KAWAN2 FOLLOWERS ALAM SIBER...terima kasih kerana sudi bersama saya..

Saturday, 10 September 2011

Vanilla Creampuff

Creampuff antara jenis kuih yg menjadi favourite akak & anak2. Kalau beli dlm 10 minit kami kerjakan. Lepas sebiji..sebiji..lagi..dan lagi...tau tau dh habis. Apa pun kalau kita makan ramai2 memang enjoy. Yg Creampuff buat untuk berbuka semalam....Satu adunan dpt dlm 50 biji. Byknya....x pa akak suka simpan dlm peti sejuk..lagi sejuk lagilah sedap...
Resepi akak ambil dari rumah RIMA Singapore tu. Terima kasih ya rima kerana sudi share resepi yg sedap & enak. Minta izin copy resepi Rima tu ya...

Creampuff nmpak ja macham keraskan ...tpi mak oooiiii lembut luar dan dalam. ehm bila makan macham nk pejam mata punyalah enak...jom cuba..
Wah merekah cntik puff ni kan..
Ehm..tgk cebisan custard yg meleleh keluar tu... Maaf ya kalau traslation x berapa nk pandai..akak sekolah takat MCE ja...he..he..

CREAMPUFF

RESEPI Dari Rima Singapore

Pastry Choux

Bahan-bahan:
125 gm high protein flour – bread flour 1tbsp castor sugar 100 gm mentega
225 ml air
4 biji telur GRED A

Cara:
Panaskan oven dgn suhu 180 darjah Celsius. Ayak tepung .Masukkan mentega, gula ke dalam periuk bersama air lalu didihkan. Angkat periuk dari api ( api perlahan ) dan masukkan tepung, kacau rata-rata. Letak kembali d dapur kacau lagi sehingga adunan licin dan jadi ketulan bulat dan tidak melekat pada periuk. Angkat periuk dari api dan salin adunan ke dalam sebuah mangkuk dan biarkan ia sejuk. Kemudian masukkan telur satu persatu ke dalam adunan sambil terus pukul hingga adunan licin dan berkilat. Masukkan adunan dalam forcing/piping bag dgn nozzle berbentuk bintang dan tekan untuk membuat bulatan2 kecil.
Bakar selama kira-kira 25-30 minit atau sehingga masak.
Biarkan ia sejuk sebelum dibuat sedikit belahan (jgn putus) pada puff tersebut. Isikan dgn krim kastad.

Krim Kastad

3 biji telur
¼ cawan gula ( buang 1 camca besar dr sukatan tu )
15gm tpg jagung
1 cawan susu cair
1 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanilla


Cara:
Pukul telur, gula, tepung & tpg kastad di dalam periuk. Kemudian mskkan dan susu cair yg telah dididihkan ke dalamnya. Masak di atas api yg kecil hingga pekat. Angkat dari api lalu masukkan mentega dan esen vanilla. Sejukkan sebelum menggunakannya.


Nota: Dulang pembakar hendaklah digris dgn mentega atau dialas dgn kertas tracing/parchment sebelum krim puff dibakar. Jarakkanlah di antara setiap adunan puff yg telah dibentuk di atas dulang pembakar kerana ianya akan mengembang.

4 comments:

  1. Assalamualaikum kak Norli

    boleh buat kuih raya tu....

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. salam K.Norli...selamat hari raya aidil fitri tuk akak sekluarga.
    nampak sedap vanilla creampuff tue...

    ReplyDelete
  3. Assalam Atuk PHD.....

    Mai singgah kt umah...leh rasa Creampuff ni. Masih byk lagi d peti sejuk...


    Azatie Sayang...

    Buat lah Zatie..memang sedap...kalu resepi dari RIMA singore..ehmmm memang mantop. Selamat Hari Raya jugak dari Akak...

    ReplyDelete
  4. perghh nmpak menyelerakan.. comel btul creampuff ni... :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails