KAWAN2 FOLLOWERS ALAM SIBER...terima kasih kerana sudi bersama saya..

Thursday 19 May 2011

Talam Peanut Butter

Lama dok mengidam nk makan Talam Peanut Butter. Ramai yg dah buat..ni baru akak nk cuba. Ehm memang sedaplah. Tapi d umah akak Talam2 cuma akak sorang ja yg makan....anak2 d umah x berapa suka..so makan sorang2 ja..then kenduri kat umah mak lah.
Resepi asal dari chef Asma. Hari tu buat Talam Cendol dari Chef Asma pun...memang sedap...so sapa2 yg belum cuba...apa kata buat weekend ni..memandang cuti sekolah, pasti apa yg d buat tentu akan habis!!!Tq Chef ...Talam chef memang terangkat...sedap..lemak & x berapa manis.



Resepi asal : Chef Asma.

Lapisan Bawah:
(A)

  • 50 gm tepung ubi
  • 50 gm tepung hoenkwee putih
  • 100 gm tepung beras
  • 300 ml santan pekat
  • 500 ml air
  • 130 gm gula
  • 1/2 tsp garam

(B)

  • 220 gm creamy peanut butter

Cara memasaknya:

  1. Satukan bahan A dan tapis ke dalam periuk
  2. Masukkan B dan masak hingga naik wap
  3. Tuang ke dalam loyang 10 x 10 " dan kukus selama 25 min.

Lapisan Atas :

(A)

  • 150 gm tepung beras
  • 150 gm tepung ubi
  • 300ml santan pekat
  • 300 ml air
  • 1/2 tsp garam

Lapisan Atas

(B)

  • 180 gm gula
  • 150 ml santan pekat
  • 200 ml air
  • 1 helai daun pandan

Lapisan Atas

(C)

  • Pewarna hijau epal
  • Pewarna orange red @ merah

Cara memasaknya

  1. Satukan bahan B dan masak hingga mendidih dan satukan dengan bahan A
  2. Tapis dan bahagikan kepada 5 bahagian
  3. Lapisan pertama putih, kedua hijau, ketiga putih, keempat orange red dan kelima hijau terang sikit.
  4. Kukus setiap lapisan selama 5 min dan lapiasan akhir selama 20 hingga 25 min.

5 comments:

  1. Assallamualaikum
    Yuhoooo kak Norli.. Datang nak sikit talam peanut butter yang kaler full tu..:))

    ReplyDelete
  2. Waalaikum salam Naz...trima kasih singgah...ambik le Talam tu.!!! cini dh kenyang dah....he..he.. tq.

    ReplyDelete
  3. assalam kak norli,tak pe kak laen kali akak panggei kite ,kita makan sesama heheheh cantik ler akak punya kue talam tu

    ReplyDelete
  4. As'salam kak norli

    rajinnya melapis kak. cantik, kemas sangat2 susun lapis tu. suka ct tengok, belum pernah buat talam lapis butter lagi. kena cuba jugalah satu hari nanti..moga angin rajin sentiasa adalah ya :DD

    ReplyDelete
  5. Chik Mimi & CT Delima...

    OK lain kali akak panggil ...kita makan berdua ya...tq...angin rajin mai leh buat...

    Ct kena buat tau...sedap ...tpi buat kecik ja..kalau d umah kit asorang ja nk mkan...takut x terhabis lak. akak tgk kuih2 ct pn cntik2 dan kemas....lawa...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails