KAWAN2 FOLLOWERS ALAM SIBER...terima kasih kerana sudi bersama saya..

Friday, 5 August 2011

Pengat Nangka Cendol

Pengat Nangka Cendol yg akak buat berbuka semalam.....sedap!!!!..lama x makan. Kalau berpuasa semangat nk buat kuih ni berkobar2 ...otak dah set apa yg teringin...pastu suruh hubby akak g cari...Ikut2 nk buat ni memang senang kan. cuma antara nk buat dgn x nak saja.

Masak gula merah & gula putih dgn santan cair + sedikit garam + daun pandan. Bila dh mendidih sikit taruh nangka & cendol dgn sntan pekat. Kacau rata...bila nmpak dah mendidih sikit..terus angkat. Jgn biar mendidih terus......nnti santan naik kepala...pengat dah x cntik...selamat menjamu selera...

Monday, 1 August 2011

Talam Pandan

Salam Ramadhan buat semua yg singgah d cini. Lama akak tak bersiaran, bukan p mana. Dok kat Penang gak. Cuma sibuk..dgn urusan harian sejak dua menjak ni. Minggu sudah jaga Daneeya ( cucu akak yg baru 4 bln ) the whole week...pasal si Ibu kena kerja kat Hosp. Slim River. Tak sampai hati biar dia duduk d Nursery.....sepanjang satu minggu tu.
Ok...cakap pasal kuih Talam Pandan yg akak buat hari ni...untuk berbuka. Simple dan senang nk buat...yg susah tu...semangat nk buat! Bukan apa....akak berbuka tadi pun sorang2.

Resepi dari sumber Hanie liza...sedap & lembut...Terima Kasih Ya...Hanie Liza. Akak buat separuh adunan ja...pakai loyang bulat 6 ".

KUEH TALAM PANDAN
sumber : Hanieliza

Bahan Lapisan Bawah
1 caw tepung beras
1 s/b tepung jagung
1/2 cawan gula
2 cawan santan cair
1 cawan jus pandan & pewarna hijau

Cara
1. Gaul semua bahan, masukkan dalam periuk dan kacau sebentar saja atas api.
2. Masukkan dalam loyang 8 x 8 inci yg telah lapikkan pelastik.
3. Kukus sehingga masak [20 minit].

Bahan Lapisan Atas
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat + sket garam

Cara
1. Gaul semua bahan dan tapiskan.
2. Masakkan sikit atas api. Kacau rata sekejap saja.
3. Cakarkan permukaan lapisan bawah dengan garfu.
4. Tuangkan perlahan2 keatas lapisan bawah.
5. Kukus sehingga masak [20 minit].
6. Sejukkan betul-betul baru dipotong.

Related Posts with Thumbnails