KAWAN2 FOLLOWERS ALAM SIBER...terima kasih kerana sudi bersama saya..

Sunday, 13 May 2012

Cucur Badak

Ini kuih Cucur Badak...favourite family jugak. Rangup d luar..lembut d dlm....Makan sebij pasti x cukup.Kena makan berbiji biji..baru puas. Nak cerita sikit...akak ni suka makan kuih dan suka buat kuih..kalau x dak tempahan kek..maka otak pasti set nk buat kuih2 kegemaran. Apa pun akak syukur pada Allah kerana emak akak yg memang pandai buat kuih2 ni hingga akak pun ikut sama x berapa pandai tpi leh lah sikit2. Emak akak ni x dak sukat2..dia main agak2 ja..tpi rasa yg dia buat kalah kuih yg akak buat bersukat2..


 Layan dulu gmbaq na...nnti akak try karang resepi pulaq...


Sory ya..x taruh udang....pasai x dak dlm peti ais. Ni buat nk habiskan kepala parut & Ubi keledek buat lepat....



                        Cucur Badak ( dpt 15 biji )

1.        400 gm ubi keledek (ubi orange lebih sedap)
2.        ½  cawan tepung gandum (cukup sekadar adunan bleh d gumpal .Jgn byk tgp nnti x rasa ubi)
bahan2 untuk inti
3.        1/2 biji kelapa parut
4.        2 btg serai
5.        2 sudu besar udang kering
6.        4 tangkai cili kering
7.        3 ulas bawang merah
8.        sedikit air asam jawa dan 1 sudu gula
9.        satu camca kecil jintan manis
10.     garam secukupnya
Cara-cara
1.   rebus ubi sampai empuk, angkat dan tos kan, terus lecek2 kan ubi tu masa tengah panas
2.   lepas dah sejuk boleh letak tepung dan gaul2 rata.
3.   Sapu tapak tangan dgn minyak…ambik sedikit doh dan buat bulat2, kemudian leperkan pada tapak tangan dan isi inti. lepas tu bulat2 kan kasi cantik.letak kueh yg dah siap atas dulang yg telah d lapik dgn plastic utk elak kan dia melekat bila diangkat nanti.
4.   selepas siap, goreng kueh dengan api sederhana. selalu balik2 kan kueh agar kueh masak sekata. bila kekuningan boleh lah diangkat.

cara buat inti
5.   cili kering, bawang merah, udang kering, serai dan jintan manis hendaklah dikisar halus.
campurkan kelapa dengan bahan kisar, sedikit perahan air asam jawa, gula dan garam secukupnya. gaul sebati dan goreng dalam kuali tanpa minyak hingga inti masak.
·          nota: jgn risau kalau doh tu rasa melekat2, takyah tambah tepung.memang doh tu akan melekat sikit masa kita nak bulat2kan kueh. tapi kalau terlalu lembut boleh tambah tepung skit. masa nak bentuk kan bulat2 tu...
·           


2 comments:

  1. salam kenal kak...x pernah buat cucur badak ni...nti blh try buat.

    ReplyDelete
  2. xsabo nak tunggu resepi cucur badak lembut ni..ciku suka ssgt gak mkn cucur badak comel dan sedap.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails