KAWAN2 FOLLOWERS ALAM SIBER...terima kasih kerana sudi bersama saya..

Wednesday, 7 September 2011

Mini Murtabak Popia

Menu berbuka puasa hari ni. Mini Murtabak Popia. Layan gmbar dulu ye...akak nk buat preparation untuk berbuka. Nak tulis lagi cerita takut x sempat pulaq... Nanti akak copy paste resepi pada yg mahu...kalau x, akak sekadar update untuk rujukan masa depan...kalau umur panjang..

Ehm ..pasti sedapkan kalau makan dgn bawang jeruk yg dah ranum...
Buat empat ketul ja..satu untuk DIA...satu untuk KU. Dua untuk DIA...DDDDDua jugak untuk KU. INI lah yg d katakan ADIL.....he..he..


Mini Murtabak (8 biji murtabak mini )
Bahan :

1 bungkus besar kulit popia ( size besar )

Bahan untuk inti Murtabak :
3 sudu besar rempah kari daging ( Babas ) buatkan paste
1 biji sederhana bawang besar di potong cube
1 biji Ubi mengala sederhana besar d potong cube
1 cawan ayam/daging di potong cube
Daun sup dlm tiga batang di potong halus.
½ cube ayam
Garam/ gula secukup rasa...
2 ulas bawang putih dan sebesar Ibu jari halia- d tumbuk kasar untuk d tumis.
3 camca besar minyak untuk tumis.
3 cawan air
4 biji telur gred c

Cara caranya:-
1. Panas kan 3 camca minyak
2. Mskkan bawang putih & halia yg d tumbuk kasar.- tumis smpai kuning
3. Mskkan rempah paste babas..kacau..taruk sedikit air.hingga garing.
4. Lepas tu mskkan daging( batang pinang)/ayam
5. Masukkan Ubi mengala dan air 3 cawan smpai ubi empuk..boleh tmbah air kalau ubi masih keras.Mskkan cuib ayam, garam & gula secukup rasa.
6. Bila ubi dah empuk..tunggu smpai air nya kering baru maskkan bawang besar yg d cuib.Kacau rata. Tutup api..then baru mskkan daun sup dan kacau sekejap.

Membuat Murtabak:
1.Ambil kulit popia yg d keluarkan dari peti sejuk semasa process membuat inti tadi.ambil sekeping siap bentang d pinggan nipis.
2.Dlm mangkuk..taruh inti Murtabak 3 camca besar dan sebiji telur..kacau sekejap.
3.Panaskan ( api sederhana ) kuali leper..dgn sedikit minyak..ratakan minyak d atas kuali.
4.Taruh bancuhan inti murtabak di atas kuali leper . Bahagi kepada dua bancuhan tdi. Cuba buat 4 segi tepat setiap bancuhan tu.agak2 leh d bungkus dgn Kulit popia. Bila dah keras sikit ..alih inti untuk masak sebelah lagi. Kita akan dpt 2 keping Inti d atas kuali.
5.Angkat sekeping Inti dan letak d atas 1 kulit popia. Balut inti dgn kemas bentuk 4 segi. Siap..kembali angkat dan letak d kuali dgn sedikit minyak. Sambil bungkus satu lagi inti td seperti yg mula kita buat. Bakar 2 keping murtabak smbil d alih alih kan seperti yg kita lihat kt pasar malam tu...
Bawang Jeruk :
1 biji bawang d hiris.Mskkan 1 sdt gula + 1 sdb cuka + titisan warna merah. Kacau dan peram sejejap..Siapdah.

3 comments:

  1. Assalamualaikum Kak Norli

    untuk saya tak ada ke...
    uh uh...
    selamat berpuasa 6

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. Atuk...

    Untuk Atuk ada..bila Atuk singgah dgn isteri d umah akak baru akak buatkan ...makan panas lagi sedap..Selamat Berpuasa Atuk....tq singgah ya...

    ReplyDelete
  3. ubi mengala tu pe ye?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails