KAWAN2 FOLLOWERS ALAM SIBER...terima kasih kerana sudi bersama saya..

Sunday, 7 February 2010

Walla Chocolate Cake

Ni..akak attach gambar anak, menantu dan anak saudara sebelum majlis bermula...cantikkan pemandangan d kampung Juru..rumah ni d atas bukit Juru ....
Fatin mintak kek comel with simple deco...so buat soft pink lah utk dia..


Happy Birthday Fatin Azlin ...Sweet 17...!!!! Fatin ni pandai masak...& rajin buat kerja rumah!!
Resepi Walla chocolate kek kak norli ambik dr blog Azita Kitchen .Ni kak norli nk promote..kek ni sedap..lembut...moist sgt..cuba jangan x cuba . kak norli bagi 5 bintanglah. utk kak norli punya tastelah...Dah byk resepi yg akak cuba..so far yg ni menambat hati. Lagi pun x payah guna butter ...minyak jagung aja dh bagi taste yg ada UUmmpphhhhh! Saja jodoh kut...alcerita stock butter habis, tu yg try buat pakai minyak..Insya allah...sedap.. ops...lagi satu..gunalah coco van houten ya...

Bahan-bahan (loyang 9 x 9 in / 8 x 8 in) :
Bahan A (diayak bersama) :
2 cawan tepung
¾ cawan serbuk koko
2 camca teh baking powder
2 camca teh soda bikarbonat
Bahan B (dipukul sebati) :
2 cawan gula kastor
2 biji telur
1 cawan susu segar
1 cawan minyak jagung
1 camca teh esen vanilla

Bahan C (dibancuh) :½ camca teh garam
1 camca teh Nescafe
1 cawan air panas
Cara-cara (telah saya permudahkan cara2nya) :
  1. Ayak Bahan A.
  2. Pukul sekejap Bahan B (lebih kurang 1 ½ minit).
  3. Masukkan Bahan B ke dalan Bahan A. Kacau sekejap.
  4. Masukkan pula Bahan C. Kacau rata lagi.
  5. Bakar dgn preheat oven 170 selama 45 min.

Bahan Topping / Ganache :-
1 tin susu pekat - boleh kurangkan
1 sudu teh esen vanila
½ cawan minyak jagung
1/3 cawan serbuk koko (lebih sedap kalu guna Van Houten)
Secubit garam

Cara-cara :
  1. Campurkan susu, serbuk koko dan minyak. Masak atas api perlahan saja hingga pekat dan kacau selalu dengan whisker.
  2. Masukkan garam dan esen, kacau. Bila telah pekat dan berkilat (lebih kurang 10 minit), tutup api dan biarkan sejuk. Sapu atas kek.

10 comments:

Related Posts with Thumbnails