KAWAN2 FOLLOWERS ALAM SIBER...terima kasih kerana sudi bersama saya..

Wednesday 28 July 2010

SEGMENT Geledah Dapur RAMADHAN bersama.......






Assalammualaikum semua...tup tap tup tap, 13 hari lagi kita semua hampir ke bulan Ramadhan.Seronok betul nak berjumpa dgn bulan penuh keberkatan tu dan pasal tu lah akak teruja betul dgn SEGMENT GELEDAH DAPUR RAMADHAN bersama BEN ...So akak join... dua dua kakilah.!!!Apa kata mai kita ramai ramai ikut segment ni..maka makin terasa lah suasana Ramadhan yg bakal dtg di pelusuk ALAM MAYA....
Terima Kasih pada Ben yg menghidupkan activiti ni..Dan jgn ketawakan slot akak yg merapu ni..Almaklumlah versi Veteran..byk yg outdated.Apa apa pun jom kita p pada terma dan syaratnya:-

1) Letak banner - Banner Dah Pasang siap

2) Resepi Special RAMADHAN - Kalau nk ingat zaman sekolah dulu..kuih berbuka adalah satu kemestian di rumah.At least 2 jenis mak mesti buatkan sambil bertukar tukar kuih dgn jiran2.Ingat Ramadhan dulu2 bestnya....Bila dah form 4 gitu tugas buat kuih muih dah jadi tugas akak.Akak bagi 2 resepi d cini..na..Resepi pun main agak2 pasal emak akak ajar x dak sukat2.Dia tuang adunan dan perhati texture tpg betoi2.ZUUPP...ZAAPP....kuih pasti menjadi.Nak Link2 x reti..so akak update je resepi dia kat bawah ni..

KUIH JONGKONG


Resepi Kuih Jongkong:-
ISI JONGKONG
3 cawan tpg Beras
10 cawan air. ( included air daun pandan )
10 helai daun pandan d kisar ambil juicenya.
1/4sdk kapur sirih
1/4sdk garam

KUAH JONGKONG
4 cwn santan
1 cawan air gula ( 1/2 cup gule merah + 1/2 cup gula putih )
1/2 sdk garam
CARA2
1.Semua bahan2 utk isi jongkong dbancuh & dtapis.Letak datas api yg perlahan sambil dkacau tanpa henti hingga bancuhan jd pekat dan bertali.Jatuh berderai.dlm 20 ke 25min siap masak.Utk kepastian tpg masak, just put few drops dlm cawan berisi air.Kiranya tpg jongkong x lerai & masih dlm bentuk butiran..jd masaklah ya..Tuang dlm bekas,sejukkan bru letak dlm peti sejuk. sebelum d potong.

Utk Kuah:
Masuk santan kedlam kedua2 gula yg di masak dahulu & d tapis. Kacau mesra & rasa ikut kesesuai selera anda.Garam dmskkan bg nak rasa lemak kuah tu.
ROTI JALA.....KUAH DURIAN


Bahan-bahan
• 2 cawan tepung gandum
• 2 ½ cawan air
• 1 biji telor
• 1 sudu kecil garam halus
• beberapa titik pewarna kuning
Cara-cara
Masukkan semua bahan dalam bekas besar dan kacau sebati. Masuk dlm blender. Blend hingga semua sebati. Perapkan selama 1/2 jam. Sediakan kuali leper non-stick dan ceduk adunan dengan acuan roti jala dan tebar/kirai adunan atas kuali. Daun pandan yg dsimpul boleh d renjis dgn minyak & margarine cair. Gunakan api perlahan. Masak lebih kurang 1 minit. Angkat lipat ikut suka.

Resepi Kuah Durian

Bahan-bahan
• 1/2 cawan gula pasir*
• 1 helai daun pandan, disimpul*
• 500 ml air*(*dimasak hingga gula larut dan tapis)
• 10 - 15 ulas durian (cari yg kau kau punya)
• 1500 ml santan kelapa
• 2 helai daun pandan, disimpul
• 1/2 camca teh garam
Cara-cara
Dalam periuk, satukan gula, durian, daun panda dan santan. Ramas semua hingga mesra Masak hingga mendidih( mendidih sedikit ya..x mau sntan naik kepala ), tambah garam dan kacau rata. Rasa dan jika perlu ..tambah sedikit lagi gula pasir.ikut rasa dan masak dengan api perlahan hingga kuah pekat sedikit


2 comments:

  1. adus kak..sedap nye tgk roti jala ngan kuah durian tue..

    ReplyDelete
  2. sEDAP nURAI...NI MUSIM DURIAN..BELAMBAK2 D PASAR MLM,PAGI & TENGAH HARI..jOM BUAT..ESOK KAWIN SENANG. Suami blik bleh sajikan..he..he..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails