KAWAN2 FOLLOWERS ALAM SIBER...terima kasih kerana sudi bersama saya..

Monday, 26 December 2011

CREAM PUFF

Assalam...semua. Ni mood rajin membuat cream puff pasal nk habiskan isi durian yg d beli kt Bukit Gantang 2 hari Lepas. Sedap...!!! pasal ni kak Norli nya Favourite. tmbah2 d taruh Durian ..hu..hu...sedap giler..D tambah lepas taruh d peti sejuk...jom cuba..buat...

CREAM PUFF
by : Yani

100ml air
45g butter-suhu bilik, potong 1cm
60g tepung gandum- diayak
2 biji telur(100g)
Mula-mula, panaskan oven pada suhu 200C.
Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya.
Kalau guna loyang kuih tak payah alas kertas aluminium, terus aje sapukan butter
Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih hingga bercampur.
Tepung gandum di ayak
Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
  • Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
  • Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
  • Masukkan telur, kacau cepat-cepat
  • Inilah hasilnya setelah dicampurkan dengan telur.
  • Masukkan adunan ke dalam piping bag.
    Gunakan nozel 1 cm. Kalau tak de potong aje bucu plastik anggaran 1 cm
    Pipe kan ke atas dulang
    Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
    Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
    Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan cream custard.

    CREAM CUSTARD
    by : Honey

    1 sudu besar tepung
    1 sudu besar tepung jagung
    4 sudu besar gula
    200ml (1 cup) susu segar
    1 biji telur (L size)
    1 sudu besar mentega
    1 sudu teh esen vanila -
    sedikit pewarna kuning -
    Masukkan tepung, tepung jagung dan gula ke dalam mangkuk.
    Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2
    Masukkan telur dan kacau lagi.
    Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
    Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi.
    Masak sehingga pekat.
    Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau.
    Ulang sehingga pekat.
    Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata.

    Adunan ini boleh juga di masak atas dapur dgn api yg sederhana.
    Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yg licin.

    Nampak macam rapuhkan...tpi tidak..lembut sgt2...Waktu ni puff baru keluar oven..tgh sejukkan sebelum taruh kastardnya...


    3 comments:

    1. assalam kak norli, sedapnya tgk cream puff ni.saya tak pernah buat lagi ni tapi teringin juga nk terai buat.:)

      ReplyDelete
    2. Nieza...buatlah ..akak recoment kuat ni...ni antara akak nya top sale...

      ReplyDelete

    Related Posts with Thumbnails