KAWAN2 FOLLOWERS ALAM SIBER...terima kasih kerana sudi bersama saya..

Monday, 26 December 2011

CREAM PUFF

Assalam...semua. Ni mood rajin membuat cream puff pasal nk habiskan isi durian yg d beli kt Bukit Gantang 2 hari Lepas. Sedap...!!! pasal ni kak Norli nya Favourite. tmbah2 d taruh Durian ..hu..hu...sedap giler..D tambah lepas taruh d peti sejuk...jom cuba..buat...

CREAM PUFF
by : Yani

100ml air
45g butter-suhu bilik, potong 1cm
60g tepung gandum- diayak
2 biji telur(100g)
Mula-mula, panaskan oven pada suhu 200C.
Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya.
Kalau guna loyang kuih tak payah alas kertas aluminium, terus aje sapukan butter
Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih hingga bercampur.
Tepung gandum di ayak
Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
  • Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
  • Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
  • Masukkan telur, kacau cepat-cepat
  • Inilah hasilnya setelah dicampurkan dengan telur.
  • Masukkan adunan ke dalam piping bag.
    Gunakan nozel 1 cm. Kalau tak de potong aje bucu plastik anggaran 1 cm
    Pipe kan ke atas dulang
    Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
    Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
    Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan cream custard.

    CREAM CUSTARD
    by : Honey

    1 sudu besar tepung
    1 sudu besar tepung jagung
    4 sudu besar gula
    200ml (1 cup) susu segar
    1 biji telur (L size)
    1 sudu besar mentega
    1 sudu teh esen vanila -
    sedikit pewarna kuning -
    Masukkan tepung, tepung jagung dan gula ke dalam mangkuk.
    Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2
    Masukkan telur dan kacau lagi.
    Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
    Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi.
    Masak sehingga pekat.
    Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau.
    Ulang sehingga pekat.
    Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata.

    Adunan ini boleh juga di masak atas dapur dgn api yg sederhana.
    Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yg licin.

    Nampak macam rapuhkan...tpi tidak..lembut sgt2...Waktu ni puff baru keluar oven..tgh sejukkan sebelum taruh kastardnya...


    Saturday, 17 December 2011

    Fondant Wedding Cake ( Soft Pink & White )

    Pagi pagi ke Gertak Sanggul hantar kek Kawin Fondant untuk pasangan Ana & Hafiz.Jauh juga perjalanan ke Gertak Sanggul ..macham ular kena bedal...tpi bebaloi..pasal lokasi Dewan tu terletak betol2 tepi pantai yg sgt cntik...Sayang x bawa camera pulaq hari ni..Masa tu akak tengok ayer pasang, soooo pantai teramat cntik dgn kemah & mentara2 sibuk dgn persiapan akhir menyambut kumpulan merhaban & tetamu....
    Wah!!! dlm hati berbisik...kalau lah boleh nnti anak akak buat kenduri kat cini kan BEST.....


    Selamat Penagntin Baru pada Ana & Hafiz. terima kasih sudi order kek dr akak. Moga anak ANA kekal bahagia hingga ke anak cucu....

    Pink & Putih pilihan Ana untuk majlis memotong kek...harap Ana suka na...

    Wednesday, 14 December 2011

    Kek Hantaran Pink & Biru

    Kek simple ni pilihan Anita..jiran akak Norli. Warna yg lembut gandingan pink & biru..memang cntik pada pandangan akak la....Pandai Anita bagi Idea untuk permudah urusan akak norli. Terima kasih order dari akak ya NITa...






    Minature Kek Hantaran

    Assalam semua yg sudi singgah...maaf ya kekadang x sempat nk ziarah kawan2 yg singgah d umah akak. Maaf na....byk urusan sejak dua menjak ni. Nk buat kek..nk jaga cucu..lagi. Nk upload gmbar byk yg tertunggak. Ok ringkasnya....ni kek minature tmpahan Shidah minggu sudah..colour orange. hijau & Silver...

    Ni ibu kek....besaq dr anak2nya...
    frankly speaking..akak paling takut main warna ....takut x ngam...
    Ni setnya..untuk d taruh d dlm dulang nnti....Tq shidah dgn tmpahan ni...moga dpt berurusan lagi!!!
    Moga shidah & ibu suka kek ni....

    Friday, 2 December 2011

    2 Tier Fondant Cake - Purple White

    Salam Jumaat semua....busy dgn baking macam biasalah....Hasil hari ni , kek 2 Tier fondant untuk Eja. Lega siap sudah 2 tier kek ni. Maaf na gmbar bunga ikut2 warna purple tpi d cini nmpak biru lah pulaq...Terima kasih pada Eja yg x henti2 order dari mak cik Norli.....Alhamdulillah...!!! moga Allah membalas budi Eja.

    Kek FondaNT 2 TIER NI ..amatlah berat...kesian tgk Eja & kawan dia mengusung kek ni..moga selamat smpai ke Sungai Petani ...aameen....
    alhamdulillah..Allah permudah segala urusan .....Nasib baik Bunga Fondant keras elok..kalau tidak..kena boh bunga beli...Dah ckap dgn Eja ..musim hujan Fondant sering buat hal. So akak Norli standby bunga beli......

    Hairan ya..reben purple leh msk gmbar..yg bunga ..dia turn blue...WHY???? can somebody answer me....?

    Bila urusan semua selesai...dan kek sudah d terima pelanggan..rasa ringan kepala..hilang resah gelisah..syukur pada Allah...

    Related Posts with Thumbnails