KAWAN2 FOLLOWERS ALAM SIBER...terima kasih kerana sudi bersama saya..

Tuesday 20 July 2010

Kek Lapis Alwani

KEK LAPIS ALWANI (kukus)



Kek Lapis Alwani ...ah..sedap....lembut.....

Petang td pi amik resepi dr umah DJ,warna garang sgt..Dayang buat warna lembut...Ayu...sesuai dgn nama kek tu.. Tq DJ ya...resepi sedap...akak copypaste resepi DJ kt cini na...


Ronda2 blog kawan2 cari kek berkukus...so tersangkut d umah DJ kita..siapa x kenalkan?Luar rumah serba hijau, sedap mata memandang. Hiasan dalaman rumah..hu..hu..boleh2 semua nk angkut bawa pulang..Tak percaya cuba singgah rumah dia..pasti terpaut.Tpi ..bleh pandang saja.passal setiap hiasan ada chop mohor.Mahal!!! Sorry DJ..masa dok taruh warna tadi, akak terpicit kuat botol warna hijau dlm adunan.Mau tak mau akak kena terangkan semua warna utk kuning dan pink. Perit warna tu! Adoi..sakit mata!!


KEK LAPIS ALWANI (kukus)


Bahan-bahan : Loyang 6 inci
• 1 cawan tepung gandum
• 1/3 cawan horlicks
• 5 biji telur A (pada suhu bilik)
• 200 g marjerin (mentega pun boleh)
• 1/2 cawan gula halus
• 1/3 cawan susu pekat manis
• kismis hitam secukupnya (dihiris)
• 1 sdt esen vanilla
• pewarna hijau, merah dan kuning/oren
Cara-cara :
1. Sediakan pengukus. Panaskan airnya. Sediakan loyang. Lengserkan dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
2. Ayak tepung bersama horlicks di dlm satu bekas yang agak besar. Ketepikan seketika.
3. Pukul marjerin/mentega dgn gula sehingga kembang dan putih. (high speed)
4. Masukkan telur satu demi satu sambil diputar. (low speed)
5. Masukkan susu pekat dan putar lagi. (low speed)
6. Masukkan tepung dan putar hingga sebati. (low speed)
7. Masukkan esen vanilla. Ratakan.
8. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian. Warnakan merah, hijau dan oren.
9. Tuangkan adunan merah ke dlm loyang terlebih dahulu, dan taburkan kismis di atasnya. Kemudian, tutuplah loyang dgn kertas foil atau plastik. Kukus selama 7 minit atau hingga dah tak cair.
10. Ulangi langkah 10 utk lapisan hijau atau oren. Kukus selama 15 minit atau hingga dah tak cair.
11. Akhir sekali tuangkan lapisan seterusnya dan taburkan kismis. Kukus sehingga betul2 masak. (akak taruh coklat chips sikit..pasal x da stock kismis kt umah)




2 comments:

  1. salam kak norli...trm ksh byk2 sudi cube resepi kek alwani tu..smlm sblm dyg nengok kek ni, ade gak plan nak buat kek ni tp x cukup bhn..so, last2 buat ciskek..hihik...dyg suke nengok kek yg akak buat ni..walpn kaler terang, tp cantikkk!...tq yer kak...

    ReplyDelete
  2. Ha..ha..malu besar dgn Dayang.Kek akak x seindah yg Dayang buat. Tpi yg bestnya rasa dia mantop.sedap & lembut. tq..singgah cini ya..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails