KAWAN2 FOLLOWERS ALAM SIBER...terima kasih kerana sudi bersama saya..

Wednesday 30 May 2012

Serimuka Kacang Merah..
Assalammualaikum......Selamat Pagi semua!!!! pada yg sudi singgah kemari...Sarapan pagi hari ni, akak telah sediakan semalam...Keinginan yg teramat sangat bila terlihat AlongRos buat hari isnin bru ni...Kuih SERIMUKA KACANG MERAH.....sedap..rasa pun x manis sgt..just nice nice.. Akak buat separuh adunan ja...psal d rumah x dak org yg nk makan selain suami & akak. Terima kasih Along kerana share resepi ni dan pada empunya resepi ni Ady Greatsword ..moga Allah membalas budi anda, kerana sudi share resepi yg enak ni...aameen..

Jom try buat Kuih Serimuka Kacang Merah ni........

Kuih yang amat sedap.... 

Saiz 10" persegi
( akak Norli buat 1/2 adunan dgn Talam 8" segi tepat )
LAPISAN BAWAH:
500g Beras Pulut - rendam 30 minit & toskan 
400ml Santan Cair
1 ct Garam
2 sb Minyak Masak

LAPISAN ATAS:
150g Tepung Gandum
2 tbs Tepung Jagung
100g Kacang Merah - direbus dan dikisar bersama 100ml air (Along guna 150g kcg yg telah di rebus) 
500ml Santan Pekat
4 biji Telur
200g Gula
½ ct Esen Vanilla
½ ct Garam
Sedikit Pewarna Pink

CARA2:
1. Masukkan kesemua bahan2 untuk lapisan bawah ke dlm tin yg di lapik daun pisang.
Kukus 30 minit.
Keluarkan tin dari kukusan dan tekan sedikit supaya padat dan rata.

2. Blend kesemua bahan2 untuk lapisan atas, kecuali kcg merah, sehingga sebati.
Tapis adunan & campurkan kcg merah yg di blend.
Masak diatas api sehingga naik wap.
Tuang adunan keatas pulut tadi & kukus 1 jam dgn api sederhana sehingga masak.
(Pastikan air sudah mendidih).



2 comments:

  1. Hi Kak Norli cayang! Hru kak???

    Wahhh dah mula membaking ye...all the very best to you dear! :)

    Nak bawak balik kuih seri muka kacang merah yang sungguh menawan itew! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Love....lama x dgr cerita...tq soo much for dropping bye...akak pun jarang berblogging.....rasa malas pulaq...terima kasih singgah d cini..na..nnti dtg lagi ye...:)

      Delete

Related Posts with Thumbnails