KAWAN2 FOLLOWERS ALAM SIBER...terima kasih kerana sudi bersama saya..

Thursday 11 August 2011

PUDING TAUHU ( Tofu Pudding )

Semalam puding Tauhu ( Tofu Puding ) akak buat kan untuk berbuka. Banyak juga quantity nya kalau setakat dua orang nk habiskan...hu..hu..penat gak !. Walaubagaimana pun puding ni leh simpan ..asal dok dlm peti sejuk tu kan. Lain kali kena buat separuh adunan dak ok dah!
Memang sedap sgt....x berapa manis...dan manisnya depend kat sirap buah tu...menyegarkan bila masuk d mulut. Nanti leh buat masa raya.

Mula mula nmpak kat umah Mas (DUNIAKU)...tahan sabar..msk dlm list dulu..lepas tu Love buat publish kt Fb dia...mana leh sabar..terus buat.. Nak buat pun senang sgt...cuma kalau penyakit M dtg....x leh nk kata apa..he..he...Apa pun terima kasih pada blogger2 yg memberi inspirasi untuk akak mencuba..

Jom tgk resepi.....

Byknya Buah..smpai tak nampak Tauhu akak....sila cari yg mana Tauhu tu..he..he..!
Di cini..baru nmpak hasil Tauhu akak.....versi TRIO...

Byk..tu..silalah ambil yg mana suka.....

Puding Tauhu
Sumber : MasDuniaku
Bahan :
  • 1/2 paket agar2 strip (direndam ,pastu toskan) ~ lebih kurang 18gm
  • 1 1/2 liter air
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 tin kecil susu pekat manis
  • 1 tin susu cair
  • 4 sudu besar gula
  • 2 helai daun pandan - disimpulkan
Cara membuat Puding Tauhu :
  1. Masakkan agar2 dengan air hingga mendidih dan larut agar2 tadi. Masukkan sekali gula dan daun pandan.
  2. Satukan santan dan kedua2 susu dalam sebuah bekas. Kacau hingga sebati.
  3. Masukkan adunan susu kedalam periuk berisi agar2 dan masaklah hingga mendidih, jgn lupa mengacaunya ya.. Bila dah mendidih terus padamkan api dan jgn biarkan mendidih lama takut nanti pecah minyak.
  4. Biarkan hingga suam2 kuku dan hendaklah ditapis sebelum dicurahkan ke dalam loyang atau bekas acuan kecil2. Jgn sekali2 tuang kedalam loyang ketika masih panas kerana nanti akan terbentuk lapisan yg tak cantik (dan tak sedap nak makan)kat atasnya.
  5. Bila dah sejuk, masukkan kedalam peti ais. Bila nak menghidangnya, cedukkan dgn senduk ke dalam bekas(spt taufo fah) dan letakkan laici dan kuah ke atasnya.
  6. Boleh juga kalau nak letak dlm bekas kecik dan hidangkan bersama laici atau fruit koktel.

4 comments:

  1. waahhh..shu suka kalau bab2 desert ni... nak buat..nak buat..

    thanks makcik for sharing..:)

    ReplyDelete
  2. mas suka sangat puding tauhu ni...
    sedappppp kan......

    ReplyDelete
  3. suka makan puding time buka puasa ni....sedap...sejuk je...

    ReplyDelete
  4. Salam Ramadhan...

    Shu suka...Mak cik lagilah suka..pasal sedap sgt...

    Mas....pasal Mas lah akak leh buat puding yg enak sgt...Tergoda dgn gmbar puding yg Mas hasilkan...Tq..


    Zures...cubalah buat memang sedap...tmbah d bulan puasa..semua kita nk makan & nk buat...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails