KAWAN2 FOLLOWERS ALAM SIBER...terima kasih kerana sudi bersama saya..

Sunday, 19 September 2010

Kek Kukus Buah Buahan Kontroversi

Kek Kukus 4 jam.....habis 1/2 tong gas agak...
Ni dok dlm transit sebelum d kukus...snap gambar mchm Mat Gebu buat...


Masa potong...kek dia cntik..x berburai buah buahan d dalam...colour kek pun cntik ...


Kek Buah Buahan Kontroversi resepi dari Blog Mat Gebu ( CMG ) - sapa x kenalkan...cakap mat Gebu semua bloggers kenal dia, akak pertama kali dalam hidup buat...itu pun Beesan akak yg pesan. Selalunya nk makan akak beli je...pasal d umah, akak sorang saja yg makan. Tapi hari tu bila rasa sikit..ish leh tahan gak. Again..lepas 1 week akak tanya anak akak...kek buah yg d peram tu...sedap ke lepas 1 week???? Dia kata ..nk rasa apa mak..habis lesap kek tu. Makna nya memang sedaplah tu.!!! So nnti akak leh buat lagi resepi Che Mat kita ni..Terima Kasih Che Mat dgn resepi tu...moga Allah saja yg membalas budi Che Mat kerana sudi share resepi family yg istimewa ni ye....Senang p lah umah Che Mat..serba serbi resepi ada...

Kek Kukus Buah Buahan Kontroversi
BAHAN-BAHANNYA :-)
375 g buah2an campuran (mix fruit)
250 g mentega "Golden Churn"
300 g tepung gandum*
1 camca teh sodium bicarbonate*
1 camca teh cream of tartar*(*disatukan dan diayak)
3 biji telur gred A
150 g gula kastor (boleh juga guna 'brown sugar')
150 g gula pasir (untuk gula hangus)
1/4 cawan badam keping (flakes almond)
1 biji pala, diparut (nutmeg)
Ceri merah/hijau untuk hiasan


CARA MEMBUATNYA :-)

Didihkan air dalam kukusan. Lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Tepung digaul bersama cream of tartar, soda bicarbonate dan ayak. Parut biji pala dan gaul rata. Masukkan buah2an campuran dan badan keping ke dalam tepung, gaul rata. Ini bertujuan mengelakkan buah2an tadi mendak dan tidak berterabur. Ketepikan.
Putar mentega bersama gula halus hingga kembang. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga gebu. Jarak waktu untuk setiap biji telur ialah 1 minit. Putar rata. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung + buah2an campuran tadi, gaul hingga rata dan matikan mixer.
Masak gula pasir tadi dengan api sederhana hingga menjadi karamel, terus mengacau hingga karemal bertukar coklat keemasan. Tuang dalam adunan kek tadi dan on kan mixer, putar rata. Berhati2 ketika memasak dan menuang gula hangus kerana panas dan merbahaya.
Alih adunan ke dalam tin, susun ceri seperti dalam gambar, jika suka. Tutup dengan aluminium foil, kemaskan dan ikat kelilingnya dengan tali rafia. Kukus 4 jam. Lepas sejam, periksa air dalam kukusan, tambah menggunakan air panas juga, jangan guna air sejuk!.. Bila masak keluarkan kek dan biar sejuk sepenuhnya. Bungkus dengan plastik cling dan simpan dalam bekas sesuai....

6 comments:

  1. sedap le kek tu..

    mmg resepi CMG mnjadi jika kita mencubanya sbb dia ikhlas berkongsi bahannya ngn kita semua

    ReplyDelete
  2. KakNorli, Tun mmg x suka mkn fruit kek, tp yg nampak menyelerakan la plak.. thx for sharing d resipi..Bila terasa nak buat, tau la mana nak rujuk! hehehe...

    ReplyDelete
  3. Salam...Umialya..
    Ehm..betol tu...mostlykan kek yg bloggers bagi kt internet sedap bebenor....Ya mungkin keikhlasan hati mereka tu...Akak selalu bila try buat..dn sedapkan..hati begitu tersentuh..akak selalu doakan agar mereka2 ini d berkati allah selalu..Amin..

    Tun...., try lah buat...buat sikitdah la...then kita makan sorang2..he..he..

    ReplyDelete
  4. wah , kek kukus kita belum pernah try buat..
    sebab kena kukus lama, macam tak larat gitu nak habis kan gas..hehehe..kek yang kat bawah ni cantiknya kak!!!!!..cantiklah decorations nya tu..!!

    ReplyDelete
  5. salam kak, mcm sedap je! saya pun nak cuba gak la!

    ReplyDelete
  6. Saya dah cuba mmg sedap Dan moist,terima kasih kongsikan resepi yang sedap ni.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails