KAWAN2 FOLLOWERS ALAM SIBER...terima kasih kerana sudi bersama saya..

Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts

Wednesday, 16 May 2012

Chocolate Moist Cheese Cake

Assalam...selamat hari rabu semua...dan Selamat Hari Guru!!!! Chocolate Moist Cheese Cake ni akak Norli buat 4 minggu sudah...tpi x kesempatan nk upload kt blog....Kek ni sekali pandang masa AlongRoz update kat blog dia...Fuh!!! memang akak x bleh tahan dgn warna dia yg amat mengancam kalbu....dan bagi akak kek ni memang sedap!!! nk buat pun mudah dan makan pun mudah..kejap ja dh habis...Siapa 2 nk cuba
boleh try.lagi pun resepi dia pun x besar mana..cun2 untuk akak 3 org kat umah.  Jom cuba......!!!!                    


 Sedap kek ni...terima kasih kepada AlongRoz Homecreation yg membuat akak terpangil nk buatkek yg sedap ni...


By: AlongRoz@HomeKreation
Source: buku Chef Zubaidah Chepa
Along tambah perisa pandan pada lapisan ciskek & taip semula resipi utk mudah rujuk sendiri
Saiz: 8" persegi
LAPISAN BROWNIES:
60g Butter*
30g Cooking Chocolate* (* cairkan, sejukkan)
4 bj Kuning Telur
2 bj Putih Telur
110g Gula Kastor
25g Tepung Gandum
25g Serbuk Koko
½ st Baking Powder
1 st Choc Emulco (Along tak bubuh)

CARA2:
1. Pukul telur & gula sehingga kembang.
Masukkan campuran coklat* & kacau sebati.
Masukkan kesemua bhn2 lain & gaul rata.
2. Tuangkan ke dlm tin yg di lapik & di minyakkan.
Kukus selama 35 minit.

LAPISAN CHEESECAKE:
1 bj Telur
30g Gula Kastor
½ sb Ovalet
30g Tepung Superfine
20g Tepung Jagung
100-125g Cream Cheese*
1 sb Susu Pekat*
1 st Pes Pandan* (* pukul sehingga lembut)
50g Minyak

CARA2:
1. Pukul telur, gula & ovalet sehingga kembang & pekat.
Masukkan tepung & gaul rata.
Masukkan campuran cream cheese* & gaul rata.
Gaulkan minyak.

2. Tuangkan ke atas lapisan brownies & kukus 30 minit.

CANTIKKAN!!! gandingan warna hijau pucuk pisang dan chocolate....

Sunday, 8 April 2012

Kek Salam Perpisahan dr warga MAINPP

Kek chocolate moist 3 kg ...tempahan Yatie special untuk Puan Khazamah @ Che mah, sempena majlis perpisahan, yg warga MAINPP adakan utk beliau. Pasti semua akan merasa kehilangan seorang yg telah brkhidmat selama 35 tahun bersama MAINPP. Wah...masa dok buat kek ni pun terasa teruja pd empunya kek ni...
Moga Puan Khazamah d berkati Allah ...aameen..


Yg ni Yatie tmpah...seperti kek sebelum ni... trimakasih Yatie...


Eggless Chocolate Cake

Last week punya order..dari kawan anak akak Norli yg kerja kt McD . Tq Saras yg x henti henti buat order dari Akak. Walaupun anak akak Norli smbung belajaq...cuma kerja part time waktu cuti panjang...tpi smbutan kawan2 dia tetap x putus2...Alhamdulillah.....moga Allah melimpahkan rahmat & rezeki untuk mereka semua....aameen..


Enjoy...Saras!!! and Family.....Tq again for ur continous support on my homemade products...

Tuesday, 3 April 2012

Brownies...

Antara kuih yg Mak Tok Daneeya buat kan untuk birthday dia...Brownies yg sedap..rasa penuh dgn chocolate dan badam yg rangup...Bila kunyah...rasa liat liatnya...ranggup badam & chocolate chipsmore .




Sunday, 20 November 2011

Kek Kukus Buah

Minggu cuti sekolah bermula..maka bermulalah episode majlis pertunangan, perkahwinan, berkatan, majlis hari jadi, kesyukuran...etc..etc..yg ramai dah plan buat. Bukannya apa, waktu ni kalau buat majlis apa sekalipun pastinya meriah. Pasti rate kehadiran mencecah 90%...kalau sedara2 terdekat cecahnya pasti 100%.
Begitulah juga dgn pembuat kek kecil kecillan mchm akak...hu..hu..awal2 dah dapat tempahan jauh dan dekat. Itupun kadang2 terpaksa menolak...kerana x mampu nk cope dgn time & date line yg bertindih tindih. Macam mana pun syukur pada Allah atas rezeki dan rahmatnya...untuk akak dan keluarga....

Ini kek buah kukus yg lembab & sedap..x berapa manis....Kek ni untuk hantaran Ros & Tarmizi . Betul2 kek ni nnti d taruh d dlm bakul khas yg siap dgn hiasan.. Merah & Putih. Selamat Pengantin Baru pada kedua dua mempelai...akak doakan moga Kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Aameen...

Monday, 31 October 2011

Kek OPERA KU

Antara kek yg menguji kesabaran...baru leh dpt kek yg cntik, kemas & Uniq. Tpi kerana kurang sabar...maka x berapa cntik hasilnya...RASANYA????? rasanya memang sedap...akan2 rasa kek d secret resepi...memang rasanya Kaya dgn coklate ..Kopi...dan Buttercreamnya yg sedap dgn coppacino...Dia kena makan sikit2 baru lasa nikmatnya...

Punya plan lama nk buat kek ni...tunggu Anniversary baru lah akak buat..Alhamdulillah..2 hari buat baru siap...Soooo mai tgk hasil kek akak. Oh lupa nk habaq....kek ni akak amik kat umah Azlita Aziz ..blog Azlita Masam Masam Manis tu. Pasti semua kenalkan...Masuk umah Azlita pasti semua yg d hasilkan amat mengoda mata. Dia antara bloggers yg amat teliti dgn hasil tangannya....resepi akak amik dari azlita..minta halal dan izin akak Copy paste na....
Oh ya...Azlita amik resepi dr RIMA SINGAPORE...Rima pun antara bloggers favourite akak. terima kasih pada kedua duanya ya..


Ni kek snap lepas keluar dari peti sejuk..berpeluh2...x cntik dah...masa awal curah ganache ..wah merelip merelip permukaan dia....so ni lah kek anniversary akak yg jatuh pada tanggal 29 october baru ni..Hu..hu....dah 28 tahun berlalu..ehm..cepat masa berlalu...

Side yg kena potong..( bedah siasat....BELEMOIH..amat berbeza dgn Azlita punya kek ..he..he..)
Ni nk hidang pada tetamu.....alhamdulillah...moga Allah memberi kehidupan yg lebih Rahmat serta Hidayah untuk kami sekeluarga..amin..

OPERA CAKE
By: Rima
Source : Bisous A Toi
Bahan-bahan Kek

Bahan A
200 gm serbuk almond
100 gm gula caster
6 biji telur
Bahan B
50 gm butter - di cairkan
Bahan C
60 gm tepung gandum - diayak
Bahan D
115 gm putih telur - anggaran dalam 3 biji
55 gm gula castor

Panaskan oven pada suhu 200 C. Bila nak masukkan kek turunkan suhu pada 175C.
Sediakan 2 loyang kek 4 segi berukuran 20 x 20 cm.
Sapu loyang dengan sedikit butter dan alas dasar loyang dengan kertas minyak atau baking paper.
Ketepikan

Bahan A
Dalam mangkuk stand mixer, satukan serbuk badam, caster sugar (100 gm), dan 3 biji telur.
Pukul dengan kelajuan maxima selama 10 minit.
Kacau sekali sekala dengan spatula supaya bahagian dasar dan tepi bergaul sempurna.
Tambahkan telur yang lagi 3 biji tadi sebutir demi sebutir dan terus memukul selama 10 minit lagi.
Ambil 4 sudu besar adunan almond ( Bahan A) tadi dan campurkan dalam butter yang telah di cairkan.
Ketepikan

Tambahkan pula tepung yang telah diayak ke dalam baki adunan almond (bahan A)
Kacau adunan dengan kaedah kaup balik sehingga adunan bergaul sempurna.
Ketepikan

Dalam bekas lain, putar putih telur hingga berbuih.
Tambahkan gula castor (50 gm) dan terus putar dengan kelajuan maxima sehingga adunan kaku.
Ambil 1/3 dari adunan putih telur, dan campurkan ke dalam adunan almond (bahan A)
Kacau rata menggunakan spatula dengan kaedah kaup balik sehingga adunan rata.
Masukkan baki adunan putih telur, dan kacau lagi dengan kaedah yang sama sehingga adunan sekata.
Tambahkan pula adunan butter yang di campur dengan 4 sudu besar almond ke dalam adunan.
Kacau rata juga dengan kaedah kaup balik sehingga adunan rata.
Jangan kacau kuat-kuat kerana kek akan mendap selepas di bakar, jika aduanan terlebih kacau.

Bahagikan adunan kepada 2 adunan yang sama banyak.
Tuang adunan dalam 2 loyang yang telah di sediakan tadi
Bakar kek dengan suhu 175 C, selama 20 minit atau sehingga kek masak sepenuhnya.

Sekarang kita sediakan pula Moca Buttercream

Mocha Buttercream
100 gm putih telur - anggaran 3 biji
200 gm gula caster
300 gm unsalted butter - potong kiub
1/2 sudu besar mocha paste
1 sudu teh coffee oil - kalau tak de boleh guna coffee esen atau coffee paste
Satukan putih telur dan gula dalam satu bekas besar.
Sediakan satu periuk kecil dan panaskan air didalamnya.
Dengan kaedah double boiler letakkan mangkuk berisi telur di atas periuk air panas. Pastikan air panas dalam mangkuk tidak kena dasar mangkuk telur.
Panaskan telur dan gula hingga gula larut anggaran suhu (65C) ita panaskan anggaran suhu badan 36-38C kalau tak de jangka suhu agak2 aje bila gula dah larut. Jangan sampai telur tu masak pulak ye!
Alihkan dari periuk panas tadi dan terus pukul adunan putih telur dengan mixer berkelajuan maxima sehingga adunan jadi berkilat dan kental.
Kalau ikut resepi, masukkan buter satu persatu dalam adunan.
Cara ita pula, ita pukul butter sampai lembut , tambahkan mocha paste dan coffee oil dan putar hingga ia bergaul rata.
Kemudian masukkan adunan telur ke dalam adunan mocha dan kacau rata dengan kaedah kaup balik sehingga ia bergaul sempurna.
Ketepikan

Sekarang kita sediakan pula Chocolate Ganache.

Chocolate Ganache
200 gm coklat gelap kompaun - di didadu kecil
200 gm coklat susu kompaun - di dadu
75 gm butter tanpa garam
250 gm fresh cream
Coklat di potong kecil atau di hiris.
Panaskan fresh cream hingga hangat atau suam-suam. Tutup api
Masukkan coklat dan kacau biar coklat melarut.
Masukkan butter dan kacau hingga adunan bergaul sempurna dan berkilat.
Biarkan ia sejuk dan sedikit likat
Ketepikan

Sekarang kita sediakan coffee syrup.
Coffie syrup yang di cadangkan dalam resepi adalah espresso. Kalau tak de boleh gunakan coffee segera atau nescafe segera pun ok!

Coffee Syrup
100 ml espresso panas - nescafe segera pun ok
100 gm gula - kalau guna nescafe segera tak payah letak gula.
Selepas itu kita lapikkan lagi sekeping kek atasnya.
Tekan-tekan sikit bagi rata dan padat.
Kemudia kita sapukan lagi coffee syrup atas kek.

Selepas tu kita tuangkan 1/2 daripada Chocolate Ganache.
Ratakan.
Kemudian letakkan selapis lagi kek.
Sapukan coffee syrup
Tuangkan Mocha Buttercream atasnya dan ratakan.
Kemudia letak lapisan kek yang terakhir.
Sapukan juga coffee syrup

Ita masukkan dahulu kek ni dalam peti ais supaya Mocha Buttercream dan Chocolate Ganache keras.
Anggaran 1 jam.
Keluarka dari peti ais.
Letak kek atas redai dan alas bawahnya dgn tray.
Baki Chocolate Ganache tadi kita panaskan sekejap bagi Chocolate Ganache tu cair.
Tuang atas kek
Kalau ada ring 4 segi yang ukuran 20 x 20 cm lagi bagus.
Masukkan kek dalam ring tu dan tuang chocolate ganache atasnya.
Jadi lapisan ganache yang terakhir tu akan sama tebal dengan lapisan tengah.
Kemudian simpan kek dalam peti ais dalam 2 atau 3 jam atau sehingga Chocolate Canache keras.
Bila kek dah keras potong dan kemaskan tepi kek.

Wednesday, 16 March 2011

Kek Shekeen

Ahad sudah..kak norli buatkan majlis doa selamat & bacaan yaassin d umah mak akak kt JURU. Majlis buat sikit ja..dgn adik beradik kak Norli & kawan sekolah Shekeen d JURU.Org kata reunion...lah gak tu. Shekeen buat majlis makan2 ni kira belanja gaji pertama dia la ni...dan dia sedang bercuti ( on maternity leave..hu..hu....3 bulan !!!).Buat kek birthday Ladybird tuk Darwish yg dah setahun.Majlis ni semua ada byk package...pada semua yg hadir terima kasih byk2..moga kita dapat berhimpun lagi ya...

Kek buttercake & buttercream ...yg sedap & lembut & gebu..& x manis...
Combination colour.....pilihan shekeen .pandai gak buat pilihan...soft and sweet....!!!
Darwish...muka sedih ja...dia masih x bleh sesuaikan diri..dgn org yg jarang2 dia temui....
Ha...ni lah couple yg menunggu hari..kehadiran org baru dlm hidup mereka......dok kata baby girl insyaallah....
Ni antara kawan2 shekeen yg hadir pada hari tu....Tq...pada semua yg sudi kemari....Hope semua leh jumpa lagi na....

Saturday, 18 December 2010

Kek Alunan Kasih

KEK ALUNAN KASIH....cntik kek ni secntik nama yg d beri..Try lah buat..rasa ok gak macham rasa kek butter yg lembut...Terima Kasih pada empunya resepi asal..Pn Mastura Yasak -FB (kongsi resepi). Actually Kak Norli terjumpa bila singgah d rumah NIEZA...terus jatuh hati...tu yg ari ni free ..akak buat kek ni
Nk potong..tunggu dia betui2 sejuk baru potong....baru kek tu rapat dan cntik lepas d potong..
Kek kak Norli...berbulu..bulu sikit x nmpak kemas...pasal potong awal sgt..
Dok esok potong baki yg ada..baru terserlah kecntikkan kek ni....!!!JOM cuba buat!!!!

Bahan-bahannya
5 Biji Telur
1 ½ cwn Planta atau (250g) - ltk 250g butterpun boleh
2 ½ cwn tepung gandum (ayak sekali dgn baking powder)
2 cwn gula halus (boleh kurangkan..sy guna 1 ½ cwn je)
1 sudu kecil baking powder atau 3 sk (sudu kfc)
½ cwn susu cair**
1 sudu kecil esen vanilla (bole guna perasa lain juga)
*Sebuk koko (secukupnya)
*Pewarna ( ikut citarasa masing2..)
*sediakan tapis teh yg halus..utk ayak serbuk koko.

Cara-cara:
1. Pukul planta dan gula smpai kembang...
2. Masukan telur satu persatu..pukul lg smpai kembang
3. Masukan *esen vanilla, susu cair…gaul hingga sebati dan masukan tepung sedikit demi sedikit..
4. Bahagikan dua bahagian..campurkan pewarna pink dan satu bhgn pwrna hijau…
5. Griskan loyang dan tabur sikit tepung..masukan adunan pink..ratakan dlm loyang dan
6. ayak *serbuk koko menutupi lapisan pertama…ayak nipis2 jer..
7. Then masukan lapisan kedua..warna hijau..ratakan perlahan2.. (jgn smpai serbuk koko di lapisan pertama td terangkat)…ayak serbuk koko di atas lapisan kedua..Mcm tu lah seterusnya..smpai adunan abis…
8. Bakar lebih kurang 45min..160 Degree ikut oven masing2…

Nota:
Utk membuat lapisan kaler2 tu biar tebal sbb bila kita melapis & merapatkan adunan tersebut
serbuk koko tak akan terikut sama. Tapi bila adunan yg nak kita lapiskan itu agak nipis/sikit
bila nak meratakan lapisan tu, serbuk koko akak tertarik sama - nanti corak tak akan jadi cantik

Sunday, 28 November 2010

Kek Karemel

Sedap kek Karemel ni...x sempat sejuk pun memang dah sedapdah...
Nampak kan air bubble d celah2 Karemel layer tu...yg tu jgn tgk..sila abaikan..
Jom p masuk dapur..buatkan untuk anak2...Nk buat dia pun kejap sgt...!!

Qaseh- AzZahra...menemukan Kak Norli dgn Kek Karemel yg akak rasa unik sikit...ada rasa kek dgn Karemel. Teringin sungguh nk buat macam mengidam pulak..dok terasa kt mulut ni...Lepas buat housekeeping rumah..mula lah buat Kek Karemel ni.Ehm..hasil nya memang terkejut..mana taknya..karemel cntik xxx pecah dan cntik bila d potong dgn pisau berbiku2 tu...cuma caremel tu ada buih sikit..Akak dh habis lembut lembai masa mengacau telur tadi ..takut jdi buih..Tak pa la...janji kek terhasil..dan rasanya sdap...Terima Kasih pada Ana ( Qaseh-AzZahra) ------> yg ambil kat Pn Munira(FB)-----> spa tuan resepi asal???? ( dlm pencarian )
Bahan2:
(A)-Gula Hangus
  • 2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
  • *tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang)
  • Ketepikan dulu
(B) - Bahagian Atas
  • 1/2 tin susu cair FN...(blh tmbah klu nk karamel tebal ckit)
  • 70 gm gula kastor
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 3 bj kuning telur...(kalau tmbah susu cair kena tmbah gak kuning telur)
(C) - Lapisan Kek
  • 140 gm tepung gandum
  • 70 gm gula kastor
  • 3 bj kuning telur
  • 135 ml air biasa
  • 1 sudu teh baking powder
  • 45 ml minyak msk
(D) Merinque
  • 6 bj putih telur
  • 70 gm gula kastor
  • 1 sudu teh krim of tartar
TAMBAHAN : 2 SUDU BESAR SUSU PEKAT MANIS..kek lebih lembut & sedap (",)
Cara membuatnya:
  • Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye...
  • masukkan (B) td dlm loyang gula hangus tadi..ketepikan.
  • pukul bahan (C) *Ana guna senduk je..ketepikan.(masa ni bolehla tambah susu pekat manis tu)
  • pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang & bila kita angkat dia x jatuh...
  • campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..
  • bahgikan kpd beberapa bahagian & letak pewarna n paste kalau nak..
  • masukkan kedlm loyang yg ada gula hangus tadi (A + B)..selang seli warna, letak ditengah2 loyang
  • Bakar cara double boiling - selama 1 jam suhu 160-180'C
  • Bila masak angkat & rehatkan 10 minit baru terbalikkan kek yg dibakar tadi...
  • Masukkan dlm peti sejuk 1 jam n lepas tu mkn sejuk2.

Thursday, 21 October 2010

Devil's Chocolate Cake

SShhhhhh......Jangan sebut..baca dah!!!! Memang x suka sebut tpi nk cuba buat kek yg d sebut ..punya lah sedap & sensasi ni. Resepi akak p amik kat Ayu singapore...dia kalau buat apa..pasti mengoda...hasilnya pasti x mengecewakan. Jom tgk kek yg akak buat semalam.. Kalau taruh strawberry pasti menangkap......Gabungan ganache,,,cheese,,,,,dan strawberry memang gadingan yg hebat dari citarasa berkuasa tinggi.....he..he..he..

Dah gi Jusco..nk beli Strawberry...tpi hak Koreannya x dak...Yg lain dah pernah beli tpi masam...BEDENGUNG!!!!!!
EHM...lemak..sedap...berkrim....
Ganache......dgn whipping cream....hebat rasanya..cuba lah buat!!! Ada orang mintak resepi...so akak copy paste dr blog Ayu..letak cini ya..Tq ayu..
Ingredients:-
1 cup all purpose flour
1/4 cup cocoa powder-( Ayu used Valrhona cocoa powder)
3/4 tsp bicarbonate soda
1/4 tsp salt
1/2 cup granulated sugar-Ayu used 1/4 cup
1/2 brown sugar- Ayu used 1/4 cup
65g butter
1 large egg
1 tsp vanilla extract
1/4 cup buttermilk- (homemade 1 cup milk added with 1 tbsp distilled vinegar leave to rest for about 20 minutes, but use 1/4 cup only ya for this recipe)
1/2 cup warm water

Method:-
Set your oven at 170C
Prepare your cake tins.
Sieve flour, cocoa powder, bicarbonate soda, salt, and set aside.
Beat butter with sugars until light and fluffy, add eggs.
When all well incorporated add the dry ingredients (flour, cocoa powder etc) and alternate with liquid ingredients (buttermilk + warm water) in three portions, last incorporate the vanilla extract.
Bake for about 30 minutes or until just cooked

Cream Cheese Frosting-(make 1/2 the amount next time)
250g Philadelphia cheese-(next time just use 1/2 this amount for the cream cheese)
125 butter
1 cup icing sugar-Ayu used 1/4 cup
1 tsp vanilla extract
juice of a squeezed slice of lemon
Beat the cheese and butter, just until creamy, add the icing sugar, vanilla and lemon juice.

Chocolate Ganache-(make 1/2 the amount next time)
200ml double cream with at least 30% fat content-I used whippping cream
250g dark chocolate, chopped finely
a pinch of salt
In a double boiler, warm the cream until just at boiling point, add the chocolate & salt and stir. When all the chocolate has melted, remove for heat and continue stirring until all well mixed.
Let the cake cool completely, spread the cream cheese frosting and pour the ganache on top.
Sources:-From cupcakeschek.blogspot.com






Monday, 11 October 2010

Muffins & Apam Dot2

ISNIN...banyak orang tak suka..!!!Especially yg makan gaji..tapi bagi akak Norli..hari isnin hari free akak..nk rehat2 dan nk bersantai2...Ha...lega semua kerja dah selesai dah..Hari ni jugak..hari akak buat Housekeeping..Memasak...& berdobi..Bila rumah bersih & Tip Top condition..ehm..baru rasa rumah ni syurga ku..
Jom nk cerita..pasal Muffin & Apam Dot2 order dari anak2 dari UITM tu..Awalnya MamaAtiq...blogger alam saiber akak yg call..minta buatkan Muffin utuk anak kesayangan dia..Budak2 2 tu buka booth kt sana.Panik gak..kira last minute orderlah ni..100 biji muffin with multi perisa..dengan Apam Dot2 400 biji....alhamdullillah..dgn bantuan Fatin & Nora semua ready on time.He..he..kami tidoq kul 3.00pagi.Ngantuk nya...Esok2 7.00pagi dh budak2 tu nk buat collection..

sorry ...terlupa nk snap photo sebelum d packing.....kalutlah sangat....Pasal semua nk buat sorang2...itu ..ini...semua akak yg nk ingat....itulah..bukan senang nk cari rezeki yg halal..
Apa2 pun TQ MAMAatiq .....for sharing the news..katanya Booth anaknya dapat tempat pertama...Mesti bangga depa dgn All their hardwork...pulangan yg Berbaloi...TAHNIAH ATIQ & the Gang...!!!

Sunday, 19 September 2010

Kek Kukus Buah Buahan Kontroversi

Kek Kukus 4 jam.....habis 1/2 tong gas agak...
Ni dok dlm transit sebelum d kukus...snap gambar mchm Mat Gebu buat...


Masa potong...kek dia cntik..x berburai buah buahan d dalam...colour kek pun cntik ...


Kek Buah Buahan Kontroversi resepi dari Blog Mat Gebu ( CMG ) - sapa x kenalkan...cakap mat Gebu semua bloggers kenal dia, akak pertama kali dalam hidup buat...itu pun Beesan akak yg pesan. Selalunya nk makan akak beli je...pasal d umah, akak sorang saja yg makan. Tapi hari tu bila rasa sikit..ish leh tahan gak. Again..lepas 1 week akak tanya anak akak...kek buah yg d peram tu...sedap ke lepas 1 week???? Dia kata ..nk rasa apa mak..habis lesap kek tu. Makna nya memang sedaplah tu.!!! So nnti akak leh buat lagi resepi Che Mat kita ni..Terima Kasih Che Mat dgn resepi tu...moga Allah saja yg membalas budi Che Mat kerana sudi share resepi family yg istimewa ni ye....Senang p lah umah Che Mat..serba serbi resepi ada...

Kek Kukus Buah Buahan Kontroversi
BAHAN-BAHANNYA :-)
375 g buah2an campuran (mix fruit)
250 g mentega "Golden Churn"
300 g tepung gandum*
1 camca teh sodium bicarbonate*
1 camca teh cream of tartar*(*disatukan dan diayak)
3 biji telur gred A
150 g gula kastor (boleh juga guna 'brown sugar')
150 g gula pasir (untuk gula hangus)
1/4 cawan badam keping (flakes almond)
1 biji pala, diparut (nutmeg)
Ceri merah/hijau untuk hiasan


CARA MEMBUATNYA :-)

Didihkan air dalam kukusan. Lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Tepung digaul bersama cream of tartar, soda bicarbonate dan ayak. Parut biji pala dan gaul rata. Masukkan buah2an campuran dan badan keping ke dalam tepung, gaul rata. Ini bertujuan mengelakkan buah2an tadi mendak dan tidak berterabur. Ketepikan.
Putar mentega bersama gula halus hingga kembang. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga gebu. Jarak waktu untuk setiap biji telur ialah 1 minit. Putar rata. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung + buah2an campuran tadi, gaul hingga rata dan matikan mixer.
Masak gula pasir tadi dengan api sederhana hingga menjadi karamel, terus mengacau hingga karemal bertukar coklat keemasan. Tuang dalam adunan kek tadi dan on kan mixer, putar rata. Berhati2 ketika memasak dan menuang gula hangus kerana panas dan merbahaya.
Alih adunan ke dalam tin, susun ceri seperti dalam gambar, jika suka. Tutup dengan aluminium foil, kemaskan dan ikat kelilingnya dengan tali rafia. Kukus 4 jam. Lepas sejam, periksa air dalam kukusan, tambah menggunakan air panas juga, jangan guna air sejuk!.. Bila masak keluarkan kek dan biar sejuk sepenuhnya. Bungkus dengan plastik cling dan simpan dalam bekas sesuai....

Tuesday, 14 September 2010

Mocha Steamed Chocolate Cake

Mocha Steamed Chocolate Cake....sedap kek ni seindah namanya.Kak Norli buat masa hari raya tu...Tak muak bila makan dan yg best kek ni cntik bila di potong dan waktu berhidang pada tetamu. Resepi akak amik dari rumah RIMA Singapore.Nnti singgah lah rumah dia.Kek kek yg d hasilkan cntik2 belaka, pasti teruja nk mencuba.Tq ya RIMA kerana sudi share resepi yg sedap ni.
Menarikkan kek Mocca ni kan...
Lembut...rasa macham apam pun ada...

Mai..cuba try buat..masakpun kejap.. Ni resepi...yg d minta..akak x berapa pandai traslate.Faham2 lah sekolah dulu setakat MCE je...he..he..
MOCHA STEAMED CHOCLATE CAKE
BAHAN A

12 Egg yolk ( telur kuning)
7 Egg white ( telur putih)
350 g sugar
20 g emulsifier( Ovelette )

BAHAN B
200 gm flour ( tepung biasa )
40 gm milk powder (susu tepung)
1 tea spoon baking powder

BAHAN C
200 gm butter/margarine
50 gm coconut milk ( santan )

BAHAN D
1 tea spoon black forest paste ( x de ganti dgn coklat Emulco )
1 tea spoon Mocha Paste


METHOD :-

1. Pan 22x22x7cm – greased and line baking sheet ( akak guna 9” acuan bulat & alas dgn kertas minyak yg d grease)
2. Mixed Bahan B , set a side
3. Wisk ( pukul ) Bahan C until smooth ( npak lincin)– set a side ( letak d sebelah)
4. Beat (pukul ) Bahan A till thick and fluty. ( gebu). Add Bahan B and mixed well
5. Add Bahan C and continue to mixed well till combine
6. Devide batter in 3 equal parts. Warnakan dgn coklat Emulco, Mocha Paste & Warna asal.
7. Kukusan yg sedia panas. Masukan warna Coklat Emulco dulu. Kukus selama 10 minit. Lepas tu d ikuti dgn Mocha Paste ..kukus 10 minit. Akhir sekali masuk dan ratakan dgn warna asal.Kukus selama 20 minit.
8. Sejukkan kek sebelum d potong dan d hidangkan…


Tuesday, 17 August 2010

Chocolate Chiffon with Choc-Ganache

Al- Kisah kek chiffon ni asal resepi d ciplak dari blog Ayu Singapore, yg akak buat last week. Tpi x update2 pasal rupa kek akak macham montok semacam aja..Malu kalau Ayu nmpak..mana mau taruh muka. Tpi akak tekat kan semangat taruh jugak..buat bodoh dah. ..Tpi pada semua yg singgah d cini, akak nk bagi tau kek ni sedap!!! sedap!!! check ooiiii..Memang penuh lemak bercoklate..lembut..lembab...kira kategory A +. Kalau senang2 gi singgah blog Ayu..hu..hu..tgk kek dia.. menggoda habis. Kalau buat badingan kek akak dgn kek dia...satu Malaysia leh gelak BADAK...sungguh berbeza..tpi rasa memang serupa..ada Class!!Apa2 pun Tq ya Ayu 4 the resepi...Ni akak cedok resepi taruh kt cini ya..untuk future reference nnti..

CHOCOLATE CHIFFON with CHOC-GANACHE
Ingredients:
(A) 60g Semi-sweet Chocolate
Oil 100cc

(B) Yolk 80g -(Ayu used about 4 egg yolks)
Sugar 80g-(Ayu used 60g)

(C) Water 160cc

(D) Cake Flour 80g
¼ tsp salt
80g Cocoa powder -(Ayu used Valrhona cocoa powder)
(E) Whites 280g-(Ayu used about 8 egg whites)
Sugar 60g- (Ayu used 45g)
Must have Ganache glaze (topping only)
75g Whipping cream
40g Butter
100g Quality dark chocolate (cubes)


Method:
1. Double-boil (A), stir till mixed. Set aside to cool.
2. Whisk (B) till pale in colour & stir in the chocolate mixture from step 1.
3. Add (C), whisk till combined
4. Sieve in (D)
5. Whisk white till medium peak
6. Fold in 1/3 white into the egg/chocolate mixture
7. Fold in the rest of white gently.
* the egg/chocolate mixture will be thick & creamy, hence fold in the white gently. Do not deflate the whites.
8. Pour batter into 21cm chiffon tube pan. Bake at 170°C for about 50mins.
9. Over-turn pan to cool cake
10. Double-boil whipping cream + chocolate + butter. Stir till melt and well-blended
11. Pour ganache glaze onto cooled cake
12. Cool to set
13. Enjoy!
Sources:-From hearty -bakes.blogspot.com
Texture Chiffon kek ni..memang sedap...tgk rongga isi kek pun dah tau..tpi jgn tgk ganache tu..x kemas....
Kalau nk buat raya nnti..pasti ramai yg memuji...

Ayu boh cherry MERAH! ada tangkai lagi..tu yg akak teruja nk buat..sory akak x dak stock kt umah..yg ada almond cincang saja..maka ku tabur saja..Tgk ,,kek ku yg besar macham tuannya jugak..


..
Related Posts with Thumbnails