KAWAN2 FOLLOWERS ALAM SIBER...terima kasih kerana sudi bersama saya..

Showing posts with label roti. Show all posts
Showing posts with label roti. Show all posts

Thursday, 19 January 2012

ROTI MANIS

Assalam semua...kejap ja dah nk mlm Jumaat. Malam yg penuh Rahmat...& keberkatan. Hari ni akak puasa sunat....so bila dah puasa byk yg teringin...antaranya Roti Manis dari kawan FB akak
Zuraina Abu Talib. Byk hari dah akak punya dok mengidamkan roti yg dhasil kan. Maka hari ni termakbul hasrat d hati. Tunggu berbuka nnti baru leh rasa sedap ke tidak...

Mai kita layan gmbar roti dulu na....

Baru keluar dari OVEN...masih panas !!!!!

ROTI MANIS

Sumber :- ( ZURAINA ABU TALIB )

500gm tpg gndum..
1 sdk baking powder..
1sdk bread improver(optional)
11 gm yis kering(mauripan)
3/4 cawan gula halus-larutkan dalam stgh cawan air
1 sdk shortening
2 biji kentang sederhana-direbus dan dilenyek
1/2 biji telur..
3 sudu besar marjerin..@50gm
air secukupnya untuk menguli-><60ml..kalau rsa kurg masa uli boleh tmbh..cikit2..

cara2
-masukkan tpg+baking powder dlm mgkk gaul bersama mauripan..masukkan kentang gaul sedikit..masukkan gula bersama air tadi..gaul sebati..masukkan telur..
-uli dn tmbh air sedikit sedikit hingga mendapat doh yg lembut..
-masukkan stning n marjerin uli hingga lembut dan sebati serta licin.
-biarkan sekali ganda naik..dalam 1/2 jam..ttp bekas@balut kain kasi dpt haba..
-uli bulat2 masukkan dlm loyang yg telah disapu sdikt je marjerin.
-tunggu naik lagi sekali ganda..>< 20 minit-stgh jam
-sapukan telur yg setengah tadi...atas roti..
-bakar pada suhu 160'c selama 20 minit @ bergntung pd oven masing2
..( K.Norli bakar pd suhu 190c 20 minit )
-dah siap bakar sapu lagi butter atasnya ketika roti sedang panas..
-selamat mencuba..

Nampak gebu.....tunggu lah nnti..berbuka baru leh rasa...
Roti baki ni akak tabur cheese d atas....TGK Gebus kan texture roti...!!!! menelan air liur ja..he..he..
Tgk roti ni...akak kasi garing sikit..cicah dgn gulai ikan tabur gula sikit...ehm..sedap!!!

Saturday, 16 October 2010

Roti Asas

Ptg td siap dah Roti Kaya yg akak teringin sgt nk makan...bila singgah kt umah Liza JB 2 hari sudah. Ronda blog dia...pasti setiap sudut penuh dgn roti2 anika variasi...nampak pun dh tau mahir ke tidak c pembuat roti ni. Akak buat muka x malu minta resepi..alhamdulillah dgn panjang lebar dia elaborate pada akak from A.....> Z cmna nk dpt roti yg lembut dan sedap. D baginya 2 resepi tuk akak cuba.
Memang berbaloi buat roti ni...sedap & lembut...Pasti Peepah suka!!!
Nnti kejap dia balik dr Arau kul 10.00mlm..nk bagi dia test.Akak sebenarnya nk tunjuk texture roti yg lembut tu..tpi malang cikit pasal kamera akak, anak pinjam..so pakai gambar Handphone ajalah...Tak berapa jelas..Tq Liza share resepi dgn akak dan tunjuk ajar yg d berikan...
Cntikkan.....roti bersarang ni lembut sgt...tu belum taruh whipping cream....kalau boh, pasti semua kedai roti kt Bukit Mertajam tutup kedai...he..he..
Pagi2 ke Pasar Raya, Barangan dbeli d dlm raga.. Resepi bernama Roti sekaya, Buat hidangan satu keluarga.
Budi bahasa amalan kita, Semua peringkat x kenal usia...Liza JB membuka cerita, Tips rotinya yg penuh rahsia..

Berpeluh2 mengguli roti, Roti asas enak rasanya...Kak Norli amat terhutang budi, Moga Allah mmbalas jasanya...

RESIPI DOH ASAS ROTI (1)

A 100g tepung roti (high protin)
70 g air mendidih

B 300g tepung roti (high protin)
100g tepung gandum
80g gula castor
6g garam
20g susu tepung
9g yis segera

C 175g air sejuk
60g telor sejuk

D 60g butter

CARA2

1. campurkan air panas didih kedlm tepung sebatikan jadikan doh. sejukkan dah masukkan kedlm peti ais selama 12 jam.
2 campurkan adunan B sebatikan dan masukkan adunan C dan uli sehingga menjadi doh baru masukkan adunan A tadi, uli sehingga sebati.
3 campurkan adunan D dan uli sehingga menjadi elastik, buat ujian elastik
4. rehatkan selama 40minit atau sehingga naik 2x ganda
5. apabila doh naik tumbuk buang angin dahulu. buat doh besar rehat 10 minit.
6. bahagi2 kan doh dan bentuk2 kan dan masukkan inti jika perlu. rehat 30minit to 1jam atau sehingga doh naik 2x ganda

Monday, 17 May 2010

Potato Bun

Beberapa hari yg lepas akak buat roti potato bila ronda blog mamasyipah yg sememang nya tinggal dekat jugak dari umah akak. Tapi x lah sampai dia memasakpun akak leh bau.Dek kerana teringin dan cntik sangat roti yg dia hasilkan akak ...pun buat lah. Ni hasil akak yg kedua ..!!!pasal yg pertama x sempat nk ambil gambar pasal lecin habis depa makan...Semua kata sedap dan lembut..di taruh kastard lak kot atas tu..Hu..Hu..MANTOP org kata ..Cuba lah buat dan rasa..pasti tak menyesal...Apa kata layan gambar akak ni.


Related Posts with Thumbnails