KAWAN2 FOLLOWERS ALAM SIBER...terima kasih kerana sudi bersama saya..

Wednesday, 19 January 2011

CREAM PUFF

Dari semalam dah dok buat Cream Puff ni...satu adunan akak leh dapt dlm 13 biji..buat comei comei gitu......smpan dlm peti sejuk. EHMmmmmm sedap nya masuk tekak...lembut dan sejuk d dalam...Kak Norli leh habis kan sorang.Ni yg posing ni adalah 2nd batch pulaq,,buat untuk Sheedah...esok kata nk mai d umah pasai cuti....Dia pun raja cream puff...tpi tgk gak selera dia...memilih gak..kalau kena dgn selera dia...dia leh habiskan sekali gus....
Project R&D akak ni dr my resepi Yana...!!! buat pasai tgk feedback yg melambung2...tu yg nk cuba..bagi akak ok!!! leh habis 13 ketol sorang tu...kira DASYAT lah resepi ni kan....cuba lah...kita cari yg terbaik....

Kak Norli garingkan sikit d luar...supaya lembut d dalam....
Baru Cream puff ni duduk cntik.....kalau x dia ...later kecut....x cntik...
Akak Norli buat boh instant cream custard..sedap lah..taruh whipped cream sikit...gemok lah akak.....

CREAM PUFF
Bahan-bahan ( 10 biji )
• 100ml air
• 45g butter-suhu bilik, potong 1cm
• 60g tepung gandum- diayak
• 2 biji telur(100g)
Cara-cara
1. Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.
2. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
3. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
4. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
5. Masukkan telur, kacau cepat-cepat
6. Inilah hasilnya setelah dicampurkan dengan telur.
7. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm.
8. Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
9. Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
10. Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.Cara buat kastard krim boleh rujuk di sini atau di sini
11. Bentuk nozzle yang diguna untuk buat cream puff. Saiznye adalah 1 cm
Bahan-bahan ( 600ml )
• 450cc susu segar/ susu cair
• * 2 sudu besar tepung
• * 75g gula
• * 1 1/2 sudu besar corn starch
• 4 biji telur kuning
• 2 sudu besar mentega
• sedikit esen vanila
Cara-cara
1. Letak susu dalam mangkuk. Panaskan dengan microwave selama 3 minit tanpa tutup.
2. Ayak bahan-bahan * . Kemudian masukkan ke dalam mangkuk tadi. Kacau biar sebati.
3. Kemudian masukkan kuning telur sikit demi sedikit sambil dikacau.
4. Tanpa ditutup mangkuk tadi. Masukkan ke dalam microwave selama 5 minit. Dalam masa 5 minit tersebut, bawa keluar 3 kali untuk dikacau.
5. Bila dah siap, keluarkan dari microwave. Masukkan mentega dan kacau cepat-cepat.
6. Siap. Bolehlah dimakan dengan roti, sebagai inti pau dan sebagainya.








5 comments:

  1. Tq. Terbaik laaa sharing resipi ni. mwana pun kena belajar try buat nih.. sedapnyer.. mai singgah blog mwana kita klik klik caiyang...

    ReplyDelete
  2. Salam kak, sedapnya..saya suka mkn ni dulu pagi2 nk pi keja selalu singgah kat org jual kuih beli cream puff ni...nanti boleh cuba buat sendiri pula..:)

    ReplyDelete
  3. Salam kak Norli..
    Ishhhh tak pernah try buat la cream puff ni..Anak Naz suka ni tp ummi dia tak pernah buat pun hehehe..Kena try jugak la satu hari nanti..Sementar nak tunggu satu hari tu, beli jer la dulu nampaknya..

    ReplyDelete
  4. Mamawana , Nieza & Naz,

    Cream Puff memang sedap ni..buat lah kejap ja...dan SURE kejap gakj habis...Tq singgah cini..na...

    ReplyDelete
  5. comel2 nyer cream puff nih...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails