KAWAN2 FOLLOWERS ALAM SIBER...terima kasih kerana sudi bersama saya..

Monday 15 November 2010

Pandan Cheese Cake

Pandan Cheese Cake....dah masuk 2 kali dh buat...hari tu buat pun sat saja dh habis..smpai skrang anak saudara keja dok nyanyi nk makan kek ni..Hari ni buat untuk Nora...nk bawa kek p tempat kerja jamu kawan2..reason:- Birthday dia & kedua since next month dia nk brhenti kerja dah..nk smbung belajar.Jom tgk kek lembut, sedap & gebu. Kek ni x lah manis sgt..Just nice ..Kak Norli ambik dari umah MAT GEBU resepi ni..

Pandan Cheese Cake
BAHAN-BAHANNYA :-)
200 ml susu segar
4 keping slice cheese (cheesedale)
70 g mentega
70 g gula halus
70 g tepung gandum, diayak
4 biji telur gred "B"
1 camca teh pandan paste
Sedikit pewarna hijau
Beberapa titik esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :-)
1. Siat2 slice cheese dan masukkan ke dalam susu segar, panaskan susu dan kacau hingga keju larut, masukkan mentega, pandan paste dan sedikit pewarna hijau, kacau rata dan sejukkan (mat guna kaedah double-boiler)...
2. Asingkan putih dan kuning telur, pukul kuning telur hingga pucat dan masukkan no. 1, kacau rata. Masukkan tepung dan gaul hingga sebati. Ketepikan.
3. Putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan putar hingga menjadi meringue. Kaup balik meringue ke dalam no.2 dan masukkan esen vanilla, gaul hingga rata.
4. Tuang dalam tin yang telah disapu mentega, letak tin dalam bekas lain dan tuang sedikit air hangat (kalau guna tin spring foam, balut bawah tin dengan aluminium foil, utk mengelakkan air masuk).
5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 20 minit, kemudian turunkan suhu kepada 140C dan bakar lagi selama 40 minit. Bila masak, keluarkan kek dari tin dan sejukkan sebelum dipotong...Memang sedap u!!!



Ni potong panas panas..Nora nk bawa p kerja...
Tgk lah gebunya kek ni....akak garentee sedapnya...
Jom buat makan d hari raya nnti.

4 comments:

  1. best nyer cake!!! oh ini blog emak kepada sheedah!! anyway, nice blog!!!

    ReplyDelete
  2. Salm...Syed Nahar..oh ni kawan sheedah yg sering menjadi bualan cerita sheedah...Mk Chik kenal sgt...he..he..tq singgah d cini...dtg lah lagi..

    ReplyDelete
  3. salam,,,,kak bestnya kek span pandan ni mmg favorite saya...cuma lately nir sibuk nak siapkan tempahan....tapi insyaallah esok lusa nak gi bagus bakery kota d'sara...tak tahan ler terliur dah nir....

    ReplyDelete
  4. salam kak norli 1st time cuba dia tak gebu ler kak jadi cam kuih bengka....apa silapnya ye...tp rasa mmg sedap...insyallah nak cuba sekali lg insyaallah..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails