KAWAN2 FOLLOWERS ALAM SIBER...terima kasih kerana sudi bersama saya..

Thursday, 22 March 2012

Roti Labu

Assalammualaikum.....semalam..akak buat ROTI LABU untuk makan malam. Sebetulnya nak buat lepat labu yg taruh kelapa parut d dalam. Tup2 p kedai daun pisang tak ada....( kalau d umah Mak..masyallah...byk2 dan cntik2 daun dia.)
Ok cerita pasal Roti Labu ni kan....akak nk kawan2 akak cuba buat...teramatlah lembut, sedap, gebu dan kejadian yg sgt cntik...Warna Roti yg tak perlu d warnakan..memang original...Apapun sebelum lupa nk ucap terima kasih pada... MasDuniaku..IzahDaut... dan resepi asal dari Lemariresep.


Ni..dlm process nk membakar..oven 180c jangka msk 25 minit gitu...
Tgk..kawan2...betapa gebunya roti ni....

Akak buat dlm bentuk Bun....senang nk ngap...Jom cuba buat...

ROTI LABU
Resepi asal : Lemariresep
Sumber : MasDuniaku
Sumber : IzahDaut

Bahan :

300 gr tepung roti
100 gr tepung gandum
100 gr labu, kukus, haluskan *izah letak 150 gm
15 gr susu tepung
2 butir telur
75 gr gula pasir
2 sdt yis segera
77 gr margarine
1 sdt garam
100 ml air sejuk dari peti sejuk *izah letak 80 ml
1/2 sk pelembut roti

Bahan olesan:
1 biji kuning telur dan 50 ml susu cair, campur rata
Izah guna madu campur susu segar.
Mas guna madu + susu segar + sedikit kuning telur


Cara membuat bun :
Campur tepung, gula, susu, labu, yis, aduk rata, ketepikan.
Tambahkan telur dan air sejuk sedikit demi sedikit, uli hingga jadi doh.
Tambahkan marjerin, uli hingga elastis, diamkan 30 menit.
Kempiskan, timbang 50 gr, diamkan 10 menit.
Pipihkan atau bentuk sesuai selera, aku taruh di cup muffin, diamkan 75 menit.
Oles bahan olesan, panggang 190 C selama 12 menit(aku kurang dr sepuluh menit, karena api kebesaran,makanya agak hitam tuh...)


Cara Mas dan Izah :
Saya guna Bread Maker dan campurkan bahan menuruti BM.
Bentukkan bulat2 dan rehatkan 30m minit atau sehingga doh naik lagi dan sapukan madu + susu segar + kuning telur dan paipkan sos kastard atas roti.
Bakar pada suhu 180 C 20 - 25 minit dengan api atas bawah.



Bahan Sos Kastard :
3/4 cawan susu segar
2 camca besar tepung kastard
2 camca besar gula halus
1 camca teh mentega
1/2 camca teh esen vanilla

Cara membuat sos kastard :
Satukan susu, gula dan tepung kastard. Kacau dengan wisk hingga semua sebati. Masak atas api perlahan sambil terus mengacau hingga pekat. Angkat dari api, masukkan mentega dan esen vanilla. Gaul rata dan biarkan suam sedikit.

3 comments:

  1. cantik gebu roti akak tu.. memang saya akui tng warne nyer tu sukaaaa sangat... cantikkan... gebunyer tu memang lah elokk sanat. kalau ada labu akan saya buat lagi resepi ni sebab anak2 suke bukan main lagi ;-)

    ReplyDelete
  2. Lovely work! I'm definitely going to visit the blog frequently.
    1989 Chrysler TC by Maserati AC Compressor

    ReplyDelete
  3. Salam K.Norli..tgk gambar pon nampak lembut & gebu!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails