KAWAN2 FOLLOWERS ALAM SIBER...terima kasih kerana sudi bersama saya..

Saturday 23 April 2011

Butter Bread Pudding

Pagi2 lepas subuh terus buat project Butter Bread Pudding yg akak jumpa kat Teratak Impian....nmpak sedap sgt. So sebelum Daneeya Arissa bangun..akak kena complte assignment ni. Alhamdulillah ...cepat rupanya nk buat pudding ni. Rasaaaaaaanyaaaaaa!!! ehmmmmmm sedaplah sgt. Cuma manis kot untuk tekak akak ni lah ...nnti kena kurangkan gula lagi...
Apapun akak recommend kuat ..cuba buat mesti Best Punya....Kepada kzai terima kasih kerana sudi berkongsi resepi enak ni & izin akak norli copy paste resepi untuk rujukan akak nnti na. So sapa2 yg nk tgk resepi rujukan akak ni sila ke rumah Kzai ...macam2 ada.....

Resepi asal : yani@myr

Rujukan dr : Kzai



Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • *Karamel*
  • 1/2 cawan gula
  • 2 sudu besar air
  • 2 sudu besar air suam
  • ---------------------------------------
  • 2 keping roti- letak roti 4 keping
  • sedikit butter
  • 4 biji telur
  • 600ml susu cair/susu segar
  • 8 sudu besar gula halus
  • sedikit esen vanila
  • sedikit kismis(optional)
  1. Sapukan acuan dengan butter. Panaskan oven hingga suhu 180C
  2. Sapukan roti dengan butter. Kemudian toast roti selama 3-4 minit. Potong roti sebesar 1-2cm. Ketepikan.
  3. Sediakan karamel. Masukkan gula dan 2 sudu besar air ke dalam periuk. Panaskan sehingga perang. Kemudian tutup api dan tambahkan 2 sudu besar air suam. Masukkan karamel ni ke dalam acuan yang telah disapu dengan butter tadi. TIP: Masa mula-mula panas gula tu jangan kacau sehinggalah gula nampak perang. Lepas tu bolehlah dikacau sehingga warna perang yg diinginkan.
  4. Dalam bekas lain, masukkan telur, gula, esen vanila dan susu sambil dikacau. Masuk bahan-bahan ikut urutan supaya senang nak sebati. Kemudian tapiskan sebatian ini ke dalam acuan yang ada karamel tadi.
  5. Letakkan kepingan roti yang dah di toast tadi dan juga kismis ke dlm no.4.
  6. Letakkan acuan ini ke dalam dulang oven dan masukkan sedikit air suam ke dalam dulang tersebut tp BUKAN dalam acuan puding. Kukus selama 40 minit.

3 comments:

  1. Assalamualaikum Kak Norli

    bila agaknya saya nak cuba resepi niii..he he

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam.....
    Rozali..pujuklah org umah buatkan...insyaallah sedap sgt...tmbah2 taruh d peti sejuk....lepas makan rasa nk terbang...he..heeeee... SODAPNYA...

    ReplyDelete
  3. nasib baik cucu xbangun tgah buat tu kan :) nak try la nanti, roti byk tu. susunan roti tu ikut suka ya nak susun camna? cam puding caremal plak ek tp ni tambah roti...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails