KAWAN2 FOLLOWERS ALAM SIBER...terima kasih kerana sudi bersama saya..

Friday, 14 January 2011

Talam Cendol

Talam Cendol dari Blog Daria ni hasil dari class Chef Asma...sedap...akak garentee punya. Tak menyesal buat.
Nak Kata keras tidak..nk kata lembut sangat pun tidak..Sesuai dgn ungkapan nya IT's PERFECT lah..he..he..
Akak punya Talam tinggi anggun sikit..pasal penggugus akak leh masuk loyang bulat 10" saja..yg square 10" x leh masuk dlm penggukus tu.

Talam Cendol....ramai blogger2 d luar sana dah buat kan...Hari ni giliran akak pulak. Punya lah teringin macham org mengandung anak sulung pulaq..he..he..Apatak nya rata2 posing kuih yg pakar2 buat d sana semuanya mengoda. Kuih Talam Cendol ni memang sedap..rasa dia luar biasa...Tak macham kita dok p belikan..rasa lebih kurang sama cuma nama berbeza. Ini leh buat lagi....kalau ada buat kenduri doa selamat..insyaallah boleh buat sebagai buah tangan..Jom cuba buat. Akak amik resepi dari tuan empunya blog .www.resepidaria.blogspot.com Tq ya Daria kerana sudi share resepi ni dgn kami semua. Akak minta izin copy resepi tuk rujukan akak nnti.
TALAM CENDOL
Sumber: Kelas talam chef asma

Lapisan bawah
Bahan A
  • 200gm tepung beras*
  • 250ml santan pekat*
  • 450ml air*
  • 1 tbsp tepung jagung*
  • 150gm gula caster(saya kurangkan kepada 120gm)
  • 1 tsp garam
Bahan B

200gm cendol @ 1 paket kecil

Cara-caranya:-
  1. Satukan bahan bertanda (*) dan tapis kedalam periuk. Masukkan bahan lain dibahagian A
  2. Masak bahan A sehingga naik wap (jgn sampai pekat sangat, sekejap sahaja atas api, guna senduk kayu utk mengacau. kacau sentiasa dan bila terdapat ketulan tepung disenduk kayu, tutup api dan guna hand whisk untuk ratakan adunan tersebut)
  3. Angkat dan masukkan cendol. Gaul rata
  4. Masukkan kedalam loyang 10 x 10 x 2 yang telah disapu dengan sedikit minyak dan dialas dengan plastik
  5. Kukus selama 25 minit
  6. Selepas masak, cakar-cakar dengan garpu
Lapisan Atas
Bahan-bahannya:-

Bahan A
  • 300gm gula merah (saya guna gula melaka/gula kampung)
  • 50gm gula castor
  • 500ml air
Bahan B
  • 150gm tepung gandum
  • 3 biji telur (boleh guna 5 biji kalau nak banyak telur)
  • 250ml santan pekat
  • 1/2 tsp garam
Cara-caranya:-

  1. Masak bahan A sehingga gula hancur dan sejukkan sebentar
  2. Satukan semua bahan B dan kacau sehingga sebati
  3. Masukkan bahan A kedalam B dan tapis dan masukkan kedalam periuk
  4. Masak sehingga naik wap (jangan pekat sangat, masak sekejap sahaja)
  5. Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit

9 comments:

  1. salam kak, saya terbang sini nk mkn talam cendol akak ni...sedapnya..saya lum pass lagi bab memotong kuih ni...tapi nampak kemas jer potongan kuih talam akak ni dan cantikla...tgk pun syg nk mkn..hehehe

    ReplyDelete
  2. salam kak norli,
    wah ni mesti cuba ni..kemarin kita buat yang berjagung, nak cuba juga lah yang ini..uish kecur betul tengok tau..

    ReplyDelete
  3. Nieza & Ayu,,

    Memang sedaplah..!!!! pandai tuan empunya resepi olah Talam tu..lembut & sedap.Tang gula akak kurangkan 50gm kt gula merah. Kalau nk buat cukuplah separuh adunan na...yg resepi ni...molek sungguh kalau nk bawa kenduri doa selamat...he..he..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Kak Norli

    saya singgah makan talam cendol
    kalau boleh nak makan bertalam-talam..he he

    Wassalam

    ReplyDelete
  5. sedapnyeeee.... best jadi anak makcik..tiap2 ari ade jer menu sedap... hehehe...

    nak kena try ni...

    ReplyDelete
  6. Hello from SPAIN VIGO ... is my first visit to your blog and I love your recipes ... I get fan .. and I invite you to visit and share mine ... Cheers MARIMI

    ReplyDelete
  7. tengok pon dah tau sedaplah kakk...haiyooo tak tahannn nehh,nafsu makan dah membuak2...

    tapi haku lemah sikit la kak dalam buat membuat kuih muih nehh..cam remeh jerkk..

    ReplyDelete
  8. Salam Rozali,Shu Garlutti & shi3la...

    Tq singgah d blog akak ni...buat lah akak garantee sedapnya. akak x kerja maka ini lah yg mmpu akak buat bagi mengisi masa yg ada.
    terima kasih sekali lagi ...nnti dtg lagi..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails