KAWAN2 FOLLOWERS ALAM SIBER...terima kasih kerana sudi bersama saya..

Monday, 31 January 2011

CC Hantaran Siti & Firdaus



Ni order dari Zaidah hamzah untuk cousin dia yg melansungkan majlis perkawinan pada hari sabtu lepas...Pada Zaidah yg nk bertunang pada 2 Feb nnti ..selamat bertunang ya...sory..auntie x sempat nk buat kek untuk Zaidah...pasal byk tempahan musim tahun baru cina yg jatuh next week.Apa pun insyaallah...nk kawin auntie biat kan Kay!!!

Kek birthday 2 tahun



Birthday kek ni Farah Harun yg dok nun.. d Air Itam PulAU Pinang , order untuk anak sudara dia yg celebrate 2nd birthday hari Sabtu lepas..Nak warna Pink...so ini dia hasilnya..sorry ya Farah..Peepah miss communicate dgn auntie tentang jenis kek.nnti auntie buat moist cc nnti Kay...

CC Zatty


Ni antara last week nya order.9 CC moist kek utk Zatty smbut anniversary...simpla but yet very sweet...

Wednesday, 19 January 2011

CREAM PUFF

Dari semalam dah dok buat Cream Puff ni...satu adunan akak leh dapt dlm 13 biji..buat comei comei gitu......smpan dlm peti sejuk. EHMmmmmm sedap nya masuk tekak...lembut dan sejuk d dalam...Kak Norli leh habis kan sorang.Ni yg posing ni adalah 2nd batch pulaq,,buat untuk Sheedah...esok kata nk mai d umah pasai cuti....Dia pun raja cream puff...tpi tgk gak selera dia...memilih gak..kalau kena dgn selera dia...dia leh habiskan sekali gus....
Project R&D akak ni dr my resepi Yana...!!! buat pasai tgk feedback yg melambung2...tu yg nk cuba..bagi akak ok!!! leh habis 13 ketol sorang tu...kira DASYAT lah resepi ni kan....cuba lah...kita cari yg terbaik....

Kak Norli garingkan sikit d luar...supaya lembut d dalam....
Baru Cream puff ni duduk cntik.....kalau x dia ...later kecut....x cntik...
Akak Norli buat boh instant cream custard..sedap lah..taruh whipped cream sikit...gemok lah akak.....

CREAM PUFF
Bahan-bahan ( 10 biji )
• 100ml air
• 45g butter-suhu bilik, potong 1cm
• 60g tepung gandum- diayak
• 2 biji telur(100g)
Cara-cara
1. Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.
2. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
3. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
4. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
5. Masukkan telur, kacau cepat-cepat
6. Inilah hasilnya setelah dicampurkan dengan telur.
7. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm.
8. Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
9. Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
10. Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.Cara buat kastard krim boleh rujuk di sini atau di sini
11. Bentuk nozzle yang diguna untuk buat cream puff. Saiznye adalah 1 cm
Bahan-bahan ( 600ml )
• 450cc susu segar/ susu cair
• * 2 sudu besar tepung
• * 75g gula
• * 1 1/2 sudu besar corn starch
• 4 biji telur kuning
• 2 sudu besar mentega
• sedikit esen vanila
Cara-cara
1. Letak susu dalam mangkuk. Panaskan dengan microwave selama 3 minit tanpa tutup.
2. Ayak bahan-bahan * . Kemudian masukkan ke dalam mangkuk tadi. Kacau biar sebati.
3. Kemudian masukkan kuning telur sikit demi sedikit sambil dikacau.
4. Tanpa ditutup mangkuk tadi. Masukkan ke dalam microwave selama 5 minit. Dalam masa 5 minit tersebut, bawa keluar 3 kali untuk dikacau.
5. Bila dah siap, keluarkan dari microwave. Masukkan mentega dan kacau cepat-cepat.
6. Siap. Bolehlah dimakan dengan roti, sebagai inti pau dan sebagainya.








Tuesday, 18 January 2011

AWARD dr FARADEAN...


NI lah award yg FARADEAN kasi akak. Tq ya..ingat jugak dia pada kakak dia d cini.. Ha asal award ni dari Deetha..., FARADEAN pulaq nk share dgn akak...kata nya kak norli creative ...bukan akak yg kata tpi dr award tu sah2 dah cakap..amboi kembang lah akak lagi..x muat nnti baju...Tq ya Faradean......nti bagi lagi na.,..

Friday, 14 January 2011

Talam Cendol

Talam Cendol dari Blog Daria ni hasil dari class Chef Asma...sedap...akak garentee punya. Tak menyesal buat.
Nak Kata keras tidak..nk kata lembut sangat pun tidak..Sesuai dgn ungkapan nya IT's PERFECT lah..he..he..
Akak punya Talam tinggi anggun sikit..pasal penggugus akak leh masuk loyang bulat 10" saja..yg square 10" x leh masuk dlm penggukus tu.

Talam Cendol....ramai blogger2 d luar sana dah buat kan...Hari ni giliran akak pulak. Punya lah teringin macham org mengandung anak sulung pulaq..he..he..Apatak nya rata2 posing kuih yg pakar2 buat d sana semuanya mengoda. Kuih Talam Cendol ni memang sedap..rasa dia luar biasa...Tak macham kita dok p belikan..rasa lebih kurang sama cuma nama berbeza. Ini leh buat lagi....kalau ada buat kenduri doa selamat..insyaallah boleh buat sebagai buah tangan..Jom cuba buat. Akak amik resepi dari tuan empunya blog .www.resepidaria.blogspot.com Tq ya Daria kerana sudi share resepi ni dgn kami semua. Akak minta izin copy resepi tuk rujukan akak nnti.
TALAM CENDOL
Sumber: Kelas talam chef asma

Lapisan bawah
Bahan A
  • 200gm tepung beras*
  • 250ml santan pekat*
  • 450ml air*
  • 1 tbsp tepung jagung*
  • 150gm gula caster(saya kurangkan kepada 120gm)
  • 1 tsp garam
Bahan B

200gm cendol @ 1 paket kecil

Cara-caranya:-
  1. Satukan bahan bertanda (*) dan tapis kedalam periuk. Masukkan bahan lain dibahagian A
  2. Masak bahan A sehingga naik wap (jgn sampai pekat sangat, sekejap sahaja atas api, guna senduk kayu utk mengacau. kacau sentiasa dan bila terdapat ketulan tepung disenduk kayu, tutup api dan guna hand whisk untuk ratakan adunan tersebut)
  3. Angkat dan masukkan cendol. Gaul rata
  4. Masukkan kedalam loyang 10 x 10 x 2 yang telah disapu dengan sedikit minyak dan dialas dengan plastik
  5. Kukus selama 25 minit
  6. Selepas masak, cakar-cakar dengan garpu
Lapisan Atas
Bahan-bahannya:-

Bahan A
  • 300gm gula merah (saya guna gula melaka/gula kampung)
  • 50gm gula castor
  • 500ml air
Bahan B
  • 150gm tepung gandum
  • 3 biji telur (boleh guna 5 biji kalau nak banyak telur)
  • 250ml santan pekat
  • 1/2 tsp garam
Cara-caranya:-

  1. Masak bahan A sehingga gula hancur dan sejukkan sebentar
  2. Satukan semua bahan B dan kacau sehingga sebati
  3. Masukkan bahan A kedalam B dan tapis dan masukkan kedalam periuk
  4. Masak sehingga naik wap (jangan pekat sangat, masak sekejap sahaja)
  5. Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit

Thursday, 13 January 2011

CC for NABIL

Entry last weeknya ni...order dari CHACHA tuk someone special. Design semua dia yg buat pilihan. Akak cuma execute dgn idea yg d beri..senang gini...sebab mudah buat ja ....!!! Dari Nabil punya ayat..LU PIKIRLAH...sendiri!!! Ini lah yg payah.
Chacha bagi tau..dia suka CC ni..katanya cute sgt...alhamdulillah.....lega rasa..


Ni kotak dah d hias dgn riben merah bersama skeping kard.........
UNTUK NABIL...(bukan Naabil RAJALAWAK Ya) di Hari Lahir nya...Selamat Hari Lahir..!!!

Tuesday, 11 January 2011

CC Hantaran AFIQ & ATIQAH

Ni Cc Fondant yg d order oleh Illa special buat majlis pertunangan anak gadisnya. Pilihan Pink & Sliver..Cntik combinasi colour yg d pilih dan yg istimewa si ibu muda ni amat pandai plan majlis dgn membuat tempahan awal dan mudah pulaq akak nk buat bunga yg kembang dan segar...
TQ ya Illa kerana berurusan dgn akak....moga kita leh berurusan lagi..Maaf hari tu sibuk sungguh tuk next order, x berkesempatan bersua muka dgn Illa. Selamat menerima bakal menantu na....


Kotak akak x hias..pun ...pasal hantaran Illa bertema..maka hantaran mesti set seragam...
Buat bunga awal..so bunga kering & cntik...mengembang...

Monday, 10 January 2011

Steam Buttercream

Ahad ...kelmarin punya ceritalah.... saja p masuk class buat Steam Buttercream kat easybake. Dulu akak dah pernah attend class ni..tpi d tmpat lain la..cara semuanya lebih kurang sama.tpi tips & teknik ada kelebihan d cini untuk yg attend byk class..Kak norli dok kt umah sorang2 lebih baik timba ilmu smbil tu jumpa byk kawan2 yg ada minat serupa. Hu..hu..ni yg best.!!!!
Seronok class ni....jumpa Siti, Noorlia, Shahrom, Liza dan yg lain2 yg terlupa pulak namadepa. Sorry erk! Di sini kita dgn sendirinya build up Teamwork among the group. Sharing knowledge, tips2 dan helping each other bagi memastikan Misi semua tercapai dan terhasil. Walaupun masa memang suntuk..nk meet Task..tpi fun betui bila d celah2 tu kita suka usik kawan2 ..at least x rasa presure sgt...
Kek Comel ni..memang kena buat ikut direction dari SIFU..tpi warna kita hantam saja lah..pasai apa yg kawan2 bancuh kita guna..x membazir...Yg kita focus Nozel yg dapat menghasilkan pattern yg perbagai. D ajar bunga ros cara Wilton dan kudup dia.Anak akak kata..apasal mak tabur bola silver warna pelik2. Tu la..kami boh apa yg ada d depan mata. Walaupun nmpak weird tpi menarik lah... Ada corak pelik2 yg kami hasilkan SIFU pun x boleh tiru..he..he...
Ni lah bunga Teamwork!.dan Sifu kata buat corak bebas....ada yg merungut x cntik hasil yg depa buat..x pa akak kata..just buat ..tebai pun tebailah janji bunga. Masa tu kami dok rushing..buat lah bunga apa dari pipping colour apa yg ada kt tangan.......
Akhirnya......masa nk letak bunga...(corak bebas )kami share sorang sikit. Tgk!!! bunga tebal ke nipis ke.bila dh combine...dia jadi gabungan yg menarik...Bila kak Norli call anak mai amik kek...dia pun kata kek corak bebas ni lebih cntik dan sweet....( susah nk dpt pujian sheedah , cerewet orgnya )
Yg ros tu..nmpak kaku macham KAYUkan??? apa kata anda...


Pertunangan Rahimah & Ashraf

Tempahan kek edible pertunangan Rahimah & Ashraf...ni..adalah coklate moist kek dgn buttercream. Bunga gum paste penyeri kek berwarna purple & white pilihan si gadis utk tunangan tersayang.Selamat bertunang ya Rahimah.!!!.sory update lmbat ..Pc akak baru balik dari kelinik 2 hari sudah..Alhamdulillah..sihat sekarang...
Sama cntik samalah padan...bagai pinang d belah dua...
Purple White tema d beri....Pasangan pengantin berseri seri...

Silver Pink Cupcake Hantaran

Siver pink cc hantaran ni , adik akak yg order untuk kawan kerjanya yg nk bertunang..terlupa pulak nk tanya siapa pemilik dia. apa pun moga pertunangan berakhir dgn perkahwinan Aminnnn...Tq Yatie & family for supporting me always....


Related Posts with Thumbnails