KAWAN2 FOLLOWERS ALAM SIBER...terima kasih kerana sudi bersama saya..

Wednesday, 15 June 2011

Talam Caca

Awal minggu ni....relax sikit.Maka terpanggil nk buat Talam Caca. Sebenarnya tergoda sungguh ari tu BW d umah Along ROS ...so akak simpan resepi dulu. Cntik Talamnya macam puannya gak.Sedap..lemak...x manis sgt dan lembut dia elok2 untuk tekak akak ni. Kalau bawa p majlis kecil kecilan ...tu rasanya sesuailah sgt. Di sini akak selitkan resepi ni untuk sapa 2 yg nk mencuba d luar sana dan untuk rujukan akak d masa akan dtg. Nanti nk buat lagi insyaallah...

By: Roz@HomeKreaton
Source: Adapted from Talam Sekoteng from KR_Ita Rohaya (Orig by Chef Asma)
Modified as Talam CaCa and halved the portion to fit the smaller size as below
Size: 8" round

LAPISAN BAWAH:
50gm Ca Ca bits (rebus dahulu dan toskan)
90g Tepung Beras
125ml Santan Pekat
225ml Air
1/2 tbsp Tepung Hoen Kwe(putih)
60g Gula
1/2 tsp Garam

CARA2:
1.Campurkan semua bahan kecuali CaCa bits, gaul sebati dan tapis ke dlm periuk.
2. Masak sehingga naik wap, masukkan CaCa bits dan gaul rata.
3.Tuang ke dalam loyang dan kukus selama 25 minit.
4.Cakar dgn garpu apabila dah masak supaya lapisan atas tidak lekang.

LAPISAN ATAS:
75g Tepung Gandum
125g Gula
1 1/2 biji Telur
125ml Santan pekat
250ml Air
1/4 tsp Garam
1/2 tsp perisa rose

CARA:
1. Campur semua bahan, gaul sebati & tapis ke dalam periuk.
2. Masak hingga naik wap dan tuang ke atas lapisan bawah.
3. Kukus selama 30 minit.
4. Tunggu hingga betul2 sejuk baru di potong dgn pisau plastic.

Cntik..sedap...lembut...gitulah andaian akak pada Kuih Talam Caca ni. Terima Kasih pada Along Ros ---> Ita Rohaya ---> Chef Asma.

Monday, 13 June 2011

Kek Moist Father's Day

Ha idea pun x dak...just cari kt goggles ja.....

Selamat Hari Bapa !!!! ini lah yg ingin d ungkapkan oleh Farah Harun pada bapanya dgn kek chocolate moist pada Ahad lalu. Farah ni kawan anak akak Norli....dan Maknya pulak classmate masa sekolah menengah dulu..Ha..ha.. semua secara kebetullan...jumpa ari tu . Farah ni sering order kek dari akak...kalau dia ada small function. Tq ya Farah....moga success selalu...

Friday, 10 June 2011

1st Anniversary Shahrul & Nurul

Selamat ulang tahun perkahwinan yg pertama untuk Shahrul & Nurul !! Actually last Saturday lah .....tpi akak Norli upload gmbar lmbat cikit...buat kek pun lmbat cikit..hari Isnin bru buatkan. Che Nurul kita...ni..walau lmbat dia tetap nk Kak Norli buatkan kek untuk dia. Ni yg terharu sgt.! Tq Nurul...moga kehadiran org baru tak berapa lama lagi , akak lebih menceriakan suasana d rumah nnti.


Pasangan yg sama cntik dan sama padan....nk gmbar kawin mereka d atas kek..tuk smbut anniversary....
Moga baby nanti.....ikut muka mak dia yg cntik tu....Tahniah dari kak Norli & keluarga tuk Nurul & Shahrul....

Fondant Hantaran pink white

Antara hasil kerja akak last week...Wawa order untuk kawan baik dia sempena pertunangan Zana & Afiq. Fondant kek antara kek yg paling akak suka buat..x selekeh. Awal2 kita buat bunga bunga dia. Later the real day..kita just tebarkan fondant..lekat2 bunga2 kering tu. Jap dah siap.


Wawa ni..memang pelanggan tetap d norlilovescake online bakery.....dari bertunang...berkawin ...dan mostly apa apa funtion pasti dia cari Ngah Norli. Tq ya Wawa...sokongan Wawa selama ni amat Ngah hargai...Moga Allah membalas budi baik Wawa tu....
Ni hasil tangan anak akak Norli...Dr Shekeen tu. Dia tu memang rajin dan minat menghiasi kek. Kalau ada kek yg nk d hias..cepat2 volunter nk buat...Lega kalau ada dia...Dan kalau ada Sheedah...ni lagi sorang anak akak yg amat minat hias kek...Kalau dua dua x kawin lagi...Ha lega akak..he..he..

Wednesday, 8 June 2011

Apam Dot Dot....

Apam Dot2 sebagai hantaran...ni Ira jugak yg order untuk kak nya...IFA...Terima Kasih ya Ira..dan maaf kurang lagi 40biji. Mesti terkilan kan pasal Ira reserved untuk nak makan2 bersama family. Tak pa nnti Ira balik Penang...akak buat untuk Ira lagi ye...


Cc hantaran Gold - Ifa & Kirin

Tempahan dari Ira untk kakak nya yg bertunang pada ahad lepas bertemakan Gold. Selamat bertunang pada Ifa & Kirin moga nanti majlis perkahwinan berlangsung boleh order dgn akak lagi ya...Pada Ira..maaf ya pasal tersilap amik order ari tu..lain kali akak will put more afford to take note clearly. Apapun Tq sooo much 4 the order given.

Rombongan meminang ke rumah Che Yati..,
Sajian tetamu gulai kari dn roti nan,
Moga majlis pertunangan d berkati,
Menyusul pulaq majlis perkahwinan.....



Kek Kawin Buttercream Fishah

Ha...ini 2 tier kek yg Fishah order dari akak last Sunday. Akak personally sent d rumah pengantin..waktu tu semua dah sedia....so akak just place the kek on the table provided.Ha..cntik suasana d umah Fishah..semua serba hijau putih...dari kemah..set hntaran...pelamin & meja Makan...sukanya akak..majlis betul 2 well organised....Still early nk jamu selera..so akak g amik anak akak Shekeen nk join majlis kaawan dia ni...


Maaf kek x sempat nk susun d atas...masa ni kalut dah..nk hntar ke Sungai Petani..takut lambat.
Sesal pulaq x smpat snap gmbar kek bertingkat....

Kek Hantaran Fishah

Hijau Putih kek fondant pesanan dari kawan anak akak norli yg tinggal kt sungai petani. Fishah order 3 set hantaran & 1... 2 tier kek buttercream. Terima kasih ya Fishah kerana sudi order dari akak, walaupun jauh jarak antara Perda & sungai Petani...tpi itu x menjadi penghalang untuk Fishah berurusan dgn akak...ha..ha..terharu rasanya...

Harap kek fondant ni memenuhi piawaian Fishah & keluarga....
Moga nnti kita bleh berurusan lagi na...dan Akak & Family mengucapkan selamat pengantin baru moga kekal bahagia ke anak cucu....amin....ya robbal aalamin...


Monday, 6 June 2011

Kek Hantaran Fisha ( putih merah )

Salam...lama gak x bersiaran d cini...banyak activiti harian sebenarnya. Tapi pasti tak lari dari kerja 2 baking. Ni antara order2 yg sempat akak snap. Jom kita cuci mata....Pada Farhana yg menempah 2 set kek hantaran ni..terima Kasih...dan moga pertunangan ini insyaallah akan segera ke Majlis Persandingan pulaq... Moga hantaran ini menepati citara Farhana ye...





Related Posts with Thumbnails