KAWAN2 FOLLOWERS ALAM SIBER...terima kasih kerana sudi bersama saya..

Saturday, 16 October 2010

Roti Asas

Ptg td siap dah Roti Kaya yg akak teringin sgt nk makan...bila singgah kt umah Liza JB 2 hari sudah. Ronda blog dia...pasti setiap sudut penuh dgn roti2 anika variasi...nampak pun dh tau mahir ke tidak c pembuat roti ni. Akak buat muka x malu minta resepi..alhamdulillah dgn panjang lebar dia elaborate pada akak from A.....> Z cmna nk dpt roti yg lembut dan sedap. D baginya 2 resepi tuk akak cuba.
Memang berbaloi buat roti ni...sedap & lembut...Pasti Peepah suka!!!
Nnti kejap dia balik dr Arau kul 10.00mlm..nk bagi dia test.Akak sebenarnya nk tunjuk texture roti yg lembut tu..tpi malang cikit pasal kamera akak, anak pinjam..so pakai gambar Handphone ajalah...Tak berapa jelas..Tq Liza share resepi dgn akak dan tunjuk ajar yg d berikan...
Cntikkan.....roti bersarang ni lembut sgt...tu belum taruh whipping cream....kalau boh, pasti semua kedai roti kt Bukit Mertajam tutup kedai...he..he..
Pagi2 ke Pasar Raya, Barangan dbeli d dlm raga.. Resepi bernama Roti sekaya, Buat hidangan satu keluarga.
Budi bahasa amalan kita, Semua peringkat x kenal usia...Liza JB membuka cerita, Tips rotinya yg penuh rahsia..

Berpeluh2 mengguli roti, Roti asas enak rasanya...Kak Norli amat terhutang budi, Moga Allah mmbalas jasanya...

RESIPI DOH ASAS ROTI (1)

A 100g tepung roti (high protin)
70 g air mendidih

B 300g tepung roti (high protin)
100g tepung gandum
80g gula castor
6g garam
20g susu tepung
9g yis segera

C 175g air sejuk
60g telor sejuk

D 60g butter

CARA2

1. campurkan air panas didih kedlm tepung sebatikan jadikan doh. sejukkan dah masukkan kedlm peti ais selama 12 jam.
2 campurkan adunan B sebatikan dan masukkan adunan C dan uli sehingga menjadi doh baru masukkan adunan A tadi, uli sehingga sebati.
3 campurkan adunan D dan uli sehingga menjadi elastik, buat ujian elastik
4. rehatkan selama 40minit atau sehingga naik 2x ganda
5. apabila doh naik tumbuk buang angin dahulu. buat doh besar rehat 10 minit.
6. bahagi2 kan doh dan bentuk2 kan dan masukkan inti jika perlu. rehat 30minit to 1jam atau sehingga doh naik 2x ganda

6 comments:

  1. ala malunye kak gi sebut nama kte plk,,,, tak seberapa pun mahirnye masih tahap kindergaten lagi ni hehehehe,,,,
    kak lepas ni gi beli mixer besar tak berpeluh2 uli roti tu nanti heheheh

    ReplyDelete
  2. Eh..eh..apa malunya.Yg nk nilai kita org luar ni..sedap ke tidak..Ehm dok rasa nk beli mixer besar la..ni..kalau! akak buka kilang roti..he..he..tq dgn resepi tu ya...

    ReplyDelete
  3. salam kak norli,
    kita tak ada pulak kek yang untuk orang kencing manis,
    tapi normally, kita adjust aje sukatan gula tu ..sebab my parents memang ada diabetes..

    ReplyDelete
  4. salam, kak nak resepi boleh...saya mmg peminat roti...nak cuba buat...kalo kena bayar resepi nak beli resepi roti nir....

    ReplyDelete
  5. roti sekaya..my peberet tuh. rasa mengidam lah nak mkn roti sekaya

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails