KAWAN2 FOLLOWERS ALAM SIBER...terima kasih kerana sudi bersama saya..

Thursday, 22 September 2011

Puding Rose

Puding Rose akak buat semalam. Teruja sgt tengok ( Secubit GaramNor67) Kak Nor Nor Azmihah Mohamed kita buat...bila selungkar dapur bahan 2 semua ada. So apa lagi..terhasilah Puding Rose yg sedap ni. hubby akak pun suka..dia kata x manis just nice...dan dia suka..kata nya ada liat2 gitu.

Ha...apasal liat2 gitu. Ni nak cerita ...akak tersilap amik paket Jeli rupanya...Tapi hasil dia memang bestlah....Tak henti2 akak makan...Terima kasih ya Nor kerana resepi Puding ni memang sedap sgt....nanti nak buat lagi. First time pakai Silicone Mould ni...


PUDING ROSE
resipi asal : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:

1 paket (10gm) agar2 serbuk

1 liter/4 cawan air
9 sudu besar gula
4 keping roti (gardenia) ~ dibuang kulit
300 ml susu cair
1 biji telur (A)
2 sudu besar mentega
2 helai daun pandan
2 sudu besar sirap ros
pewarna merah


Cara:
Masak air bersama serbuk agar2 dan daun pandan sehingga agar2 larut kemudian masukkan gula.

Masak lagi hingga mendidih.
Kisar roti bersama susu cair dan telur hinggal halus.
Tuangkan ke dalam adunan agar2 tadi dan masak lagi hingga mendidih (jgn lupa buang dulu daun pandan)
Masukkan mentega dan kacau hingga mentega cair dan sebati.
Masukkan sirap ros dan sedikit pewarna merah utk menaikkan warna bagi puding ini.
Tuangkan ke dalam loyang yg disukai.
Biarkan puding sejuk/mengeras sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.
Bila puding dah betul2 sejuk, bolehlah dihidangkan.


*1 cawan metrik yg K.Nor gunakan menyamai 250ml cecair (air/susu cair)

Walaupun...dri resepinya nmpak biasa ja..tpi hasilnya memang luar biasa...he..he.. cubalah buat dan nilai sendiri...

4 comments:

  1. salam k.noor..

    alhamdulillah.. k.noor peserta pertama cuba resipi simple ni.. hehe.. mekasih kak sudi cuba ya..

    ReplyDelete
  2. Waaalailum salam Nor...

    Tq singgah..dh cuba memang best!! akak jarang buat agar2 tpi kali ni akak leh kata , akak sering akan buat resepi puding yg simple tpi sedap...he..he..

    ReplyDelete
  3. comey2 acuan tu. klu sedap kena cuba nih, masuk list dulu la hehehe

    ReplyDelete
  4. Buat Hanim...Sedap & mudah nk buat....tq singgah...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails