KAWAN2 FOLLOWERS ALAM SIBER...terima kasih kerana sudi bersama saya..

Wednesday, 18 November 2009

Birthday Kek


Kek yg bersalut butter cream ni,resepinya akak ambik dr umah Ayu Singapura tu.
Minta izin bawa pulang resepi kt dia.Chocolate Ice Cream Vanilla Marble Cake.TQ ya AYU.Oh Ya...Kamis ni akak ke Singapore..attend wedding anak saudara.So ada jodoh kita jumpa ya...

Sedap kek nya ..lembut tu..birthday girl kata sedap..nak bawa pi sekolah.

Assalamualaikum....ptg td kak Norli buat birthday kek ni utk anak akak yg ketiga.Birthday yg ke 22 tahun...ehm besar dah dia.Actualykan birthday dia on 14 Nov.hari Sabtu lepas.Sama dgn anak blogger friend akak LOVE tu,ASHIKA cute mute tu.Tpi anak akak ada function kt sekolah (Poly ) so akak tunda lah buat ari ni..semua ada kat rumah lepas isyak.Noraleeza ni... dia jenis rajin sikit..Sabtu & Ahad pasti buat part time kat Mac Donald.Cuma kalau exam week dia tak pi langsung lah...

Sunday, 15 November 2009

Mee Berlada & Cili jerok



Hari minggu...x nak masak , just mee berlada & cili jerok.Pasal nanti tengah hari nak pi kenduri.Lepas tu nak gi umah mak kejap..ziarah dia.
Sapa nak try.... d bawah ni akak attached resepinya.

Mee Berlada ( utk 3 orang makan )
Ramuan :-

Bawang putih 2 ulas – Katok aja.
Daging hilis nipis2 - 5 camaca besar
Isi ayam hiris nipis – 5 camca besar
Sotong 3 ekor – potong bulat2
Telur 2 biji – pukul & d goreng cincang
Sawi, 1 pokok
Gobis sejorong
Mee ½ kilo( bila masak jd byk cukup 3 orang makan )
Lada hitam , garam , sos tiram , kicap manis
Cara2 nya:-
Tumis bawang putih bagi kuning. Then masuk sotong, udang & daging. Taruh garam & gula kacau rata. Then boh air sedikit agak2 ya. Nak masakkan sekejap sotong ,udang & dagin tu. 5 minit. Dont masak lama2 ya, pasal , kita X nak bahan2 tu over cook. Then masukkan gobis, sawi & mee. Taruh kicap, sos tiram. Kacau sekejap.Then taruh telur cincang & sedikit lada hitam. Kalau kering taruh sedikit air lagi. Kacau rata & tutup api. Jangan masak lama2 kita tak mau mee kita kembang & mee outcome mesti basah2 lembab. Ehm..best lawan dgn cili cerok. Terangkat...mai dgn cuaca hujan 2 gini. Cuba lah jgn tak cuba.
Untuk Cili jerok:
Potong 10 biji cili burung bulat & kasar2 lah. Taruh dlm air yg mendidih just a few second then tos kan. Taruh dlm mangkok kecil.boh garam,gula & perahan limau. –ikut rasa. Boleh d simpan lama.
Resepi sempoi aja..., mak akak yang ajar buat lagu ni. Cepat , ringkas & for sure sedap!!! Entahlah mak kak norli dia buat apa pun sedap.Bukan macam akak main sukat2.Dia main campak aja dlm kuali tp rasa dia sentiasa maintain dan Hoooo Leow...!!!
Related Posts with Thumbnails