KAWAN2 FOLLOWERS ALAM SIBER...terima kasih kerana sudi bersama saya..

Tuesday, 11 May 2010

APAM DOT DOT

Sekali pandang macham telur Dynasore pun ada..ehm sedap2 mak akak suka makan.!!!
Mak akak makan lagu makan telur puyuh..x henti2..4 sure meet selera dia.

Tq yg empunya resepi & yg empunya corak....semua yg makan happy sangat on that day..

Ahad 9th May is a special day utk wanita d panggil ibu, emak, mummy, umi, mama..bla..bla..bla..sambut Hari Istimewa iaitu hari Ibu. Panggilan berbeza tapi makna serupa ja..So berhari2 dok fikir apa nk buat utk mak akak on special day ni. Dia x suka kek..akak suka tpi jemu..dah.Leh kata tiap minggu buat kek aja.So akak p umah AZITA...selongkar dapur dia..jumpa Apam Comel berinti Bluberry.Cantik.!!!.bahan semua ada kt umah. Untuk nampak lebih menarik Apam ni .., akak corak atas dgn dot2 kecil pelbagai warna macham kt umah MAMATIERA tu. Minta halal ya AZITA & MAMATIERA ..akak cedok taruh d sini ya...!!!


Bahan-bahan (lebih 100 biji papercup kecil) :
3 biji telur - dari peti sejuk
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150gm susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)

Cara-cara :
1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajua maxima selama 6 - 8 minit.
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
6. Picitkan lagi adunan yang sama warna sehingga ¾ penuh.

8 comments:

  1. Cantik kaler apam dot dot akak tuh! Mintakkkkk ;)

    ReplyDelete
  2. salam kak norli...cantik apam dot2 tu..macam mana nak dot2 kan dia tu...ingat nak cubalah jugak...hari tu dah buat tapi corak lama punya...

    ReplyDelete
  3. huhhu kawan bella yg tgk blog akak nih pun tnyer camne akak bt apam tuh ade pokodot.. comey.. mcm sayang jerk nak makan... ! kalo jual nih mesti org beli.. nyami.. nyami

    ReplyDelete
  4. mmg nampak kiut sgt la kak norli...suker tgk...

    ReplyDelete
  5. Tq...Love, Ima, Lovely Bella & Fiza,

    Ya..memang comel..bila akak bagi kat sedara semuanya bukan nk makan..semuanya exited on the Apam look.Depa ambik then pi show off to everbody around..Semua happy.

    Ok nk buat dot tu just pump macham dok ising few dot ( different colours)directly on top of the batter.Lepas tu kukus..senang ja..Cuba lah buat

    ReplyDelete
  6. heheh thanks akak.. bella akan cube laa.. heheh comey banget!!

    ReplyDelete
  7. salam.tq share resepi.mmg sedap & seronok gak buatnye

    ReplyDelete
  8. salam...tumpang tanya... letak mangkuk kertas tu dlm plastik kuih lompang..pastu adunan diletak dalam mangkuk kertas...pastu bile nak kukus tu...kena tutup tudung pengukus supaya air xmeleleh ke kuih kan...pastu mangkuk kertas tuh kalo kene air xkembang ke? tqvm

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails