KAWAN2 FOLLOWERS ALAM SIBER...terima kasih kerana sudi bersama saya..

Thursday, 24 March 2011

Roti Arab & Sambal Sardin

Pasti semua tahukan..akak sedang bercuti. Tak pi mana. dok kat rumah saja.So project akak..nk try buat kuih muih & kek2 rakan bloggers yg pandai dlm bidang ni.Mesti ada yg tertanya ...apasal memasak x dak dlm list.Ni nk cakap betul2...akak x suka masak pasal leceh lah..!
So semalam..lepas solat..terus menguli tpg nk buat roti Arab.Sedap roti ni bila d gandingkan dgn sambal tumis sardin.Terima kasih kepada Puteri Manja yg share resepi d Fb dia.Tak lupa pada tuan resepi asal dari SOFINAR. Enak betul bersarapan dgn roti Arab ni...cuba lah buat...
Gandingan yg Mantap.....
Minyak mengoreng mestilah panas betil...baru roti Arab mengembang cntik.....
Ni sambal tumis sardin.....( sardin yg d lenyek2 dgn bawang besar potong dadu...)
Roti garing d luar...tpi lembut d dalam.....ehm..jom cuba buat!! insyaallah menjadi..
ROTI ARAB

BAHAN-BAHAN ( 10 ORG MAKAN )

• 2 SUDU BESAR MENTEGA
• 2 SUDU BESAR MINYAK MASAK
• 2 SUDU BESAR GULA
• 300 ML AIR SUAM
• 6 G YIS
• 500G TPG GANDUM


CARA-CARA

1. MENTEGA, MINYAK DAN GULA DIBANCUH DENGAN AIR SUAM

2. TEPUNG DI GAUL DENGAN YIS

3. KEMUDIAN CAMPUR SEMUA BAHAN DAN ULI HINGGA LICIN DAN KENTAL

4. PERAP SELAMA 1JAM DALAM BEG PLASTIK YANG TERTUTUP ATAU BEKAS YANG TERTUTUP
5. ULI SEMULA DAN BUAT BULAT2 DALAM 18 BIJI

6. CANAI NIPIS LEBIH KURANG 0.4 CM

7. PANASKAN MINYAK DAN GORENG SEBIJI2, TUNGGU HINGGA ROTI KEMBUNG DULU BARU TERBALIKKAN.

8. SEDAP DIMAKAN BERSAMA KARI AYAM DAN DAGING....KALAU SAMBAL TUMIS PUN SODAP!!!!

4 comments:

Related Posts with Thumbnails