KAWAN2 FOLLOWERS ALAM SIBER...terima kasih kerana sudi bersama saya..

Monday 28 March 2011

Blueberry Cheese Tart

Hari ni buat Blueberry Cheese Tart pulaq.....nk clear apa2 yg ada d peti sejuk. Resepi akak ambik dari Azita Kitchen....pandai betol ibu muda ni buat Cheese tart...Tart yg d hasilkan memang ada skill dan memang sedap.Dan dulu masa mula2 nk buat apam dot2 ..akak ambil resepi Apam comel dia dan akak taruh DOt2 ( patern asal dr Mamatiera ). Moga Allah memberi limpah rezeki yg mencurah2 untuk Azita dan keluarga...
Di sini resepinya....

Tart Crust / Shell

Bahan-bahan :
170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.

Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

Cream Cheese Filling

Bahan-bahan :
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara-cara :
1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

Filling :
Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.

Siap Tart dah...untuk d makan.....rupa tiada...tapi rasa..Power.....!!!!
TART ni x cntik mcham Azita buat..pasai akak dah langgar petua dia...APA DIA???
TGK Cheese dia x montok2 kan...CHEESE akak, telah d simpan d tempat beku. Ni masa beli ari tu...suruh anak buat housekeeping. Butter & Cheese semua angkut p simpan d tempat beku...

9 comments:

  1. Amboiii, rajinnya mencalet bunga tu, byk betul daunnya.... kalu sy dua kali calit pun dah penat... hehehe

    ReplyDelete
  2. alaaa kak Norli.. Selalu tau menggoda dengan hasil tangan akak yang sungguh menggiurkan.. Waaaaaa...

    ReplyDelete
  3. kak cantiknya kalau sy yg buat tu ermmm paham2 je la

    ReplyDelete
  4. Sari Yusa...
    Akak ada assistance skg ni..Mak buyung nk makan so..mak buyung lah pembantu...he..he..
    Tq singgah d cini...dtg lagi ya...

    Naz...
    Laa....cheese tart x berapa nk jadik tu..inti dia x kembung lah Naz..apa apa pun trima kasih...

    Chik Mimi,
    He..he.. makasih...mimi...bagi akak 2 bintang bleh???? he..he..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum..
    Terima kasih kerana sudi singgah kat my homework. Akak sudikan jadi sorang lagi sifu saya. Banyak makanan best le kat sini.

    ReplyDelete
  6. cantik cm ne lukis bunga 2

    ReplyDelete
  7. Assalam K.Norly,

    Akak pya chesse tart mmg class... bunga yang akak buat mmg cantik..hasil tangan akak ckup menarik dan nampak exclusive

    Tuggun tempahan dari saya dan kwan untuk hari raya..

    Ikhlas Dari Maria & Freiens,,

    ReplyDelete
  8. salam.. kak, cne nak buat daun-daun tu? cantik la..

    ReplyDelete
  9. laaa...mak shekeen ker...hehehe..dah print out resepi baru tgk owner blog nye...makcik, yatie amek resepi...nak try buat...kekeke...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails