KAWAN2 FOLLOWERS ALAM SIBER...terima kasih kerana sudi bersama saya..

Monday, 16 August 2010

Chocolate Marble Cheese Cake

Ni akak update Marble Cheese Cake yg akak buat 3 hari sudah! Nak cerita pasal Istimewanya cheese cake ni....SEBAB...dh masuk 4 kali buat x pernah sempat bergambar..pasal setiap kali keluar Oven..kek ni x d beri kesempatan utk berehat d racknya. Punya lah sedap!!! Resepi..tu kata biar sjuk baru potong! Tpi family akak pulak....kata masa panas2 tu cheese nya best giler...Masaalahnya..kami semua belum berkesempatan nk rasa masa sejuk..pasal kek clear within 20 mins after taken out fr Oven..Soooo..cuba buat! pasti menjadi..Akak nk ucapkan terima kasih kepada Rinnchan FP yg memanjangkan resepi special ni utk d cuba. Terima Kasih jugak pada Kak Roy FP yg empunya resepi asal tu. Moga Allah murahkan rezeki mereka ya...amin...

Cheesecake...yg sedap..& x muak bila makan....Gandingan MANTOP chocolate & Cheese...

Tgk..cheese tu...hu..hu...yg tu yg sedap...!!!.masuk mulut..Subhanallah....Try buat menantu akak yg x makan kek...( x suka ) tpi bila try cheese kek ni...dia leh makan habis...maka sedaplah jawabnya.

CHOCOLATE MARBLE CHEESE CAKE

Bahan A :
180gm mentega
20gm serbuk koko
1 sudu teh baking powder
120gm tepung naik sendiri (Diayak bersama serbuk koko & baking powder)
170gm gula castor
3 biji telur

1. Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji, kacau sebati.
2. Masukkan campuran tepung+baking powder+serbuk koko. Gaul rata dan bahagi kepada dua bahagian.

Bahan B:
250gm cream cheese
60gm gula castor
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

1.Pukul cream cheese sampai kembang.
2.Campurkan gula, telur dan esen vanilla. Pukul lagi sampai kembang dan rata.

Cara-cara :
1. Tuang satu bahagian A ke dalam loyang. Ratakan. Tuang aduanan cream cheese di atasnya dan ratakan.
2. Tuang sebahagian lagi bahan A dan ratakan.
3. Bakar pada suhu 165 darj cel selama 50min-60min ikut oven masing-masing. Seeloknya dibiarkan sejuk dulu sebelum dipotong.
(Tpi...garantee semua yg cuba..x sempat sejuk..waktu panas2 tu dh tergoda dgn bau dia yg harum...x sempat sejuk..clear kek tu ! )

2 comments:

  1. fuih..sedap jer rupa dia.. kak,nak tanya, kalau kek nie simpan lam petisejuk, leh tahan smpai berapa hari? sesuai tak nak buat jd kek raya nanti ;)

    ReplyDelete
  2. Salam Changkir...
    terlalu lewat memberi komen...bari hari ni mai cini..bila ada org mintak resepi...
    Kek apa pun kalau simpan peti sejuk dia tahan..tpi rasa nya akan berubah klu smpan lama sgt. Kalau buat raya pun boleh..tpi ingat2 x sempat simpan kot....D umah akak .panas2 depa dh makan..x sempat simpan..so akak x dak pengalaman minyimpan kek cheese ni....he..he...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails