KAWAN2 FOLLOWERS ALAM SIBER...terima kasih kerana sudi bersama saya..

Monday, 31 October 2011

Kek OPERA KU

Antara kek yg menguji kesabaran...baru leh dpt kek yg cntik, kemas & Uniq. Tpi kerana kurang sabar...maka x berapa cntik hasilnya...RASANYA????? rasanya memang sedap...akan2 rasa kek d secret resepi...memang rasanya Kaya dgn coklate ..Kopi...dan Buttercreamnya yg sedap dgn coppacino...Dia kena makan sikit2 baru lasa nikmatnya...

Punya plan lama nk buat kek ni...tunggu Anniversary baru lah akak buat..Alhamdulillah..2 hari buat baru siap...Soooo mai tgk hasil kek akak. Oh lupa nk habaq....kek ni akak amik kat umah Azlita Aziz ..blog Azlita Masam Masam Manis tu. Pasti semua kenalkan...Masuk umah Azlita pasti semua yg d hasilkan amat mengoda mata. Dia antara bloggers yg amat teliti dgn hasil tangannya....resepi akak amik dari azlita..minta halal dan izin akak Copy paste na....
Oh ya...Azlita amik resepi dr RIMA SINGAPORE...Rima pun antara bloggers favourite akak. terima kasih pada kedua duanya ya..


Ni kek snap lepas keluar dari peti sejuk..berpeluh2...x cntik dah...masa awal curah ganache ..wah merelip merelip permukaan dia....so ni lah kek anniversary akak yg jatuh pada tanggal 29 october baru ni..Hu..hu....dah 28 tahun berlalu..ehm..cepat masa berlalu...

Side yg kena potong..( bedah siasat....BELEMOIH..amat berbeza dgn Azlita punya kek ..he..he..)
Ni nk hidang pada tetamu.....alhamdulillah...moga Allah memberi kehidupan yg lebih Rahmat serta Hidayah untuk kami sekeluarga..amin..

OPERA CAKE
By: Rima
Source : Bisous A Toi
Bahan-bahan Kek

Bahan A
200 gm serbuk almond
100 gm gula caster
6 biji telur
Bahan B
50 gm butter - di cairkan
Bahan C
60 gm tepung gandum - diayak
Bahan D
115 gm putih telur - anggaran dalam 3 biji
55 gm gula castor

Panaskan oven pada suhu 200 C. Bila nak masukkan kek turunkan suhu pada 175C.
Sediakan 2 loyang kek 4 segi berukuran 20 x 20 cm.
Sapu loyang dengan sedikit butter dan alas dasar loyang dengan kertas minyak atau baking paper.
Ketepikan

Bahan A
Dalam mangkuk stand mixer, satukan serbuk badam, caster sugar (100 gm), dan 3 biji telur.
Pukul dengan kelajuan maxima selama 10 minit.
Kacau sekali sekala dengan spatula supaya bahagian dasar dan tepi bergaul sempurna.
Tambahkan telur yang lagi 3 biji tadi sebutir demi sebutir dan terus memukul selama 10 minit lagi.
Ambil 4 sudu besar adunan almond ( Bahan A) tadi dan campurkan dalam butter yang telah di cairkan.
Ketepikan

Tambahkan pula tepung yang telah diayak ke dalam baki adunan almond (bahan A)
Kacau adunan dengan kaedah kaup balik sehingga adunan bergaul sempurna.
Ketepikan

Dalam bekas lain, putar putih telur hingga berbuih.
Tambahkan gula castor (50 gm) dan terus putar dengan kelajuan maxima sehingga adunan kaku.
Ambil 1/3 dari adunan putih telur, dan campurkan ke dalam adunan almond (bahan A)
Kacau rata menggunakan spatula dengan kaedah kaup balik sehingga adunan rata.
Masukkan baki adunan putih telur, dan kacau lagi dengan kaedah yang sama sehingga adunan sekata.
Tambahkan pula adunan butter yang di campur dengan 4 sudu besar almond ke dalam adunan.
Kacau rata juga dengan kaedah kaup balik sehingga adunan rata.
Jangan kacau kuat-kuat kerana kek akan mendap selepas di bakar, jika aduanan terlebih kacau.

Bahagikan adunan kepada 2 adunan yang sama banyak.
Tuang adunan dalam 2 loyang yang telah di sediakan tadi
Bakar kek dengan suhu 175 C, selama 20 minit atau sehingga kek masak sepenuhnya.

Sekarang kita sediakan pula Moca Buttercream

Mocha Buttercream
100 gm putih telur - anggaran 3 biji
200 gm gula caster
300 gm unsalted butter - potong kiub
1/2 sudu besar mocha paste
1 sudu teh coffee oil - kalau tak de boleh guna coffee esen atau coffee paste
Satukan putih telur dan gula dalam satu bekas besar.
Sediakan satu periuk kecil dan panaskan air didalamnya.
Dengan kaedah double boiler letakkan mangkuk berisi telur di atas periuk air panas. Pastikan air panas dalam mangkuk tidak kena dasar mangkuk telur.
Panaskan telur dan gula hingga gula larut anggaran suhu (65C) ita panaskan anggaran suhu badan 36-38C kalau tak de jangka suhu agak2 aje bila gula dah larut. Jangan sampai telur tu masak pulak ye!
Alihkan dari periuk panas tadi dan terus pukul adunan putih telur dengan mixer berkelajuan maxima sehingga adunan jadi berkilat dan kental.
Kalau ikut resepi, masukkan buter satu persatu dalam adunan.
Cara ita pula, ita pukul butter sampai lembut , tambahkan mocha paste dan coffee oil dan putar hingga ia bergaul rata.
Kemudian masukkan adunan telur ke dalam adunan mocha dan kacau rata dengan kaedah kaup balik sehingga ia bergaul sempurna.
Ketepikan

Sekarang kita sediakan pula Chocolate Ganache.

Chocolate Ganache
200 gm coklat gelap kompaun - di didadu kecil
200 gm coklat susu kompaun - di dadu
75 gm butter tanpa garam
250 gm fresh cream
Coklat di potong kecil atau di hiris.
Panaskan fresh cream hingga hangat atau suam-suam. Tutup api
Masukkan coklat dan kacau biar coklat melarut.
Masukkan butter dan kacau hingga adunan bergaul sempurna dan berkilat.
Biarkan ia sejuk dan sedikit likat
Ketepikan

Sekarang kita sediakan coffee syrup.
Coffie syrup yang di cadangkan dalam resepi adalah espresso. Kalau tak de boleh gunakan coffee segera atau nescafe segera pun ok!

Coffee Syrup
100 ml espresso panas - nescafe segera pun ok
100 gm gula - kalau guna nescafe segera tak payah letak gula.
Selepas itu kita lapikkan lagi sekeping kek atasnya.
Tekan-tekan sikit bagi rata dan padat.
Kemudia kita sapukan lagi coffee syrup atas kek.

Selepas tu kita tuangkan 1/2 daripada Chocolate Ganache.
Ratakan.
Kemudian letakkan selapis lagi kek.
Sapukan coffee syrup
Tuangkan Mocha Buttercream atasnya dan ratakan.
Kemudia letak lapisan kek yang terakhir.
Sapukan juga coffee syrup

Ita masukkan dahulu kek ni dalam peti ais supaya Mocha Buttercream dan Chocolate Ganache keras.
Anggaran 1 jam.
Keluarka dari peti ais.
Letak kek atas redai dan alas bawahnya dgn tray.
Baki Chocolate Ganache tadi kita panaskan sekejap bagi Chocolate Ganache tu cair.
Tuang atas kek
Kalau ada ring 4 segi yang ukuran 20 x 20 cm lagi bagus.
Masukkan kek dalam ring tu dan tuang chocolate ganache atasnya.
Jadi lapisan ganache yang terakhir tu akan sama tebal dengan lapisan tengah.
Kemudian simpan kek dalam peti ais dalam 2 atau 3 jam atau sehingga Chocolate Canache keras.
Bila kek dah keras potong dan kemaskan tepi kek.

9 comments:

  1. Happy Anniversary semuga di Rahmati Allah dalam kehidupan.Amin.
    Hihi saya mmg teringin nak buat kak nie dah lama tapi melihat step stepnya maka terhenti nak buat takut..tak jadi tapi bila lihat banyak orang dah cuba timbul keinginan nak cuba...entah bila la

    ReplyDelete
  2. Kak Norli, happy anniversary ye kak. Cantik jer kak akak tu. Kemas dan licin jer. Naz kalau nak buat kek2 yg kena teliti cam ni, nampaknya kena tunggu anak dara kecik si Hani tu beso sikit lagi lah. Nanti dia bising bila lama sgt di dapur..

    ReplyDelete
  3. Assalam Noor....

    Terima kasih...sebenarnya atur cara nmpak remeh tpi betui2 senang jugak tpi nk buat kena relax2..x leh kalut2..kena teliti..itu ja.. he..he..

    Naz...Tq dgn ucapan tu..moga bahagia tu kekal abadi. Akak rasa kan lebih baik beli kalau ada 2 ..3 org d rumah. Muak jugak bila makan dia..tpi memang lah sedap...

    ReplyDelete
  4. sedapnya kek tu kak norli..tgk pon dah meleleh air liur..huhu..happy anniversary..semoga berkekalan ke akhir hayat..amin..

    ReplyDelete
  5. ha..ha...memang sedap Cik Gu...
    Tq...Moga berkekalan selagi hayat d kandung badan...

    ReplyDelete
  6. Assalam kak norli..
    waduh sorry kita lamabt tiba..nak ucapkan Happy anniversay to kak Norli & hubby semuga berbahagia hingga ke akhirnya disamping keluarga tercinta ya kak..tengok kek ni..macam nak buat aje tau..tapi masih belum ada kesempatan lagi..kena banyak bersabar ya kak buat kek ni..huhu..

    ReplyDelete
  7. silaturahmi.. mudah-mudahan bisa terus silaturahmi, salam kenal :)

    ReplyDelete
  8. susahnya makcik nak buat kek ni..pening dah kepala ni..huhu...

    ReplyDelete
  9. salam.sis..mohon copy resepi ni..tq=)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails