KAWAN2 FOLLOWERS ALAM SIBER...terima kasih kerana sudi bersama saya..

Saturday 10 March 2012

Kuih Seri Muka Pelangi

Beberapa hari sudah akak buat Seri Muka Pelangi...lepas tgk Dayang Jack tayang kt blog dia. Masyaallah..cntik sungguh hasil tangan dia. Akak smpai tidur x lena..dok termimpi2 Seri Muka Dayang tu..Tup2 buat jugak, dan inilah hasilnya...

Nak tayang kat cini pun malu...bukan apa...beza hasil Kuih Dayang dgn akak punya. Dari pengalamankan...setiap hasil yg terbaik ialah sifat penyabar kena ada...ketelitian mesti ada dan review resepi betul2 sebelum bermula...he..he.. ( akak selalu kalut dan kadang2 main bedal ja).
Mai..mai..tgk Seri Muka akak punya...

Yg bestnya..kuih ni x manis..akak dan hubby suka..tpi anak2 x suka pasai depa kata tawar sgt...so sapa nk lebih manis tuk resepi ni..tmbah & rasa dulu ya..sebelum kukus..

Terima kasih Dayang....kerana kamu..akak berusaha menghasilkan KUIH SERI MUKA PELANGI ni...Tak lupa pada Chef Hanieliza@Hanieliza's Cooking yg sudi berkongsi Kuih yg sedap ni..




Kuih Serimuka Pelangi
resepi : Chef Hanieliza@Hanieliza's Cooking
sumber: DaYangJack@DapurKu SaYang

Bahan-bahan:

Lapisan Bawah
2 cawan pulut [rendamkan 3 jam]
2 cawan santan cair
1 s/k garam

Lapisan Pelangi
4 cawan santan pekat
1 biji telur
1/2 cawan gula
1/2 cawan tepung kastad
1/2 cawan tepung gandum
sedikit garam
pewarna
kuning..hijau..merah ..coklat paste
** pewarna hijau DJ gantikan dengan pes pandan

Cara
1. Masukkan semua bahan bawah dalam loyang dan kukuskan.
2. Bila telah masak, tekankan dalam loyang sehingga mampat.
3. Bancuhkan semua bahan lapisan pelangi kecuali pewarna dan tapiskan.
4. Bahgaikan adunan lapisan pelangi kepada 4 mangkuk
5. Masukkan setiap mangkuk dengan 1 warna.
6. Kukus semula pulut yg telah dimanpatkan.
7. Lapiskan dengan warna hijau dan kukus selama 10 minit dengan api perlahan.
8. Buat lapisana seterusnya sehingga habis.
9. Bila telah habis semua adunan sejukkan betui2 [dalam 4 jam] baru dipotongkan.
10. Hidangkan untuk minum petang.

2 comments:

  1. Wow cantiknya kuih seri muka akak! Memang berseri you! ;)

    ReplyDelete
  2. Assalam kak norli..cantiknya kuih lapis akak ni..warnanya ceria gitu..tak salah kita pun pernah buat kuih lapis pelangi ni..tapi lapis kita cuma 3 aje..hehe..sukalah tengok kuih akak ni..ada lagi ke tak tu?..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails