KAWAN2 FOLLOWERS ALAM SIBER...terima kasih kerana sudi bersama saya..

Wednesday, 28 September 2011

Simple Birthday Cake

Penyakit Segan berblog melanda diri....lebih byk akak Norli berFB skrang ni.... Tu pun kalau baking..kadang2 tu x ambil gmbar pun. Penat...x sempat nk snap hasil..tup2 dh kena sent kat customer. Bila d fikirkan..kesian blog dok sunyi sepi machm x dak Tuan Tanah...maka bersiaran lah jugak d hari ni...

Ok..ni order dari anak sedara kak Norli..Nur Amira untuk kawan baiknya yg sedang bekerja tu. Nur Amira ni masih dalam cuti berpantang lagi tpi masih ingat birthday kawan dia. Amira nk kek yg simple macham kek sebelum ni yg akak pernah buat dulu..
Terima Kasih Mira .... & Selamat Berpantang....

Ehmmmmmm.....sedap kek yg lembut gemalai...topping dgn Blueberry & Ganache....Kalau nk rasa Jom Order...


Thursday, 22 September 2011

Puding Rose

Puding Rose akak buat semalam. Teruja sgt tengok ( Secubit GaramNor67) Kak Nor Nor Azmihah Mohamed kita buat...bila selungkar dapur bahan 2 semua ada. So apa lagi..terhasilah Puding Rose yg sedap ni. hubby akak pun suka..dia kata x manis just nice...dan dia suka..kata nya ada liat2 gitu.

Ha...apasal liat2 gitu. Ni nak cerita ...akak tersilap amik paket Jeli rupanya...Tapi hasil dia memang bestlah....Tak henti2 akak makan...Terima kasih ya Nor kerana resepi Puding ni memang sedap sgt....nanti nak buat lagi. First time pakai Silicone Mould ni...


PUDING ROSE
resipi asal : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:

1 paket (10gm) agar2 serbuk

1 liter/4 cawan air
9 sudu besar gula
4 keping roti (gardenia) ~ dibuang kulit
300 ml susu cair
1 biji telur (A)
2 sudu besar mentega
2 helai daun pandan
2 sudu besar sirap ros
pewarna merah


Cara:
Masak air bersama serbuk agar2 dan daun pandan sehingga agar2 larut kemudian masukkan gula.

Masak lagi hingga mendidih.
Kisar roti bersama susu cair dan telur hinggal halus.
Tuangkan ke dalam adunan agar2 tadi dan masak lagi hingga mendidih (jgn lupa buang dulu daun pandan)
Masukkan mentega dan kacau hingga mentega cair dan sebati.
Masukkan sirap ros dan sedikit pewarna merah utk menaikkan warna bagi puding ini.
Tuangkan ke dalam loyang yg disukai.
Biarkan puding sejuk/mengeras sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.
Bila puding dah betul2 sejuk, bolehlah dihidangkan.


*1 cawan metrik yg K.Nor gunakan menyamai 250ml cecair (air/susu cair)

Walaupun...dri resepinya nmpak biasa ja..tpi hasilnya memang luar biasa...he..he.. cubalah buat dan nilai sendiri...

Saturday, 17 September 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.....

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI........
MAAF ZAHIR & BATIN..................

DARI KAK NORLI, ABDUL RAZAK ( suami ), NORASHEEDAH & SUAMI, NORASHEKEEN & SUAMI, NORALEEZA, NORAFEEFAH.......
Terima kasih banyak banyak pada yg sudi kemari ke sini walaupun blog akak x sehebat mana. Dan ucapan Maaf Zahir & Batin andai ada terkasar bahasa & tersalah kata semasa melayari blog2 kalian. Pada bloggers yg sudi memberi resepi ...terima kasih yg tidak terhingga..moga Allah sajalah yg membalas jasa kalian dan moga Allah sajalah memberi ganjaran pahala pada kalian....Assalammualaikum....

Saturday, 10 September 2011

Vanilla Creampuff

Creampuff antara jenis kuih yg menjadi favourite akak & anak2. Kalau beli dlm 10 minit kami kerjakan. Lepas sebiji..sebiji..lagi..dan lagi...tau tau dh habis. Apa pun kalau kita makan ramai2 memang enjoy. Yg Creampuff buat untuk berbuka semalam....Satu adunan dpt dlm 50 biji. Byknya....x pa akak suka simpan dlm peti sejuk..lagi sejuk lagilah sedap...
Resepi akak ambil dari rumah RIMA Singapore tu. Terima kasih ya rima kerana sudi share resepi yg sedap & enak. Minta izin copy resepi Rima tu ya...

Creampuff nmpak ja macham keraskan ...tpi mak oooiiii lembut luar dan dalam. ehm bila makan macham nk pejam mata punyalah enak...jom cuba..
Wah merekah cntik puff ni kan..
Ehm..tgk cebisan custard yg meleleh keluar tu... Maaf ya kalau traslation x berapa nk pandai..akak sekolah takat MCE ja...he..he..

CREAMPUFF

RESEPI Dari Rima Singapore

Pastry Choux

Bahan-bahan:
125 gm high protein flour – bread flour 1tbsp castor sugar 100 gm mentega
225 ml air
4 biji telur GRED A

Cara:
Panaskan oven dgn suhu 180 darjah Celsius. Ayak tepung .Masukkan mentega, gula ke dalam periuk bersama air lalu didihkan. Angkat periuk dari api ( api perlahan ) dan masukkan tepung, kacau rata-rata. Letak kembali d dapur kacau lagi sehingga adunan licin dan jadi ketulan bulat dan tidak melekat pada periuk. Angkat periuk dari api dan salin adunan ke dalam sebuah mangkuk dan biarkan ia sejuk. Kemudian masukkan telur satu persatu ke dalam adunan sambil terus pukul hingga adunan licin dan berkilat. Masukkan adunan dalam forcing/piping bag dgn nozzle berbentuk bintang dan tekan untuk membuat bulatan2 kecil.
Bakar selama kira-kira 25-30 minit atau sehingga masak.
Biarkan ia sejuk sebelum dibuat sedikit belahan (jgn putus) pada puff tersebut. Isikan dgn krim kastad.

Krim Kastad

3 biji telur
¼ cawan gula ( buang 1 camca besar dr sukatan tu )
15gm tpg jagung
1 cawan susu cair
1 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanilla


Cara:
Pukul telur, gula, tepung & tpg kastad di dalam periuk. Kemudian mskkan dan susu cair yg telah dididihkan ke dalamnya. Masak di atas api yg kecil hingga pekat. Angkat dari api lalu masukkan mentega dan esen vanilla. Sejukkan sebelum menggunakannya.


Nota: Dulang pembakar hendaklah digris dgn mentega atau dialas dgn kertas tracing/parchment sebelum krim puff dibakar. Jarakkanlah di antara setiap adunan puff yg telah dibentuk di atas dulang pembakar kerana ianya akan mengembang.

Friday, 9 September 2011

Beehoon Goreng & Jongkong

Beehoon Goreng & Jongkong menu berbuka semalam. Nk update semalam x sempat. Beehoon ringkas yg d goreng basah basah. Rasa jgn cakaplah..memang sedap...mungkin lapar kut..he..he..he..Tpi apa pun..masak sendiri pasti sedap...kan.



Jongkong....hu...hu...favourite. keluarga....
Bahan Bahannya :
1 cawan tpg beras + 1/4 sudu garam + 1/4 sudu kapoor sireh + 3 1/2 cawan air ( mesin dgn 10 helai daun pandan )= bacuhan d kacau atas api yg perlahan..hingga berkilat..dlm 30 min gitu...

Wednesday, 7 September 2011

Mini Murtabak Popia

Menu berbuka puasa hari ni. Mini Murtabak Popia. Layan gmbar dulu ye...akak nk buat preparation untuk berbuka. Nak tulis lagi cerita takut x sempat pulaq... Nanti akak copy paste resepi pada yg mahu...kalau x, akak sekadar update untuk rujukan masa depan...kalau umur panjang..

Ehm ..pasti sedapkan kalau makan dgn bawang jeruk yg dah ranum...
Buat empat ketul ja..satu untuk DIA...satu untuk KU. Dua untuk DIA...DDDDDua jugak untuk KU. INI lah yg d katakan ADIL.....he..he..


