KAWAN2 FOLLOWERS ALAM SIBER...terima kasih kerana sudi bersama saya..

Friday, 25 May 2012

Nasi Halba

Buat Nasi Halba ni dlm minggu sudah kot....meronda cari resepi nk berbuka puasa..semangat lebih time posa posa lagu ni kan...tup2 jumpa kat umah Dr Harlina yg pandai memasak. Sibuk2 d kilnik...tpi tetap memasak d rumah...terima kasih Ina...menu resepi yg sedap. Mak akak Norli selalu masak Nasi ini masa kami kecik2. kami semua suka makan apa yg mak masak..air tangannya memang x dak tandingan.....Dia kalau masak main baling..cmpak...dan aji aji nomoto dia x main lah...tpi maintain sedap...Apapun sebelum boring , mai akak bagi resepi Harlina ni yer...!!
RESIPI NASI LEMAK HALBA

Bahan2:

4 Cawan beras-leh guna basmathi gak tp kita guna beras siam wangi
5 cawan santan
1 inci halia-hiris nipis
1 biji bawang besar di mayang
2 helai daun pandan
1 sudu besar halba
garam secukupnya
perisa-optional
cara2:
1. basuh beras dan toskan
2. campurkan semua bahan2 di atas dan masak dlm ricecooker mcm biasa
3. setelah kering , gemburkan nasi dgn garpu @ copstik. biarkan sebentar dlm rice cooker.
4.hidang nasi dgn lauk sampingan ikut suka.



Sayur kacang panjang tu..just goreng dgn kunyit dan pecah telur d dlm...ehm..sedap...ni..


resepi ayam goreng yg rangup cukup segala rasa..dgn Daun kari garing sedap...d gaul dgn NASI Halba ni...


lupa pulaq..siapa empunya resepi ni??? apa pun terima kasih pada tuan empunya resepi asal ni ye..
Bahan-bahan ( 6 - 8 orang )
• 1 ekor ayam, belah 4 atau 6 kepak ayam
• 5 sudu besar pes halia dan bawang putih
• 1 biji telur
• 5 sudu besar serbuk cili
• sedikit serbuk ketumbar
• sedikit serbuk jintan manis
• garam secukup rasa
• tepung beras secukupnya
Cara-cara
1.
Gaul semua bahan diatas kecuali tepung beras sehingga sebati dan perap selama 30 minit
2.
Kemudian tabur tepung beras dan salut secukupnya.
3. Goreng dalam deep fryer pada suhu 160 darjah C selama 15 minit atau sehingga masak. Angkat, toskan dan sedia untuk dihidang.
4. Nota: Boleh juga campurkan daun kari, ia akan membangkitkan aroma sewaktu ayam digoreng.

 — 




2 comments:

  1. Assalamualaikum Kak

    tak pernah rasa nasi ni lagi...

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam atuk....

    Sedap Nasi ni Atuk...cubalah masak.Wangi sgt...lagi pun Halba sehat untuk kesihatan....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails