Menu berbuka puasa hari ni. Mini Murtabak Popia. Layan gmbar dulu ye...akak nk buat preparation untuk berbuka. Nak tulis lagi cerita takut x sempat pulaq... Nanti akak copy paste resepi pada yg mahu...kalau x, akak sekadar update untuk rujukan masa depan...kalau umur panjang..



Mini Murtabak (8 biji murtabak mini )
Bahan :
1 bungkus besar kulit popia ( size besar )
Bahan untuk inti Murtabak :
3 sudu besar rempah kari daging ( Babas ) buatkan paste
1 biji sederhana bawang besar di potong cube
1 biji Ubi mengala sederhana besar d potong cube
1 cawan ayam/daging di potong cube
Daun sup dlm tiga batang di potong halus.
½ cube ayam
Garam/ gula secukup rasa...
2 ulas bawang putih dan sebesar Ibu jari halia- d tumbuk kasar untuk d tumis.
3 camca besar minyak untuk tumis.
3 cawan air
4 biji telur gred c
Cara caranya:-
1. Panas kan 3 camca minyak
2. Mskkan bawang putih & halia yg d tumbuk kasar.- tumis smpai kuning
3. Mskkan rempah paste babas..kacau..taruk sedikit air.hingga garing.
4. Lepas tu mskkan daging( batang pinang)/ayam
5. Masukkan Ubi mengala dan air 3 cawan smpai ubi empuk..boleh tmbah air kalau ubi masih keras.Mskkan cuib ayam, garam & gula secukup rasa.
6. Bila ubi dah empuk..tunggu smpai air nya kering baru maskkan bawang besar yg d cuib.Kacau rata. Tutup api..then baru mskkan daun sup dan kacau sekejap.
Membuat Murtabak:
1.Ambil kulit popia yg d keluarkan dari peti sejuk semasa process membuat inti tadi.ambil sekeping siap bentang d pinggan nipis.
2.Dlm mangkuk..taruh inti Murtabak 3 camca besar dan sebiji telur..kacau sekejap.
3.Panaskan ( api sederhana ) kuali leper..dgn sedikit minyak..ratakan minyak d atas kuali.
4.Taruh bancuhan inti murtabak di atas kuali leper . Bahagi kepada dua bancuhan tdi. Cuba buat 4 segi tepat setiap bancuhan tu.agak2 leh d bungkus dgn Kulit popia. Bila dah keras sikit ..alih inti untuk masak sebelah lagi. Kita akan dpt 2 keping Inti d atas kuali.
5.Angkat sekeping Inti dan letak d atas 1 kulit popia. Balut inti dgn kemas bentuk 4 segi. Siap..kembali angkat dan letak d kuali dgn sedikit minyak. Sambil bungkus satu lagi inti td seperti yg mula kita buat. Bakar 2 keping murtabak smbil d alih alih kan seperti yg kita lihat kt pasar malam tu...
Bawang Jeruk :
1 biji bawang d hiris.Mskkan 1 sdt gula + 1 sdb cuka + titisan warna merah. Kacau dan peram sejejap..Siapdah.
Assalamualaikum Kak Norli
ReplyDeleteuntuk saya tak ada ke...
uh uh...
selamat berpuasa 6
Wassalam
Atuk...
ReplyDeleteUntuk Atuk ada..bila Atuk singgah dgn isteri d umah akak baru akak buatkan ...makan panas lagi sedap..Selamat Berpuasa Atuk....tq singgah ya...
ubi mengala tu pe ye?
ReplyDelete