KAWAN2 FOLLOWERS ALAM SIBER...terima kasih kerana sudi bersama saya..

Wednesday 15 June 2011

Talam Caca

Awal minggu ni....relax sikit.Maka terpanggil nk buat Talam Caca. Sebenarnya tergoda sungguh ari tu BW d umah Along ROS ...so akak simpan resepi dulu. Cntik Talamnya macam puannya gak.Sedap..lemak...x manis sgt dan lembut dia elok2 untuk tekak akak ni. Kalau bawa p majlis kecil kecilan ...tu rasanya sesuailah sgt. Di sini akak selitkan resepi ni untuk sapa 2 yg nk mencuba d luar sana dan untuk rujukan akak d masa akan dtg. Nanti nk buat lagi insyaallah...

By: Roz@HomeKreaton
Source: Adapted from Talam Sekoteng from KR_Ita Rohaya (Orig by Chef Asma)
Modified as Talam CaCa and halved the portion to fit the smaller size as below
Size: 8" round

LAPISAN BAWAH:
50gm Ca Ca bits (rebus dahulu dan toskan)
90g Tepung Beras
125ml Santan Pekat
225ml Air
1/2 tbsp Tepung Hoen Kwe(putih)
60g Gula
1/2 tsp Garam

CARA2:
1.Campurkan semua bahan kecuali CaCa bits, gaul sebati dan tapis ke dlm periuk.
2. Masak sehingga naik wap, masukkan CaCa bits dan gaul rata.
3.Tuang ke dalam loyang dan kukus selama 25 minit.
4.Cakar dgn garpu apabila dah masak supaya lapisan atas tidak lekang.

LAPISAN ATAS:
75g Tepung Gandum
125g Gula
1 1/2 biji Telur
125ml Santan pekat
250ml Air
1/4 tsp Garam
1/2 tsp perisa rose

CARA:
1. Campur semua bahan, gaul sebati & tapis ke dalam periuk.
2. Masak hingga naik wap dan tuang ke atas lapisan bawah.
3. Kukus selama 30 minit.
4. Tunggu hingga betul2 sejuk baru di potong dgn pisau plastic.

Cntik..sedap...lembut...gitulah andaian akak pada Kuih Talam Caca ni. Terima Kasih pada Along Ros ---> Ita Rohaya ---> Chef Asma.

5 comments:

  1. As'salam kak norli

    tadi ada juga ternampak kat blog Yatie. memang sama kaler dia. sangat cantik sungguh memikat hati ct. bolehlah mencuba jika teringin sangat nak makan.

    ReplyDelete
  2. Waalaikum Salam Ct...

    Memang CUN lah talam ni...pasal colour pink tu nmpak dia lembut..selembut kuih nya.. Nnti Ct cuba..bagi akak rasa na..he..he.. tq singgah kt cini...

    ReplyDelete
  3. Salam kak Norlie..
    cun lah warna & kuih talam nih.. mesti sedap kan?

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Kak Norli

    Nyam nyam

    Wassalam

    ReplyDelete
  5. Tq mama hawa & Rozali...

    Mama..memang sedap..cukup lemaknya, manis nya, lembut ayu nya...ah leh kata..semua nya cukup..cubalah mama...

    Ha Rozali ( PHD )...memang sedap..nnti suruh Puan cuba buat ..respi pun ada.Memang sedap betui...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails