Ni Tart2 yg tunggu Maria nk pickup hari ni...dan next pickup on Friday pulaq...
Wednesday, 24 August 2011
Pelbagai Cheese Tart Raya
Ni Tart2 yg tunggu Maria nk pickup hari ni...dan next pickup on Friday pulaq...
Thursday, 18 August 2011
Lompang Pandan
Baru ni p kat pasar jumpa acuan kaca comei2 untuk buat kuih lompang...akak angkut lagi....Pasai lani susah nk dapat...acuan kaca gini...Yg ada acuan plastik biasa..banyakkan . Kalau pakai acuan kaca..lubang lompang cntik dan dalam..
KUEH LOMPANG ( hasil 31 biji Lompang )
Bahan A
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 sudu kecil kapur [bancuh dan tapis]
Kelapa muda diparut gaul dgn sikit garam
½ cawan air daun pandan. ( dari 6 helai daun pandan mesin dgn ½ cawan air )
Bahan B [masak sehingga mendideh dan tapiskan]
1/2 cawan gula biasa
2 cawan air
Cara:
1. Bancuhkan tepung dgn air kapur yg ditapis bersama ½ cwan air daun pandan.
2. Tuangkan air gula yang suam dan kacau rata.
3. Panaskan cawan kecil dalam kukusan.
4. Tapiskan adunan kedalan teko untuk memudahkan dituangkan kedlam acuan kecil.
5. Kukuskan kueh selama 15 minit.
6. Sejukkan kueh.
7. Cungkilkan perlahan dan masukkan kelapa parut .
( akak norli x cmpur tpg jagung....pasal dlm tpg beras selalunya sudah d adunkan tpg jagung sekali ).
Thursday, 11 August 2011
Kuih Cara Berlauk
Ramadhan 11...buat kuih simple & senang. Kuih Cara Berlauk...buat 1/2 cup tpg gandum ja...itu pun hasilnya dpt 28 ketul. 4 kali msk dah siap. Comel2 nya acuan ni..cmca makan pun besar dari acuan cara akak. Msk mulut sekali ngap.
PUDING TAUHU ( Tofu Pudding )
Di cini..baru nmpak hasil Tauhu akak.....versi TRIO...
- 1/2 paket agar2 strip (direndam ,pastu toskan) ~ lebih kurang 18gm
- 1 1/2 liter air
- 1 cawan santan pekat
- 1 tin kecil susu pekat manis
- 1 tin susu cair
- 4 sudu besar gula
- 2 helai daun pandan - disimpulkan
- Masakkan agar2 dengan air hingga mendidih dan larut agar2 tadi. Masukkan sekali gula dan daun pandan.
- Satukan santan dan kedua2 susu dalam sebuah bekas. Kacau hingga sebati.
- Masukkan adunan susu kedalam periuk berisi agar2 dan masaklah hingga mendidih, jgn lupa mengacaunya ya.. Bila dah mendidih terus padamkan api dan jgn biarkan mendidih lama takut nanti pecah minyak.
- Biarkan hingga suam2 kuku dan hendaklah ditapis sebelum dicurahkan ke dalam loyang atau bekas acuan kecil2. Jgn sekali2 tuang kedalam loyang ketika masih panas kerana nanti akan terbentuk lapisan yg tak cantik (dan tak sedap nak makan)kat atasnya.
- Bila dah sejuk, masukkan kedalam peti ais. Bila nak menghidangnya, cedukkan dgn senduk ke dalam bekas(spt taufo fah) dan letakkan laici dan kuah ke atasnya.
- Boleh juga kalau nak letak dlm bekas kecik dan hidangkan bersama laici atau fruit koktel.
Tuesday, 9 August 2011
CucoQ Tauhu Sedap..
Cili Hidup 4 biji ( besar) + 1 ketul bawang putih = mesin bagi halus. Taruh air dlm setengah cawan masa blender. Then taruh dlam periuk.Masuk tomato sos 4 c besar + cuka 11/2 c besar + 2 c besar gula + secubit garam= Msk atas api perlahan hingga pekat.Rasa.....add in apa yg kurang ikut lidah masing2. Bagi akak kena ada masam masam manis....baru dia menangkap dgn cucur tauhu tu..selamat mencuba...
3 keping tauhu lembut
200 gram udang [buangkan kulit]
1 labu bawang besar [potong dadu]
2 tangkai cili merah [cincang]
2 pokok daun bawang [potong pendek]
2 cawan tepung gandum ]
1 cawan tepung naik sendiri ] ayak
2 cawan air
Garam secukupnya
2 cawan minyak
Sos cili
Cara
1. Tauhu dan udang dipotong kecil.
2. Masukkan semua bahan kecuali minyak dan sos cili dalam mangkuk adunan n gaulkan rata.
3. Panaskan minyak dan sudukan adunan dalam kuali.
4. Gorengkan sehingga kuning keemasan.
5. Angkat dan toskan. Hidangkan.
Monday, 8 August 2011
Kuih Jongkong
Sunday, 7 August 2011
CUCOQ KERIA
Friday, 5 August 2011
Mee Jawa Goreng
Pengat Nangka Cendol
Monday, 1 August 2011
Talam Pandan
KUEH TALAM PANDAN
sumber : Hanieliza
Bahan Lapisan Bawah
1 caw tepung beras
1 s/b tepung jagung
1/2 cawan gula
2 cawan santan cair
1 cawan jus pandan & pewarna hijau
Cara
1. Gaul semua bahan, masukkan dalam periuk dan kacau sebentar saja atas api.
2. Masukkan dalam loyang 8 x 8 inci yg telah lapikkan pelastik.
3. Kukus sehingga masak [20 minit].
Bahan Lapisan Atas
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat + sket garam
Cara
1. Gaul semua bahan dan tapiskan.
2. Masakkan sikit atas api. Kacau rata sekejap saja.
3. Cakarkan permukaan lapisan bawah dengan garfu.
4. Tuangkan perlahan2 keatas lapisan bawah.
5. Kukus sehingga masak [20 minit].
6. Sejukkan betul-betul baru dipotong.