Mini Murtabak (8 biji murtabak mini )
Bahan :

1 bungkus besar kulit popia ( size besar )

Bahan untuk inti Murtabak :
3 sudu besar rempah kari daging ( Babas ) buatkan paste
1 biji sederhana bawang besar di potong cube
1 biji Ubi mengala sederhana besar d potong cube
1 cawan ayam/daging di potong cube
Daun sup dlm tiga batang di potong halus.
½ cube ayam
Garam/ gula secukup rasa...
2 ulas bawang putih dan sebesar Ibu jari halia- d tumbuk kasar untuk d tumis.
3 camca besar minyak untuk tumis.
3 cawan air
4 biji telur gred c

Cara caranya:-
1. Panas kan 3 camca minyak
2. Mskkan bawang putih & halia yg d tumbuk kasar.- tumis smpai kuning
3. Mskkan rempah paste babas..kacau..taruk sedikit air.hingga garing.
4. Lepas tu mskkan daging( batang pinang)/ayam
5. Masukkan Ubi mengala dan air 3 cawan smpai ubi empuk..boleh tmbah air kalau ubi masih keras.Mskkan cuib ayam, garam & gula secukup rasa.
6. Bila ubi dah empuk..tunggu smpai air nya kering baru maskkan bawang besar yg d cuib.Kacau rata. Tutup api..then baru mskkan daun sup dan kacau sekejap.

Membuat Murtabak:
1.Ambil kulit popia yg d keluarkan dari peti sejuk semasa process membuat inti tadi.ambil sekeping siap bentang d pinggan nipis.
2.Dlm mangkuk..taruh inti Murtabak 3 camca besar dan sebiji telur..kacau sekejap.
3.Panaskan ( api sederhana ) kuali leper..dgn sedikit minyak..ratakan minyak d atas kuali.
4.Taruh bancuhan inti murtabak di atas kuali leper . Bahagi kepada dua bancuhan tdi. Cuba buat 4 segi tepat setiap bancuhan tu.agak2 leh d bungkus dgn Kulit popia. Bila dah keras sikit ..alih inti untuk masak sebelah lagi. Kita akan dpt 2 keping Inti d atas kuali.
5.Angkat sekeping Inti dan letak d atas 1 kulit popia. Balut inti dgn kemas bentuk 4 segi. Siap..kembali angkat dan letak d kuali dgn sedikit minyak. Sambil bungkus satu lagi inti td seperti yg mula kita buat. Bakar 2 keping murtabak smbil d alih alih kan seperti yg kita lihat kt pasar malam tu...
Bawang Jeruk :
1 biji bawang d hiris.Mskkan 1 sdt gula + 1 sdb cuka + titisan warna merah. Kacau dan peram sejejap..Siapdah.

Tuesday, 6 September 2011

Roti Jala & Gulai Daging

Hari ni dah 8 Shawal..kejap masa berlalukan...! Semua anak2 yg kerja dah kerja dan yang sedang belajar , dah meneruskan pembelajaran mereka. Tinggal akak sorang2 balik...sementara hubby akak g kerja.
Hari ni menu berbuka Puasa akak..ialah Roti Jala & Gulai Daging. Akak buat pun secawan tepung, dpt dalam 15 biji roti. Cukuplah untuk kami berdua... So pada siapa2 yg berpuasa enam syawal..selamat berpuasa & selamat berbuka nnti...


Gadingan Roti Jala & Gulai Daging...Ehm...mesti sedap...pasal akak yg masak lah..he..he..
Roti jala warna hijau putih.....jom jemput makan...

Monday, 5 September 2011

Kek Pertunangan Zuraini & Qamarul

Raya kedua..dah sibuk berbaking. Ada tempahan birthday kek, tempahan rumah terbuka dan kek hantaran pertunangan. Alhamdulillah...semua on time delivery. Rasa energetic pulaq....bila semua dpt d siapkan . Semua Allah permudahkan...Byk yg x akak update pasal kalut nk g rumah terbuka sedara2 dan majlis perkawinan yg perlu d hadiri...

Ini kek hantaran order dari Linda Munir untuk kawan baiknya. Kek warna pilihan Purple & white. Sorry gmbar jdi warna blue pulaq...
Terima Kasih Linda....tup tup...adik beradik kita jugak Linda ni.....



Selamat Bertunang Zuraini & Qamarul...!!!!..moga tahun hadapan menjadi pasangan suami isteri pulaq....Amin.
Related Posts with Thumbnails