuh seketul coklate atas kek ishhh...nak buat lagu mana..pump teruslah..cucuk dgn gula2 love nak cover cacat td.ok..sapa2 nak cuba...? mai umah akak,akak bgi sepiring.

Wednesday, 16 September 2009

Biskut Sugar Cookies





Dalam sibuk akak menyiapkan kek lapis & biskut raya pesanan rakan2...Kak Norli jugak buat Biskut Hantaran yg di pesan sebelum puasa lagi...Yg sebetulnya di pesan kek Fondant tp pasal akak kesuntukan masa..akak hanya mampu buat Biskut Hantaran saja. Kesian..Kawan si Nurul ni nak bawa balik Terengganu utk majlis Pertunangan akak yg disayangi..Maaf ya dik..nanti kawin akak buat kek ye..!!!Ok lah ucapan akak Selamat Bertunang pd yg akan bertunang lepas raya nanti & Selamat Hari Raya Idil Fitri..

Biskut Sugar Cookies

Friday, 11 September 2009

E-Card Raya dr. Kak Norli


Di sini akak ingin mengambil kesempatan mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR & BATIN TERAMATLAH ISTIMEWA... kepada kawan2 Siber akak jauh dan dekat moga berbahagia di hari yang mulia ini.Tak lupa berbanyak2 terima kasih kepada yang sudi & ikhlas dalam memberi tunjuk ajar, tips2 & resepi yg sedap2 untuk akak share dengan family , moga Allah membalas budi baik kalian semua.
Akhir kata..dr akak sudilah kiranya kawan2 siber akak mengambil kad raya akak yg tak seberapa ini untuk di gantung kt blog kalian ya...JUMPA lagi & SELAMAT HARI RAYA..

Thursday, 3 September 2009

Kuih JONGKONG



Petang td teringat pulak nak makan kuih Jongkong yang dah lama kami tak makan.Semua family memang suka kuih ni..Belah Utara panggil Jongkong , kuih ni adik beradik dengan CENDOL, cuma Cendol tu di taruh dalam acuan utk jd lebih kecil. Kuahnya ialah santan dan gula merah plus gula putih sikit.Sedap!!! kita simpan dlm refrigerator biar sejuk,taruh kuahnya dan MAKAN...EHMm...sedap !!!tak yah kunyah..terus telan..Best . Nak cuba, nanti akak update recepinya di comment ya.
Related Posts with Thumbnails